Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sistem persekutuan untuk empat negeri naungan di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan bertahan sehingga tahun 1946, apabila persekutuan ini bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan penggabungan bersama Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Singapura.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu
نݢري٢ ملايو برسکوتو
1895–1946
Bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Bendera Jata
Cogan kata(Melayu: Dipelihara Allah
Persekutuan Melayu dalam British Malaya
Persekutuan Melayu dalam British Malaya
StatusTerdahulu dinaungi oleh United Kingdom
Ibu negaraKuala Lumpur1
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu²
Bahasa Inggeris
Agama
Islam
Monarki British 
• 1837-1901
Victoria
• 1936-1952
George VI
Residen Persekutuan³ 
• 1896-1901
Frank Swettenham
Badan perundanganLembaga Perundangan Persekutuan
• Aras Negeri
Lembaga Negeri
Era SejarahEmpayar British
• Persekutuan
1895
• Perjanjian Persekutuan
1 Julai 1896
1942
• Pengunduran Jepun
14 Ogos 1945
• Malayan Union
31 Mac 1946
Keluasan
192171,571 km2 (27,634 bt2)
Populasi
• 1921
1324890
Mata wangStraits dollar sehingga tahun 1939
Malayan dollar sehingga tahun 1953
Didahului oleh
Diganti oleh
Selangor
Perak
Negeri Sembilan
Pahang
Malayan Union
Sekarang sebahagian dari Malaysia
1 Juga merupakan ibu negeri Selangor
² Bahasa Melayu menggunakan skrip Tulisan Jawi
³ Kemudian Ketua Setiausaha kepada Setiausaha Kerajaan dan Persekutuan
British Malaya tahun 1922
  Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Kuasa penuh persekutuan ini terletak di bawah empat Residen British tempatan dan Residen Jeneral. Kuasa budi bicara sultan dikurangkan kepada perkara yang hanya melibatkan hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.[1]

Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Frank Swettenham.[2]

Pembentukan sunting

Pada 20 Januari 1874, Sir Andrew Clarke, gabenor Negeri-Negeri Selat dan Sultan Perak telah memeterai perjanjian Pangkor di mana Sultan bersetuju untuk "menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk seorang pegawai British yang dipanggil Residen, yang akan ditauliahkan kepada mahkamahnya, dan nasihatnya yang mesti diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama dan adat resam Melayu”. Sistem residensi dilanjutkan pada tahun yang sama ke negeri Selangor dan Negeri Sembilan, dan pada tahun 1888 ke Pahang.

Untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran, negeri-negeri ini digabungkan di bawah satu persekutuan pada tahun 1895. Pemerintahannya lebih berpusat kerana kuasa yang lebih tertumpu di bawah pegawai British, yang pada mulanya dipanggil Residen Jeneral, dan kemudiannya sebagai Ketua Setiausaha.

British kemudiannya menubuhkan Majlis Persekutuan pada tahun 1898 bagi mentadbir persekutuan ini. Majlis ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (Gabenor Negeri Selat), dan disertai Residen Jeneral, para Sultan, empat Residen negeri dan empat ahli tidak rasmi. Struktur majlis ini kekal hingga kedatangan Jepun pada tahun 1941.

Durbar sunting

Biarpun Residen Jeneral merupakan pemerintah utama persekutuan, setiap negeri masih mengekalkan kedudukan sultan masing-masing. Pada tahun 1897, persidangan Durbar pertama telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak sebagai satu platform perbincangan bagi empat sultan dalam persekutuan.

Bendera dan jata sunting

Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai benderanya yang tersendiri sehinggalah tahun 1946. Bendera persekutuan ini mempunyai empat jalur yang terdiri daripada empat warna berbeza; mengikut turutan daripada atas ke bawah iaitu putih, merah, kuning, dan hitam. Gabungan warna tersebut melambangkan negeri-negeri persekutuan; merah, hitam dan kuning untuk Negeri Sembilan; putih dan hitam untuk Pahang; hitam, putih dan kuning untuk Perak; dan merah dan kuning untuk Selangor.

Jata persekutuan pula menampilkan perisai yang dikawal oleh dua ekor harimau. Di atas perisai itu terletaknya mahkota melambangkan persekutuan monarki dinaungi British. Satu sepanduk dengan frasa "Dipelihara Allah" yang ditulis dalam tulisan Jawi terletak di bawah perisai. Gabungan empat warna pada perisai melambangkan negeri-negeri dalam persekutuan.

Panji tentera laut sunting

Persekutuan ini juga mempunyai panji tentera laut bagi kegunaan kapal kerajaan. Panji yang mempunyai gabungan empat warna negeri persekutuan ini dikibarkan di atas kapal HMS Malaya ketika Pertempuran Jutland di Laut Utara.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting