Yatimah binti Ahmad AMN (17 Januari 1924 – 19 Mac 2016) atau lebih dikenali sebagai Neng Yatimah merupakan seorang seniwati filem etnik Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal. Beliau terkenal dengan peranan sebagai seorang pelakon air mata.[2] Anak beliau, Rosnah Jasni, turut mengikut jejak beliau dan terbabit dalam bidang seni menerusi filem Pendekar Bujang Lapok pada 1959 dan diberikan nama komersial Roseyatimah.

Neng Yatimah

AMN
Kelahiran
Yatimah binti Ahmad

(1924-01-17)17 Januari 1924 [1]
Meninggal dunia19 Mac 2016(2016-03-19) (umur 92)
Hospital Khoo Teck Puat, Singapura
Sebab kematiansakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Lim Chu Kang, Singapura
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1949–1981
Majikan
PasanganJasni Ahmad
Anak-anakRoseyatimah

Kehidupan awal sunting

Dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar Singapura, Neng Yatimah memberitahu bahawa tentang cita-cita asal beliau adalah sebagai seorang guru, tetapi ayahnya hanya membenarkan beliau bersekolah setakat darjah lima di Sekolah Perempuan Melayu Rochore, Singapura, lantas cita-citanya dipendam begitu saja.

Yatimah kemudiannya rapat dengan penyanyi Jasni Ahmad, tetapi tidak begitu disenangi oleh bapanya. Semasa perperangan Jepun, Yatimah nyaris menjadi mangsa kekejaman Jepun tetapi telah diselamatkan oleh Jasni Ahmad. Peristiwa dan keberanian yang ditunjukkan oleh Jasni melembutkan hati bapa Yatimah dan membenarkan Yatimah mendirikan rumahtangga ketika berusia 18 tahun.

Neng Yatimah mula terjun dalam bidang lakunan ketika berusia 19 tahun, dibabit dengan rasa kagumnya kepada lakonan primadona Siput Sarawak yang pada zamannya dianggap mempunyai pengaruh besar.

Kerjaya filem sunting

Pembabitan Yatimah Ahmad kedalam bidang seni berlaku secara tidak sengaja. Ketika itu, Yatimah berkunjung ke Studio Malay Film Production untuk melihat Siput Sarawak berlakon. Kehadirannya disedari A. R. Tompel yang kemudian mempelawanya untuk berlakon. Selepas diizinkan suaminya, beliau menerima pelawaan menjalani uji bakat di depan pengarah L. Krishnan.

Mak Neng berjaya melepasi ujian itu lalu ditawarkan berlakon dalam filem Takdir Ilahi dengan memegang watak utama. Sebelum berlakon, beliau meluahkan perasaannya bahawa dirinya tidak secantik pelakon lain.

Jawapan pengarah L. Krishnan Cantik tak apa, tak cantik pun tak apa. Tapi manis mesti ada telah didengari oleh P. Ramlee dan digunakan sebagai dialog dalam salah satu filem arahannya. Walaupun nama sebenarnya adalah Yatimah Ahmad, nama itu tenggelam apabila seniman agung P. Ramlee memberikan nama Neng Yatimah kepadanya bagi menggantikan gelaran buntat sebelumnya.

Mogok sunting

Dalam buku "P. Ramlee Erti Yang Sakti", diceritakan Neng Yatimah pada 29 Disember 1959 menerima notis untuk menamatkan perkhidmatannya dari Shaw's MFP Studio secara mengejut. Ini turut dialami oleh beberapa orang pelakon lain seperti S. Kadarisman, Musalmah dan S. Hassan Sahab. Oleh kerana tidak berpuas hati, dia telah mengemukakan perkara ini kepada pihak PERSAMA dan hal itu berpanjangan sehingga berlaku mogok di studio itu pada tahun 1960. Sebagai Presiden Persatuan Artis Se-Malaya (PERSAMA), P. Ramlee meminta bantuan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj campur tangan, di mana almarhum Tunku menghantar wakilnya ke studio itu untuk berbincang dengan pengurusan studio itu dan P. Ramlee sendiri. Perbincangan itu berjaya dan semua artis yang dibuang kerja itu diambil semula.

Tidak lama selepas itu, Neng Yatimah berhenti sendiri dari Shaw's MFP Studio dan berhijrah ke Cathay-Keris Film Productions. Manakala Musalmah menyertai Studio Merdeka yang baru ditubuhkan di Kuala Lumpur, sebelum bersara terus dari dunia seni.

Filemografi sunting

Diantara filem lakonan Yatimah Ahmad adalah:-

Meninggal dunia sunting

Neng Yatimah pulang ke rahmatullah pada 19 Mac 2016 jam 10.30 pagi, dan jenazahnya dikebumikan di Pusara Abadi, Jalan Bahar, Singapura.

Anugerah dan pencapaian sunting

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1997
Festival Filem Malaysia ke-13
- - Anugerah Pelakon Veteran
1953/1954 Festival Filem Malaya Ibu Aktres Terbaik Menang

2011 - Anugerah Sri Temasek (AST) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Sampingan sunting

  • Neng Yatimah pernah merakamkan rekod lagu Asmara Terkenang (Pathe PTH 29) dangan menggunakan nama Neng Buntat.
  • Sebagai ahli SENIMAN Neng Yatimah juga menggunakan nama Buntat binte Ahmad (ahli no. 1935).
  • Nama Neng Yatimah ada disebutkan di dalam filem Pendekar Bujang Lapok ketika Rose (lakonan Roseyatimah) merancang hendak keluar rumah jika bapanya masih membenarkan Bujang Lapok berada di rumah mereka. ("Kalau orang-orang itu tak nak pindah dari sini, besok Rose nak pergi rumah makcik Neng Yatimah!")

Rujukan sunting

  1. ^ Neng Yatimah tidak makan dan minum sejak 3 hari lalu
  2. ^ "ROSEYATIMAH - Karier Bermula & Berakhir Di Tangan P. Ramlee". Nostalgia. Cinema Malaysia. 09 Mar 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-03. Dicapai pada 24 Februari 2014. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Air mata' Neng Yatimah masih tiada tandingan[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting