Mustapa Mohamed

ahli politik Malaysia

Dato' Sri Mustapa Mohamed (lahir 25 September 1950) atau lebih dikenali sebagai Tok Pa merupakan Ahli Parlimen Jeli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Ayer Lanas dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021 dalam Kabinet Muhyiddin Yassin. Kemudian bersambung dalam Kabinet Ismail Sabri, bermula 30 Ogos 2021 lalu.


Mustapa Mohamed

SSAP (Pahang); SPMP (Perlis); SIMP (Pahang); SJMK (Kelantan); DPMS (Selangor); DGSM (Melaka)
Dato' Sri Mustapa Mohamed pada 2015
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Ayer Lanas
Dalam jawatan
2013 – 12 Ogos 2023
Didahului olehAbdullah Ya'kub
Digantikan olehKamaluddin Mohd Nor
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 8 Mac 2008
Didahului olehAbdullah Ya'kub
Digantikan olehAbdullah Ya'kub
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
23 Ogos 2020
Pengerusi Biro Ekonomi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
7 September 2020
Didahului olehAbdul Aziz Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ekonomi
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
TimbalanYang Berhormat Dato' Eddin Syazlee Shith
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
TimbalanYang Berhormat Tuan Arthur Joseph Kurup
Didahului olehYang Berhormat Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P30 Jeli, Kelantan
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 10 Oktober 2022
Didahului olehMohd Apandi Mohamad
Digantikan olehZahari Kechik
Majoriti5,269 (PRU-13) 6,647 (PRU-14)
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehPerlembagaan baharu
Digantikan olehMohd Apandi Mohamad
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri I
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Berkhidmat dengan Ong Ka Chuan
Menteri II
Perdana MenteriDato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehDarell Leiking
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Dalam jawatan
2008–2009
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehNoh Omar
Kawasan pilihan rayaJeli
Butiran peribadi
Lahir (1950-09-25) 25 September 1950 (umur 73)
Bachok, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik UMNO (1988-2018)
PPBM (2018-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (1988-2018)
PH (2018-2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Sri Khamarzan Ahmad Meah
Anak-anak4
Kediaman
Alma materUniversiti Melbourne
Universiti Boston
PekerjaanAhli Parlimen
GajiRM69,427.20 sebulan[1]
Nilai bersihRM5 ke 8.5 juta[1]

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada tahun 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bachok pada tahun 1963.

Selepas menamatkan pengajian di Kolej Sultan Ismail Kota Bharu pada tahun 1969, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti of Melbourne di Australia dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kelas Pertama. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana pada tahun 1982 dari Universiti Boston, Amerika Syarikat.

Keluarga sunting

Hasil perkongsian hidup bersama Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah sejak 29 tahun lalu, beliau telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau sering memanfaatkan masa lapang dengan membaca ataupun berjoging.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa pada 1963. Pada tahun 1969, beliu menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di Universiti Melbourne, Australia pada 1973 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Universiti Boston, Amerika Syarikat.

Kerjaya sunting

Kerjaya pertama beliau adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1974. Beliau kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 1982 sebelum dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada tahun 1984.

Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Sebelum menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Kewangan Kedua. Jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Politik sunting

Penglibatan Y.B. Dato' Sri Mustapa dalam UMNO bermula pada tahun 1988 ketika memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Beliau pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi Parlimen Jeli pada pilihan raya tahun 1995. Berikutan kejayaan tersebut, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan pada bulan Mei 1995 sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada bulan September 1998.

Y.B. Dato' Sri Mustapa yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jeli. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO pada tahun 2000 sebelum diberikan tugas sebagai Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta Pengerusi Barisan Nasional Kelantan dari tahun 2000 hingga 2004.

 
Mustapa Mohamed ketika Forum Ekonomi Dunia tentang Asia Timur pada 2012

Selain mengetuai Persatuan Humphreys Fellows Malaysia, Dato' Sri Mustapa juga merupakan Presiden Pertubuhan Untuk Peningkatan Perusahaan, Kerohanian dan Kebudayaan (OISCA) di Malaysia, Persatuan Francais Malaysia dan PROMUDA serta Pengarah Khazanah Nasional Berhad. Y.B. Dato' Sri Mustapa Mohamed yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 27 Mac 2004. Pada 2018, 18 September, beliau mengumumkan untuk keluar dari Parti UMNO dan bergerak secara bebas buat masa kini. [2]

Beliau telah menyertai BERSATU pada 26 Oktober 2018. Borang permohonan diserahkan kepada Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil disaksikan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Lobi Galeri BERSATU di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.[3]

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mustapa Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jeli , negeri Kelantan. Mustapa Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17168.

Calon lawan ialah Mohd Afandi bin Mohamad dari PAS, mendapat 12,732 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 84.1 %. Undi rosak sebanyak 474.

Jawatan sunting

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2008-2009
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I 2013-2018
  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU 2019-2021
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) 2020-2022

Anugerah sunting

Darjah Kebesaran Diraja sunting

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[6][7][8]
Tahun Perlembagaan Pembangkang Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
1995 P30 Jeli, Kelantan. Mustapa Mohamed (UMNO) 13,301 51.10% Zianon Abdin Ali (S46) 12,729 48.90% 26,962 572 81.20%
1999 Mustapa Mohamed (UMNO) 14,830 48.43% Mohd Apandi Mohamad (PAS) 15,523 50.69% 31,152 693 81.93%
2004 Mustapa Mohamed (UMNO) 16,960 63.84% Mohd Apandi Mohamad (PAS) 9,607 36.16% 26,961 7,353 82.38%
2008 Mustapa Mohamed (UMNO) 17,168 57.07% Mohd Apandi Mohamad (PAS) 12,732 42.33% 30,555 4,436 84.18%
2013 Mustapa Mohamed (UMNO) 21,223 56.95% Mohd Apandi Mohamad (PAS) 15,954 42.81% 37,688 5,269 87.19%
2018 Mustapa Mohamed (UMNO) 21,665 45.64% Azran Deraman (PPBM) 2,078 4.38% 39,161 6,647 82.50%
Mohamad Hamid (PAS) 15,018 31.64%
Dewan Undangan Negeri Kelantan[6][7][8]
Tahun Perlembagaan Pembangkang Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
2004 N37 Air Lanas, P30 Jeli. Mustapa Mohamed (UMNO) 5,118 53.75% Abdullah Ya'kub (PAS) 4,319 45.36% 9,522 2,866 83.92%
2013 Mustapa Mohamed (UMNO) 6,605 49.42% Abdullah Ya'kub (PAS) 6,558 49.07% 13,365 47 89.10%
2018 Mustapa Mohamed (UMNO) 7,243 40.89% Aminuddin Yaacob (PPBM) 608 3.43% 14,908 359 84.19%
Abdullah Ya'kub (PAS) 6,884 38.87%

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ Tok Pa keluar dari UMNO
  3. ^ Tok Pa sertai BERSATU
  4. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 2 May 2021.
  5. ^ "Menteri Besar heads Perlis honours' list". Astro Awani. 17 May 2014. Dicapai pada 18 December 2020.
  6. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
  7. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the Malaysian general election, 2004.
  8. ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.

Pautan luar sunting