Naning

wilayah yang mengamalkan adat perpatih di Melaka, Malaysia

Naning ialah suatu wilayah adat yang kini berada dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, di MelakaMalaysia. Walau bagaimanapun, Naning merupakan salah satu negeri asal yang membentuk konfederasi Negeri Sembilan pada abad yang ke-16[1].

Naning
Kedudukan Naning, berwarna Ungu kini dalam Melaka
Kedudukan Naning, berwarna Ungu kini dalam Melaka
Negara Malaysia
Negeri Melaka
Pentadbiran
 • BadanLembaga Adat Perpatih Naning Melaka
 • PenghuluUndang Naning, Mohd Nazrol Mahamad Supar

Penamaan sunting

Nama Naning dikatakan diambil bersempena satu sarang naning (penyengat) bercorak kuning terus yang ditemui di atas pulau tiga buah sejanjar yang dikenali sebagai Pulau Galang Tiga Sejanjar yang terletak di sebuah paya di Taboh[2].

Sejarah sunting

Naning dibuka oleh masyarakat Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera pada abad ke-14. Ia diteroka oleh sekurang-kurangnya lima kumpulan keluarga (suku)[3] iaitu suku Nan Bergajah Tunggal[4] yang diiktiraf sebagai kerabat Naning, Semelenggang[5], Tiga Batu, Mungkal dan Anak Melaka. Naning mengamalkan Adat Perpatih yang telah diasimilasikan dengan kehidupan dan gaya masyarakat tempatan terutamanya daripada masyarakat orang asli.

Pemerintahan sunting

Naning membentuk kerajaan sendiri sejak dibuka. Ia diperintah oleh seorang Penghulu dari keluarga Nan Bergajah Tunggal. Ia turut menjadi sebahagian daripada negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan[1]. Pada era pendudukan Belanda, jawatan penghulu diikitraf sebagai Pemerintah Naning dan diberikan pemerintahan sendiri.[6][7]. Walau bagaimanapun, selepas British menduduki Melaka, jawatan Penghulu direndahkan tarafnya sebagai penghulu mukim, dan tidak lagi dibenarkan berkerajaan sendiri. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, pentadbiran Naning ditempatkan dalam Melaka, dengan Penghulu Naning dan Lembaga Adat mempunyai kedudukan khas dalam Perlembagaan Negeri[8].

Kawasan pengaruh sunting

Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning kekal menjadi sebahagian daripada Melaka. Terdapat 25 buah mukim dalam Naning yang kini berada dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, Melaka, iaitu:

Rujukan sunting

  • Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj (2000). Tambo Alam Naning. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). ISBN 9836247211.
  • Haji Buyong Adil (1983). Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan : Abad 15 - 19. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • New Sunday Times : Ex-police constable is 19th Datuk Undang Naning. New Straits Times. November 26, 2006.
  • Abdullah Zakaria bin Ghazali. Sejarah Ringkas Naning. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Nota kaki sunting

  1. ^ a b "Klang Pernah Berada Dalam Negeri Sembilan?". The Patriots. 30 Mei 2021. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  2. ^ Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Tambo Alam Naning, DBP, 2000, ms 148
  3. ^ Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Tambo Alam Naning, DBP, 2000, ms 146.
  4. ^ Tambo alam Naning, Mohd. Shah bin Mohd. Said al-Haj (Dato'), Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996 - Adat law - 483 pages
  5. ^ Negeri Yang Sembilan: daerah kecil pesaka adat warisan kerajaan berdaulat. Norhalim Ibrahim, Fajar Bakti, 1995 - Adat law - 355 pages
  6. ^ Sejarah Ringkas Naning, ms 17
  7. ^ Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan : Abad 15-19, ms 77
  8. ^ "Mohon kerajaan negeri iktiraf pelantikan Datuk Naning". Sinar Harian. 18 Mac 2022. Dicapai pada 21 Julai 2023.