Naysila Mirdad atau lebih mesra disapa sebagai Nay (lahir di Jakarta, 23 Mei 1988; umur 35 tahun) ialah seorang pelakon yang berasal dari Indonesia. Nay merupakan anak ketiga dari pasangan artis Jamal Mirdad dan juga Lydia Kandou. Beliau lahir di Jakarta pada 23 Mei 1988.[1] Dia beragama Kristian Protestan.

Naysila Mirdad
Kelahiran
Naysilla Nafulany

(1988-05-23) 23 Mei 1988 (umur 35)
Nama lainNasila Mirdad
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2005 - kini
PasanganRoestiandi Tsamanov (2017-kini)
Ibu bapaLydia Kandou
Jamal Mirdad
HubunganNana Mirdad (kakak)
Kenang Mirdad (kakak)
Nathana Mirdad (adik)

Siri drama lipur lama (dipanggil sinetron di Indonesia) "Liontin" telah menaikkan nama beliau di mana siri tersebut turut dibintangi oleh kakak beliau iaitu Nana Mirdad. Siri drama yang mula disiarkan pada tahun 2005 tersebut adalah penampilan sulung beliau di dunia seni Indonesia.

Drama sunting

  • Liontin sbg Indy/Rianti
  • Liontin 2 sbg Indy/Rianti
  • Bunga Kasih Sayang sbg Bunga
  • Intan sbg Intan
  • Maha Cinta
  • Melodi sbg Melodi
  • Bingkisan Tujuh Belasan
  • Cahaya sbg Cahaya
  • Sekar sbg Sekar
  • Isabella sbg Isabella/Ingka
  • Sumi Benci Bule sbg Sumi
  • Aqso dan Madina sbg Risma
  • 2009-Doa dan Karunia sbg Karunia

Rujukan sunting

  1. ^ "Biografi Naysila Mirdad @ kapanlagi.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-28. Dicapai pada 2008-04-24.

Pautan luar sunting