Nevado del Huila, setinggi 5,365 meter (17,602 ka), merupakan gunung berapi tertinggi di Colombia, terletak di Bahagian Huila. Sudah bertahun-tahun, jumlah salji pada gunung berapi berkenaan semakin berkurangan. Selepas pendam lebih dari 500 tahun, gunung berapi berkenaan telah menunjukkan tanda-tanda aktiviti yang jelas mulai tahun 2007. Sehingga 20 Februari 2007, terdapat lebih daripada 7000 kejadian seismos "kecil", dan satu amaran telah dikeluarkan di bahagian Cauca, Huila, Caldas dan Valle del Cauca.[1] Sebarang letusan akan menjejaskan perkampungan-perkampungan kecil di sekitar gunung tersebut, terutamanya Paez, Cauca, yang penduduknya masih lagi mengingati letusan gunung berapi Nevado del Ruiz dan kemusnahan Armero.

Nevado del Huila
Nevado del Huila dilihat dari tenggara pada 1993
Titik tertinggi
Ketinggian5,365 m (17,602 ka)
Tonjolan2,650 meter (8,690 ka)
Geografi
Lokasi Colombia
Induk banjaranCordillera Central
Geologi
Jenis gunungStratovolcano
Lengkok/Lingkaran
gunung berapi
Andean Volcanic Belt
Letusan terakhir2008

Letusan 2007 sunting

Pada 18 April 2007, gunung berapi ini meletus dua kali dan biarpun tiada pengaliran lahar (cuma lumpur dan selut) menyebabkan runtuhan ke Sungai Paez; ini menyebabkan paras air meningkat di sepanjang Sungai Magdalena. Kira-kira 4,000 orang terpaksa dipindahkan namun tiada yang terkorban.[2][3]

Aktiviti dan letusan 2008 sunting

Nevado del Huila telah menjadi aktif semula di dalam bulan Mac 2008. Selepas beberapa gempa bumi di dalam gunung berapi berkenaan, pihak berkuasa Colombia telah mengisytiharkan isyarat kecemasan lampu kuning pada 18 Mac.[4] Isyarat kecemasan telah dinaikkan ke lampu jingga pada 29 Mac, bermakna satu letusan boleh dijangka bila-bila masa berkemungkinan dalam tempoh beberapa hari atau beberapa minggu. Ratusan penduduk telah dipindahkan.[5] Pada 14 April 2008 iaitu pada 11:08 malam, satu letusan abu gunung berapi telah berlaku, menyebabkan kerajaan telah mengeluarkan isyarat lampu merah dan memindahkan 13,000 hingga 15,000 penduduk dari sekitar gunung itu.[6] Keadaan isyarat lampu merah telah diturunkan ke lampu jingga pada 16 April berikutan tamatnya aktiviti berkenaan.[7]

Letusan November 2008 sunting

Pada 21 November 2008, gunung berapi tersebut meletus pada pukul 0245 GMT menurut Colombian Institute of Geology and Mining(Institut Geologi dan Perlombongan Colombia).[8] BBC news melaporkan bahawa beberapa orang masih hilang dan bantuan kecemasan tidak dapat dihulurkan ke kawasan-kawasan terpencil. Pada November 23, 2008, pihak berkuasa Colombia melaporkan 10 kematian, dengan 12,000 penduduk berhampiran telah dipindahkan. [9] Letusan tersebut mengakibatkan runtuhan salji dan serpihan-serpihan batu yang merosakkan rumah, jambatan dan hasil tanaman.[10] Tiga pekan kecil iaitu Paicol, La Plata dan Belalcázar merupakan antara kawasan yayng terlibat dalam kejadian ini.[11]

Presiden Colombia Alvaro Uribe bergegas ke tempat kejadian selepas gunung berapi itu meletus. Kewujudan sistem kebangsaan yang sedia ada dalam menangani dan menghadapi malapetaka [12] seperti latihan kepada penduduk tempatan di kawasan yang berisiko tinggi dan juga pemasangan sistem penggera di pekan-pekan berdekatan dilaporkan berjaya mengurangkan jumlah kematian.[8] Presiden Alvaro Uribe mengarahkan Tentera Udara Colombia supaya mewujudkan "jambatan udara" bagi menyalurkan bantuan ke kawasan-kawasan yang ditenggelami air di sepanjang Rio Paez.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ (Sepanyol) Reducción de actividad sísmica de Nevado del Huila aligera estado de emergencia en zonas cercanas, El Tiempo, 20 Februari 2007. Dicapai 20 Februari 2007.
  2. ^ (Sepanyol) Destrucción de cuatro puentes y numerosos cultivos deja a su paso avalancha en el Cauca, El Tiempo, 18 April 2007.
  3. ^ "Thousands flee from Colombia volcano". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-29. Dicapai pada 2008-11-24.
  4. ^ Yellow alert for Colombian volcano Nevado del Huila
  5. ^ Sate of alert volcano Nevado del Huila raised to orange
  6. ^ Colombian volcano erupts in shower of hot ash; authorities declare alert, International Herald Tribune, 15 April 2008.
  7. ^ Reduced activity Nevada de Huila volcano, Colombia Reports, 16 April 2008.
  8. ^ a b "Nevado del Huila Volcano Erupts in Colombia". Latin America Herald Tribune. November 23,2008. Dicapai pada 2008-11-23. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "Colombia volcano claims 10 lives". BBC News. 2008-11-23. Dicapai pada 2008-11-23.
  10. ^ "Homes, crops damaged by Colombian volcano eruption". Fairfax New Zealand. 22 November 2008. Dicapai pada 2008-11-23.
  11. ^ "Volcano erupts in southern Colombia". Miami Herald. 11.21.08. Dicapai pada 2008-11-23. Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  12. ^ Dirección Nacional para la Prevención y Atención de Desastres http://www.sigpad.gov.co/noticias_detalle.aspx?idn=267[pautan mati kekal]
  13. ^ "Colombian volcano sets off landslides". Associated Press. November 22 2008. Dicapai pada 2008-11-23. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting

Templat:Andean volcanoes