Muzium Sultan Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah atau juga dikenali sebagai Muzium Shah Alam terletak di bandar Shah Alam, Selangor, Malaysia. Bangunan muzium ini dibina mengikut seni bina moden, bersebelahan Perpustakaan Shah Alam, di tepi Tasik Shah Alam.

Muzium Sultan Alam Shah

Sejarah sunting

Penubuhan Muzium Negeri Selangor yang ketika ini dikenali dengan sebutan Muzium Sultan Alam Shah bermula apabila DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani Enakmen No.6 Tahun 1975 Negeri Selangor bertarikh 27 Disember 1975.

Selepas beberapa tahun jerih-perih ia dirancang, maka pada 2 September 1989, muzium yang menjadi lambang pembangunan kebudayaan Negeri Selangor ini pun dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Selangor di mana istiadat perasmiannya dilakukan dengan penuh acara tradisi Melayu. Pentadbiran muzium ini diletakkan di bawah tanggungjawab Lembaga Muzium Selangor.

Bangunan sunting

Bangunan muzium ini dibina di atas tanah seluas 12.95 hektar dan luas ruang lantainya ialah 41,538.46 meter persegi. Bangunan lima tingkat ini terdiri daripada dua tingkat ruang pejabat, tiga tingkat ruang pameran dan Dewan Pameran Daeng Menambun. Terdapat lima buah balai pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Pusat Sumber, Auditorium, Dewan Raja Lumu, Bilik Mesyuarat Daeng Perani dan Kemasik, Makmal Taksedemi dan Repositori.Pelbagai artifak dan bahan-bahan bersejarah dipamerkan mengikut zaman pra sejarah, selepas kemerdekaan dan zaman darurat.'Bot Jenderam ' yang ditemui di Kampung Jenderam Hilir, Sepang turut dipamerkan di sini.

Pameran Muzium sunting

Balai Alam sunting

Balai Alam mempamerkan barang-barangan berunsurkan alam semula jadi di negeri Selangor seperti spesimen haiwan-haiwan yang telah diawetkan.

Balai Islam sunting

Balai Islam pula mempamerkan barangan-barangan berkenaan Islam seperti Mimbar Solat,Tulisan Khat Islam dan sebagainya. Balai ini juga mempamerkan model masjid-masjid di negeri Selangor seperti Masjid Sultan Salahuddin dan Masjid Sultan Sulaiman. Selain itu, ia juga mempamerkan barangan-barangan khurafat dan penyelewengan akidah.

Alamat sunting

Muzium Sultan Alam Shah, Persiaran Bandaraya, 40000 SHAH ALAM.

Masa sunting

9.30 pagi- 5.30 petang

  • Ditutup pada hari Isnin

Rujukan sunting