New Delhi Mengenai audio inisebutan  (Hindi: नई दिल्ली, Bahasa Panjabi: ਨਵੀਂ ਦਿੱਲੀ, Urdu: نئی دلی‎) ialah kawasan bandar dalam kawasan metropolis Delhi. Ia juga merupakan ibu negara bagi India.

New Delhi

नई दिल्ली

—  Ibu negara  —
From top clockwise: Lotus Temple, Humayun's Tomb, Connaught Place, Akshardham Temple, and India Gate
New Delhi
Lokasi New Delhi
di National Capital Territory of Delhi
Koordinat 28°36′50″N 77°12′32″E / 28.61389°N 77.20889°E / 28.61389; 77.20889Koordinat: 28°36′50″N 77°12′32″E / 28.61389°N 77.20889°E / 28.61389; 77.20889
Negara  India
Negeri National Capital Territory of Delhi
Daerah New Delhi
Ketua Menteri Sheila Dikshit
Penduduk

Kepadatan
Metro

295,000 (2001)

9,294/km2 (24,071/sq mi)
13,850,507

Kelompok etnik 
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan

Aras tinggi

42.7 km2 (16 sq mi)

216 m (709 kaki)

Kod
Laman web www.ndmc.gov.in

Sejarah sunting

 
Makam Humayun, terletak di New Delhi, mempunyai seni bina yang seakan serupa dengan Taj Mahal.

Dari tahun 1772 hingga 1911, Calcutta adalah ibu negeri British India. Bagaimanapun, Delhi telah menjadi pusat kewangan dan politik bagi beberapa empayar India Purba, antaranya ialah Empayar Mughal. Semasa awal tahun 1900-an, satu cadangan telah dibuat kepada pentadbiran British untuk menukar pusat pemerintahan India dari Calcutta kepada Delhi. Tidak seperti Calcutta yang terletak di pantai timur India, Delhi terletak di tengah India dan Kerajaan British India merasakan bahawa lebih mudah untuk mentadbir India dari Delhi berbanding dari Calcutta. Oleh kerana kepentingan sejarah dan budayanya, Raja George V, (yang ketika itu merupakan Maharaja India) membuat pengumuman yang ibu negeri India akan dipindah dari Calcutta kepada Delhi.

Selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, satu autonomi terhad telah diberi kepada New Delhi dan ditadbir oleh Ketua Pesuruhjaya yang dilantik oleh Kerajaan India. Pada tahun 1986, Delhi telah ditukar menjadi wilayah kesatuan. Hal ini mengakibatkan jawatan Ketua Pesuruhjaya digantikan dengan jawatan Leftenan Gabenor. Akta Perlembagaan, 1991 mengisytiharkan Wilayah Kesatuan Delhi akan dikenali secara rasmi sebagai Wilayah Ibu Negara Kebangsaan Delhi.[1] Satu sistem diarki telah diperkenalkan yang mana kerajaan yang dipilih diberi kuasa yang meluas kecuali undang-undang dan keamanan yang masih dipegang Kerajaan Pusat. Penguatkuasaan pebggubalan undang-undang dilaksanakan pada tahun 1993.

Geografi sunting

New Delhi terletak di utara India. Ia terletak hampir keseluruhannya di Dataran Gangetic. Dua ciri unik geografi New Delhi adalah Dataran banjir Yamuna dan Permatang Delhi. New Delhi terletak di sebelah barat Sungai Yamuna. Disebelah timur sungai itu ialah kawasan bandar Shahdara. New Delhi jatuh di bawah zon seismik-IV, menjadikan ia terdedah kepada gempa bumi.[2]

Kerajaan sunting

Sehingga tahun 2005, struktur kerajaan Majlis Perbandaran New Delhi termasuklah seorang pengerusi, tiga ahli Persidangan Perundangan New Delhi, dua ahli dicadangkan oleh Ketua Menteri Wilayah Ibu Negara Delhi (NCT) dan lima ahli yang dicalonkan oleh kerajaan pusat. Ketua Menteri terkini NCT ialah Sheila Dikshit.

New Delhi ditadbir oleh kerajaan tempatannya sendiri yang dikenali sebagai Majlis Perbandaran New Delhi. Kawasan-kawasan bandar lain di kawasan metropolis Delhi pula ditadbir oleh Perbadanan Perbandaran Delhi dan dengan itu tidak termasuk sebagai sebahagian daripada ibu negara. Walau bagaimanapun, keseluruhan kawasan metropolis Delhi sering dikenali sebagai New Delhi sebagai perbandingan kepada Old Delhi.

Pengangkutan sunting

Pengangkutan awam di New Delhi ialah bas, kereta auto, sistem transit, teksi dan kereta api.

Bas sunting

Bas adalah pengangkutan paling popular dan paling digunakan dengan 60% pengguna menggunakannya.[3] Syarikat milik kerajaan Perbadanan Pengangkutan Delhi (DTC) ialah pengusaha bas utama kepada bandaraya ini. Perbadanan Pengangkutan Delhi (DTC) beroperasi di banyak laluan bukan sahaja di Delhi bahkan laluan dalam negeri. Bas-bas ini beroperasi sekitar 34 depot dan bas-bas dalam negeri beroperasi daripada Tiga Terminal Bas Dalam Negeri di Kashmere Gate, Sarai Kale Khan dan Anand Vihar.

Perkhidmatan Perbadanan Pengangkutan Delhi di New Delhi mempunyai banyak rangkaian perkhidmatan bas. Ia menyambungkan hampir ke semua bahagian Delhi dengan rangkaian bas-bas ini. Diantara perkhidmatan yang ketara ini ialah perkhidmatan Mudrika dan Bahri Mudrika. DTC telah menolong Delhi Metro untuk menghubungkan Bandaraya Delhi dengan lebih baik dengan beroperasi di laluan-laluan bas baru. DTC sekarang mengoperasikan perkhidmatan bas mesra alam terbesar di dunia.[4]

Metro sunting

Fail:New Delhi Metro.jpeg
Delhi Metro, dioperasikan oleh Perbadanan Rel Delhi Metro Rail Berhad

Sebuah sistem metro bertaraf dunia telah diwujudkan di New Delhi. Bagi membolehkan pengangkutan ini dapat menampung permintaan di Delhi, kerajaan negeri dan pusat memulakan kerja-kerja pembinaan sistem transit termasuklah Delhi Metro.[3] Setakat 2007, metro ini mengoperasikan tiga garisan dengan jumlah panjang ialah 65 km (40 batu) dan 59 stesen sementara garisan-garisan lain masih dalam pembinaan.[5] Setakat bulan November, 2006:

Nama garisan Nombor Stesen perantara
 Garisan Merah 1 Shahdara - Rithala
 Garisan Kuning 2 Vishwa Vidyalaya - Sekreteriat Tengah
 Garisan Biru 3 Indraprastha - Bandar Dwarka

Teksi dan Beca sunting

 
Beca auto ialah antara pengangkutan paling popular di Delhi.

Beca auto sangat popular di New Delhi. Oleh kerana kenderaan ini menggunakan CNG, maka ia adalah mesra alam dan merupakan satu cara mudah untuk bergerak. Kenderaan ini biasanya berwarna hijau dan kuning. Tambang kenderaan biasanya berjumlah Rs. 50.

Tidak seperti beca auto, teksi tidak tersebar luas. Teksi yang berwarna hitam dan kuning lebih mahal tetapi dapat menampung jumlah penumpang dan muatan yang lebih banyak.

Kenderaan persendirian menyumbang 30% daripada jumlah permintaan pengangkutan.[3] Dengan panjang jalan 1922.32 km per 100 km², Delhi mempunyai kepadatan jalan paling tinggi di India.[3] Delhi disambungkan dengan bahagian-bahagian lain India melalui lima Lebuh raya kebangsaan iaitu Lebuh raya 1, 2, 8, 10 dan 24. Jalan-jalan di New Delhi dikendalikan oleh MCD, NDMC, Lembaga Kantonmen Delhi, Jabatan Kerja Raya (PWD) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Delhi.[6]

Kereta api sunting

Landasan kereta api hanya menyumbang 1% daripada jumlah trafik tempatan sehinggalah tahun 2003.[3] Walau bagaimanapun, Delhi ialah persimpangan utama di Peta rel di India dan merupakan ibu pejabat kepada Landasan Kereta Api Utara. Empat stesen landasan kereta api utama ialah Old Delhi, Stesen Kereta Api Nizamuddin, Sarai Rohilla dan Stesen Kereta Api New Delhi.[3]

Udara sunting

 
Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi

Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGI) terletak di bahagian barat daya Delhi dan bertujuan menyediakan perkhidmatan bagi penerbangan domestik dan antarabangsa. Pada tahun 2005–06, lapangan terbang ini merekodkan trafik melebihi 8.5 juta penumpang,[7] menjadikan ia sebagai antara lapangan terbang paling sibuk di Asia Selatan. Lapangan Terbang Safdarjung ialah satu lapangan udara di Delhi yang digunakan bagi tujuan penerbangan awam.[8]


Demografi sunting

Pada tahun 2003, Wilayah Ibu Negara Kebangsaan Delhi mempunyai populasi seramai 14.1 juta orang menjadikan ia kawasan metropolitan kedua paling besar di India selepas Mumbai.[9] Hal ini termasuklah lebih kurang 295,000 orang tinggal di New Delhi dan 125,000 di Kantonmen Delhi. Purata 821 orang wanita untuk 1000 orang lelaki, dan kadar pandai membaca ialah 81.82%.[10]

Kebudayaan sunting

 
Kuil Lotus Temple ialah salah satu ciri unik di New Delhi

Status New Delhi sebagai ibu negara telah menjadikan acara-acara serta hari cuti kebangsaan lebih penting. Acara-acara kebangsaan seperti Hari Republik, Hari Kemerdekaan dan Gandhi Jayanti (hari jadi Gandhi) disambut dengan penuh semangat di New Delhi. Pada Hari Kemerdekaan India (15 Ogos), Perdana Menteri India berucap kepada negara daripada Kubu Merah. Kebanyakan warga Delhi menyambut hari ini dengan bermain layang-layang sebagai satu simbol kebebasan.[11] Perbarisan Hari Republik ialah sebuah perbarisan ketenteraan dan kebudayaan terbesar dengan menampilkan kepelbagaian budaya serta kekuatan tentera di India.[12][13]

Perayaan keagamaan termasuklah Diwali, Durga Puja, Holi, Lohri, Maha Shivaratri, Aidilfitri, Aidiladha dan Buddha Jayanti.[13] Festival Qutub ialah acara kebudayaan yang mana hiburan oleh ahli muzik dan penari dari seluruh India ditayangkan pada waktu malam dengan Qutub Minar sebagai latar belakang acara berkenaan.[14] Acara-acara lain seperti Festival Layang-Layang, Festival Mongo Antarabangsa dan Vasant Panchami (Festival Musim Luruh) diadakan pada setiap tahun di Delhi.

Ekonomi sunting

Fail:Caanaught.jpg
Bangunan-bangunan tinggi di kawasan komersial Delhi.

Dengan anggaran bersih Produk Domestik Negeri (SDP) ialah 83,085 crore (830.85 billion) Rupee India (INR) (untuk tahun 2004–05),[15] Delhi ialah sebuahpusat komersial yang penting di Asia Selatan. Delhi mempunta pendapatan per kapita 53,976 INR iaitu sekitar 2.5 kali daripada peringkat kebangsaan.[15]

Bandaraya berkembar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN KE-69), 1991". AKTA (PINDAAN) PERLEMBAGAAN, PERLEMBAGAAN INDIA. Pusat Maklumat Nasional dan Teknologi Maklumat, Kerajaan India. Dicapai pada 2007-01-08.
  2. ^ "Profil bencana di daerah-daerah di India" (PDF). Projek Kapasiti Bangunan Kebangsaan dalam Pengurusan Bencana. UNDP. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-05-19. Dicapai pada 2006-08-23.
  3. ^ a b c d e f "Bab 12: Pengangkutan" (PDF). Tinjauan Ekonomi Delhi, 2005–2006. Jabatan Perancangan, Kerajaan Wilayah Ibu Negara Kebangsaan Delhi. m/s. ms130–146. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-01-16. Dicapai pada 2006-12-21.
  4. ^ "Piagam Rakyat". Perbadanan Pengangkutan Delhi. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-10. Dicapai pada 2006-12-21.
  5. ^ "Maklumat Stesen". www.delhimetrorail.com. Perbadanan Rel Delhi Metro Rail Bhd. (DMRC)). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-19. Dicapai pada 2007-01-14.
  6. ^ I.Prasada Rao. "Sistem Pengurusan Penyelenggaraan berdasarkan GIS (GMMS) bagi Jalan-jalan Utama di Delhi". Peta India 2006: Pengangkutan. GISdevelopment.net. Dicapai pada 2007-01-14. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ "Delhi – Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (DEL)". Essential Travel Ltd., UK. Dicapai pada 2006-04-29.
  8. ^ "VIDD - Lapangan Terbang". Carian Great Circle. Karl L. Swartz. Dicapai pada 2007-01-14.
  9. ^ "Kajian Prospek Perbandaran Dunia 2003" ([PDF). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. m/s. p7. Dicapai pada 2006-04-29. |pages= has extra text (bantuan)
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan census01del tidak disediakan
  11. ^ "Hari Kemerdekaan". 123independenceday.com. Compare Infobase Limited. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-31. Dicapai pada 2007-01-04.
  12. ^ Ray Choudhury, Ray Choudhury (28 Januari 2002). "Perbarisan Hari Republik, satu anakronisme?". The Hindu Business Line. Dicapai pada 2007-01-13. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ a b "Pesta & Perayaan di Delhi". Delhi Travel. India Tourism.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-19. Dicapai pada 2007-01-13.
  14. ^ Tankha, Madhur (15 Disember 2005). "Sufi dan rock di Festival Qutub". New Delhi. The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-13. Dicapai pada 2007-01-13. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ a b "Bab 2: Pendapatan Negeri" (PDF). Banci Ekonomi Delhi, 2005–2006. Jabatan Perancangan, Kerajaan Wilayah Ibu Negara Kebangsaan Delhi. m/s. ms8–16. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-06-14. Dicapai pada 2006-12-21.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Alexandria
Buku Ibu Negara Dunia
2003
Diikuti oleh:
Antwerp