Nicol Ann David

pemain skuasy Malaysia

Datuk Dr (HC) Nicol Ann David DB PJN KMN AMN DSPN (Tulisan Jawi: نيكول آن داۏيد; lahir 26 Ogos 1983) ialah seorang pemain skuasy profesional warga Malaysia yang juga wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Nicol Ann David
A women in a black t-shirt and a sunglasses on her head smiling.
Nicol David ketika sesi temu ramah Squash Stars pada Julai 2010
Nama samaranDuracell Panni[1]
Negara Malaysia
Tempat kediamanPuchong, Selangor, Malaysia
Tarikh lahir (1983-08-26) 26 Ogos 1983 (umur 40)
Tempat lahirPulau Pinang, Malaysia
Ketinggian1.63 m (5 ka ​4 316 in)[2]
Menjadi Pro2000[2]
JurulatihLiz Irving
Perseorangan Wanita
Ranking tertinggiNo. 1
Ranking kiniNo. 1
Gelaran50
Pusing terakhir62
Dunia BukaW (2005, 2006, 2008, 2009, 2010)
Kemaskini terakhir pada: September, 2017.

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang mempunyai pencapaian demikian sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diberi penghormatan untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.

Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 26 Ogos 1983.[3] Beliau merupakan anak kepada pasangan Ann Marie David yang berketurunan Cina dan Desmond David yang berketurunan India.[4][5] Bapa beliau yang merupakan seorang jurutera juga pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri manakala ibunya pula adalah seorang pesara guru. Nicol juga mempunyai dua orang adik-beradik lain iaitu Lianne dan Cheryl yang juga mempunyai pencapaian cemerlang dalam sukan skuasy di peringkat kebangsaan. Ketika di bangku sekolah, Nicol merupakan pelajar cemerlang dalam sukan mata pelajaran matematik dan beliau juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera seperti bapanya.[6] Nicol mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah dan juga 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Green Lane dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.[7] Beliau beragama Kristian (Roman Katolik).

Anugerah dan penghormatan sunting

Pada 7 Jun 2008, Nicol dikurniakan Darjah Bakti (D.B.)[3] sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[4] Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.[4] Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.[3][4]

Pada 12 Julai 2008, beliau menjadi salah seorang daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari keputeraan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke-70.[5] Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN),[6] yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Dato' di negeri Pulau Pinang.[5] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang,[7] pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.[8] Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.[9] Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.[10][11]

Pada 19 September 2012, beliau telah dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan menyandang pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM. Majlis Pemakaian Pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.[12]

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004,[13][14] di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[15]

Pada 9 September 2017, beliau dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh YDPA Sultan Muhammad V.

Anugerah sunting

Anugerah Malaysia sunting

  • Universiti Sains Malaysia
    • Ijazah Doktor Kehormat Sains Sukan (2019)[20]

Kerjaya sunting

Sebelum 2000: Zaman junior sunting

 
Nicol Ann David di Terbuka Malaysia CIMB 2008 di Kuala Lumpur.

Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, beliau kemudiannya mula menerima bimbingan jurulatih ketika berusia lapan tahun. Bakatnya dikenal pasti oleh Ee Phoeh Hoon ketika berlatih di Pusat Skuasy, Bukit Dambar. Ee yang kagum dengan bakat Nicol kemudiannya meyakinkan beliau untuk menyertai perlawanan skuasy mewakili Pulau Pinang. Beliau mula menyertai kejohanan skuasy pada tahun 1992 dan menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Pulau Pinang. Pada tahun yang sama, beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16. Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu. Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12.

Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium, menjadikannya pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15 tahun. Yang menariknya, beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohanan itu. Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang pada tahun 2001, oleh itu beliau merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang sejarah skuasy ketika itu, beliau dilatih oleh Richard Glanfield.

Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka Junior British (juara Bawah-17), Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19), Sukan SEA (Juara kategori Senior dan Pasukan), dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan.

Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, di mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara termuda kejohanan itu. Nicol mencapai pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil, ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkul kejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember 1998. Nicol juga merupakan antara sebilangan kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di Terbuka Junior British.

2000–2004: Menjadi profesional sunting

 
Nicol David melawan pemain New Zealand, Shelley Kitchen di Terbuka Malaysia CIMB 2007.

Nicol menyertai WISPA lalu menjadi profesional pada tahun 2000 apabila memenangi kejuaraan WISPA sulung selepas hanya sebulan berjelajah di bawah lembaga skuasy tersebut.Ini menjadi kenyataan pada bulan Februari, apabila beliau mengalahkan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor dengan markah 9–1, 9–0, 9–5. Sebulan selepas itu, syarikat Hotel Equatorial mengumumkan penajaan sedunia buat beliau selama dua tahun. Nicol turut meraih penajaan untuk jelajah WISPA oleh syarikat Dunlop.

Pada tahun 2001, Nicol yang ditaja oleh Dunlop Sport sepanjang kerjaya junior dan WISPA sehingga masa itu, menandatangani perjanjian dua tahun bersama syarikat raket Head dan konglomerat tempatan, Mulpha Sports. Pada bulan Julai, Nicol merangkul kejuaraan Junior Sedunia keduanya dengan menumpaskan Omneya Abdel Kawy dalam masa hanya 17 minit dengan markah 9–2, 9–4, 9–2 di pusingan akhir. Beliau merupakan pemain skuasy perempuan pertama yang menjuarai Kejohanan Junior Sedunia dua kali. Nicol turut memenangi acara perseorangan di Kejohanan Skuasy Junior Asia dengan menewaskan rakan senegara, Tricia Chuah di pusingan akhir dengan markah 9–5, 9–6, 9–0, di samping membantu pasukan Malaysia merangkul kejuaraan acara berpasukan.

Pada tahun 2002, Nicol menumpaskan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur buat kali kedua dalam kerjayanya. Beliau bersama Ong Beng Hee dalam acara beregu campuran, memenangi pingat perak untuk skuad negara di Sukan Komanwel 2002 setelah kalah kepada Glen Wilson dan Leilani Rorani di pusingan akhir. Pada awal tahun itu, Nicol menangkis saingan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur yang kedua dalam kerjayanya. Akan tetapi, Nicol gagal mempertahankan pingat emas Sukan Asia 2002 setelah kecundang 9–7, 9–5, 9–7 kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong di pusingan akhir di Busan, Korea Selatan.

Prestasi Nicol pada tahun 2003 tidak begitu memberangsangkan, beliau dua kali kalah dalam pusingan akhir; di negara sendiri, beliau tewas kepada Cassie Jackman yang lebih berpengalaman, kemudian tersungkur di tangan Linda Elriani di Monte Carlo Classic pada bulan November. Beliau mencapai pusingan akhir Terbuka Dunia di Hong Kong, tetapi dihambat oleh Cassie Jackman dengan mata 9–6, 9–3, 9–4. Nicol kurang menyerlah juga dalam acara utama WISPA yang lain; beliau tersingkir di pusingan pertama Terbuka AS Carol Weymuller, Terbuka British dan Terbuka Texas. Di Terbuka Qatar Classic, Nicol kecundang di pusingan kedua kepada Natalie Grinham dengan mata 9–2, 7–9, 9–0, 9–4.

Pada tahun 2004, Nicol sekali lagi tidak dapat meraih apa-apa kejuaraan. Pencapaiannya yang terbaik termasuk memasuki pusingan akhir Terbuka Kuala Lumpur dan Terbuka Malaysia. Mujurlah, Nicol mulai menunjukkan peningkatan pada bulan Disember apabila mencapai pusingan akhir Kejohanan WISPA WorldStars di Shanghai dan separuh akhir Terbuka Dunia, supaya naik dua tangga ke tangga #4 dalam ranking WISPA Januari 2005.

2005–2006: Juara dunia mencapai kemuncak sunting

 
Nicol Ann David memegang piala Terbuka Skuasy Malaysia CIMB 2007.

Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21 tahun ini pulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka Dunia di Jerman untuk menjadi juara skuasy termuda di dunia. Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yang memenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara tersebut. Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan kejayaannya di Terbuka Dunia dan Terbuka Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka British, dan orang Asia pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah menumpaskan Natalie Grinham dari Australia dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55 minit. Dalam masa dua bulan selepas kejayaan Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga teratas dalam ranking dunia buat julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.

Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan ini. Beliau juga menjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada April 1983. Nicol membuka tahun 2006 dengan hambar kerana kalah dua kali kepada Vanessa Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka Apawamis dan Terbuka Kuala Lumpur. Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2 dalam ranking dunia. Apapun, Nicol mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut lalu merampas kembali kedudukan #1 dunia. Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka Dunia di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalam perlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka Dunia Wanita. Beliau menjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, dan orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah. Nicol turut menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge, Kejohanan Terbuka British Dunlop, Terbuka Hong Kong, Terbuka Pulau Pinang dan Terbuka Malaysia CIMB. Nicol mengungguli ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak pesaing terdekatnya, Rachael Grinham, dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada bulan yang sama, beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua.

2007–2008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi sunting

 
Nicol membalas Jenny Duncalf di Terbuka CIMB 2007 di Kompleks Skuasy Negara, Bukit Jalil.

Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh Rachael Grinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit. Sebulan kemudian, Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Dunia kerana tersungkur di tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 0–9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69 minit. Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir kejohanan sejak April 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa daripadanya di Sukan Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini. Pada bulan Disember, Nicol memenangi anugerah Olahragawati Terbaik Asia setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga kesukanan.

Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah. Nicol David melengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific buat kali ketiga berturut-turut pada bulan November supaya rekod tanpa kalah dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53 perlawanan. Nicol meraikan setahun kalendar penuh keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember, maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga teratas. Kejayaan WISPA Nicol pada tahun 2008 bermula dengan Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari, diikuti dengan Terbuka KL di Malaysia, Terbuka British di England, Terbuka Seoul di Korea Selatan, Terbuka Malaysia, Masters Singapura, Terbuka Belanda, Terbuka Dunia di England, Qatar Classic dan Terbuka Hong Kong. Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan Kejohanan Asia dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi yang pertama ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998, kemudian menerajui pasukan Malaysia untuk menggondol pingat gangsa di Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.

2009–2014: Mencapai rekod sunting

 
Nicol Ann David in beraksi pada hari keenam Terbuka Hong Kong 2009.

Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA, Nicol menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di tangga #2; kakaknya Rachael Grinham (Australia) di #3; dan Natalie Grainger (Amerika Syarikat) di #4. Dalam pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod tanpa kalah Nicol selama 17 bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas kepada Natalie Grainger di pusingan akhir. Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman yang julung kali diadakan, di mana beliau dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan kemenangan 11–8, 11-6, 11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannya yang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah WISPA. Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi gelaran juara kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empat set.

 
Nicol David beraksi pada hari ketujuh Terbuka Hong Kong 2009.

21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya Seoul keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set. Sebulan kemudian, pada 24 Julai, beliau mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan ketatnya, Natalie Grinham dari Belanda dalam tiga set. Seminggu kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 ke atas Alison Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol menjadi jaguh pertama yang memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1975.

Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untuk memenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya dalam sebulan. Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPA kelimanya dalam tahun itu. Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya skuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu dunia dalam Ranking Dunia Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah Fitz-Gerald sebagai pemain yang ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita. Pada 12 September, Nicol tewas kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari kemudian, beliau bangkit untuk menumpas musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali keempat. Nicol mengakhiri tahun ini dengan hambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka AS.

Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut. Wajahnya muncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari. Pertandingan pertama Nicol pada tahun itu ialah Terbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan Mac; beliau memenangi semua perlawanannya dalam tiga set, termasuk menebus kekalahan kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu dimahkotakan juaranya. 13 hari kemudian, di Terbuka Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di separuh akhir, supaya mendapat kejuaraan WISPA kedua pada tahun itu. Inilah kejuaraan Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas dimenanginya pada tahun 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008. Nicol meneruskan kecemerlangannya sepanjang tahun 2010 dengan menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang “berprestij” pada 22 September. Kemenangan Terbuka Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol, sekaligus menyamai rekod Sarah Fitz-Gerald untuk kejuaraan Terbuka Dunia yang terbanyak. Pada bulan Oktober, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol menumpaskan Jenny Duncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas. Kemudian, Nicol ke kejohanan Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan di Toluca, di mana beliau menumpaskan Rachael Grinham 12–10, 11–4, 11–5 untuk merangkul kejuaraan ke-34 berturut-turut.

Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah Dunia WISPA keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali lagi menewaskan Rachael Grinham 11–5, 11–8, 11–9 dalam masa 34 minit sahaja, sekaligus melengkapkan rekod tanpa kalah dengan koleksi 12 kejuaraan WISPA sepanjang tahun 2010. Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy perseorangan wanita Sukan Asia dengan menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 11–8, 8–11, 11–6, 11–7 di Guangzhou, China. Di temasya yang sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia menggondol sebutir lagi pingat emas dalam acara skuasy berpasukan wanita dengan menumpaskan pasukan Hong Kong juga.

Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah Nicol David selama 14 bulan akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari England 9–11, 7–11, 11–9, 8–11 di Cleveland Classic di Amerika Syarikat. Sebulan kemudian, pada awal bulan Mac, Nicol mengetuai pasukan Malaysia ke Piala Dunia WSF di Chennai, India, tetapi beliau direhatkan pada separuh akhir untuk memberi peluang kepada Low Wee Wern untuk mengambil tempatnya, namun pasukan Malaysia kalah 2–1 kepada pasukan England. Walau apapun, Nicol tetap memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2010 buat kali kelapan pada 16 Mac 2011. Pada 20 Mac, tuah kembali menyebelahi Nicol apabila beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh dengan menumpaskan Madeline Perry dari Ireland 11–6, 11–6, 11–2 dalam masa setengah jam sahaja.

2015–kini: Mencapai rekod sunting

Februari 2015, Nicol David memegang kedudukan sebagai juara selama 106 bulan, sekali gus menjadi pemegang juara paling lama bagi skuash.

Statistik kerjaya sunting

Juara WISPA (81) sunting

Semua Keputusan untuk Nicol David dalam pertandingan Jelajah Dunia WISPA:[21][22]

Petunjuk
Siri Platinum WISPA (12)
Siri Emas WISPA (52)
Siri Perak WISPA (12)
Siri Jelajah WISPA (5)
Kejuaraan dari Pertandingan Utama
Terbuka DUNIA

(5)

Terbuka British (3)
Terbuka Hong Kong (5)
Qatar Classic (4)
No. Tarikh Pertandingan Lawan di Pusingan Akhir Markah di Pusingan Akhir Tempoh (H:MM)[b]
1. 28 Februari 2000 Terbuka Finland Savcor   Salma Shabana 9–1, 9–0, 9–5 Tidak diketahui
2. 30 Julai 2000 Terbuka Kuala Lumpur   Elin Blikra 9–2, 9–5, 9–5 0:32[23]
3. 3 Februari 2002 Terbuka Kuala Lumpur (2)   Ellen Petersen 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 Tidak diketahui
4. 6 Februari 2005 Terbuka Kuala Lumpur (3)   Annelize Naudé 9–4, 9–2, 9–0 0:19[24]
5. 12 Mac 2005 Terbuka Kuwait Sheikha Al Saad   Natalie Grainger 4–9, 9–6, 9–7, 10–8 0:45[25]
6. 5 Jun 2005 Terbuka Belanda   Linda Elriani 4–9, 2–9, 9–3, 9–3, 9–3 Tidak diketahui
7. 30 Julai 2005 Terbuka Wanita Malaysia   Vanessa Atkinson 3–9, 9–3, 1–9, 9–1, 9–4 0:52[26]
8. 17 Oktober 2005 Terbuka British   Natalie Grinham 9–6, 9–7, 9–6 0:55[27]
9. 30 Oktober 2005 Terbuka Carol Weymuller   Natalie Grinham 5–9, 9–6, 9–4, 9–3 1:00[28]
10. 4 Disember 2005 Terbuka Dunia   Rachael Grinham 8–10, 9–2, 9–6, 9–7 0:53[29]
11. 9 Julai 2006 Terbuka Cabaran Qatar Airways   Rachael Grinham 4–9, 9–5, 9–0, 9–0 0:54[30]
12. 30 Julai 2006 Terbuka Wanita Malaysia (2)   Tania Bailey 9–4, 9–6, 2–9, 5–9, 9–3 1:25[31]
13. 5 Ogos 2006 Terbuka Pulau Pinang   Rachael Grinham 9–6, 9–6, 5–9, 9–3 0:55[32]
14. 18 September 2006 Terbuka British (2)   Rachael Grinham 9–4, 9–1, 9-4 0:41[33]
15. 22 Oktober 2006 Terbuka Hong Kong Cathay Pacific   Tania Bailey 9–2, 10–8, 9–5 0:41[34]
16. 26 November 2006 Terbuka Dunia (2)   Natalie Grinham 1–9, 9–7, 3–9, 9–5, 9–2 1:38[35]
17. 17 Mac 2007 Terbuka Kuala Lumpur (4)   Natalie Grinham 6–9, 9–3, 9–6, 7–9, 9–6 1:42[36]
18. 11 April 2007 Terbuka Kuwait Sheikha Al Saad (2)   Natalie Grinham 9–6, 10–8, 2–9, 9–1 1:33[37]
19. 17 April 2007 Terbuka Qatar Classic   Natalie Grinham 9–7, 2–9, 9–7, 9–2 1:09[38]
20. 28 Julai 2007 Terbuka Wanita Malaysia (3)   Tania Bailey 9–4, 9–3, 9–2 0:36[39]
21. 4 Ogos 2007 Singapore Masters   Natalie Grinham 9–6, 9–5, 9–5 0:54[40]
22. 2 September 2007 Terbuka Belanda (2)   Rachael Grinham 9–4, 9–1, 9–6 0:34[41]
23. 3 November 2007 Terbuka Qatar Classic (2)   Natalie Grainger 9–6, 9–4, 10–9 0:43[42]
24. 11 November 2007 Terbuka Hong Kong Cathay Pacific (2)   Natalie Grinham 9–3, 9–5, 10–8 0:58[43]
25.[a] 4 Februari 2008 Terbuka Skuasy Apawamis   Natalie Grinham 9–1, 9–6, 6–6 (ret) 0:45[44]
26. 8 Mac 2008 Terbuka Kuala Lumpur (5)   Natalie Grinham 9–4, 9–2, 9–2 0:35[45]
27. 12 Mei 2008 Terbuka British (3)   Jenny Duncalf 9–1, 10–8, 9–0 0:40[46]
28. 7 Jun 2008 Terbuka Bandaraya Seoul   Rachael Grinham 9–5, 10–9, 9–6 0:41[47]
29.[c] 26 Julai 2008 Terbuka Wanita Malaysia (4)   Natalie Grinham 11–1, 11–4, 11–6 0:31[48]
30. 2 Ogos 2008 Singapore Masters (2)   Rachael Grinham 8–11, 11–3, 11–5, 11–8 0:39 [49]
31. 7 September 2008 Terbuka Belanda (3)   Natalie Grinham 11–9, 11–9, 11–4 0:55[50]
32. 19 Oktober 2008 Terbuka Dunia (3)   Vicky Botwright 5–11, 11–1, 11–6, 11–9 0:44[51]
33. 31 Oktober 2008 Terbuka Qatar Classic (3)   Natalie Grinham 11–7, 11–3, 11–9 0:29[52]
34. 23 November 2008 Terbuka Hong Kong Cathay Pacific (3)   Rachael Grinham 14–12, 11–13, 11–8, 11–8 0:53[53]
35. 10 Mei 2009 Terbuka Kepulauan Cayman   Natalie Grainger 11–8, 11–6, 11–5 0:33[54]
36. 17 Mei 2009 Terbuka Texas   Natalie Grainger 7–11, 12–10, 11–5, 11–6 0:39 [55]
37. 7 Jun 2009 Terbuka Bandaraya Seoul (2)   Jenny Duncalf 11–6, 3–11, 11–6, 11–4 0:38[56]
38. 1 Ogos 2009 Terbuka Malaysia (5)   Alison Waters 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 1:00[57]
39. 8 Ogos 2009 Singapore Masters (3)   Natalie Grinham 11–9, 11–8, 11–9 0:40[58]
40. 27 September 2009 Terbuka Dunia (4)   Natalie Grinham 3–11, 11–6, 11–3, 11–8 0:51[59]
41. 18 Oktober 2009 Terbuka Hong Kong Cathay Pacific (4)   Omneya Abdel Kawy 11–4, 11–7, 11–7 0:25[60]
42. 7 Mac 2010 Terbuka Chennai   Jenny Duncalf 11–6, 11–4, 11–6 0:25[61]
43. 20 Mac 2010 Terbuka Kuala Lumpur (6)   Omneya Abdel Kawy 11–4, 11–2, 13–11 0:31[62]
44. 17 April 2010 Terbuka Kepulauan Cayman (2)   Jenny Duncalf 11–8, 11–8, 11–4 0:32[63]
45. 24 Julai 2010 Terbuka Malaysia (6)   Jenny Duncalf 11–6, 6–11, 11–7, 10–12, 11–5 1:12[64]
46. 31 Julai 2010 Singapore Masters (4)   Alison Waters 18–16, 11–9, 12–10 1:03[65]
47. 27 Ogos 2010 Terbuka Hong Kong Cathay Pacific (5)   Jenny Duncalf 11–6, 12–10, 12–10 0:40[66]
48. 22 September 2010 Terbuka Dunia (5)   Omneya Abdel Kawy 11–5, 11–8, 11–6 0:30[67]
49. 24 Oktober 2010 Torneo International Bicentenario Mexico   Rachael Grinham 12–10, 11–4, 11–5 0:35[68]
50. 12 November 2010 Terbuka Qatar Classic (4)   Rachael Grinham 11–5, 11–8, 11–9 0:34[69]
51. 20 Mac 2011 Terbuka Kuala Lumpur (7)   Madeline Perry 11–6, 11–6, 11–2 0:34[70]
52. 9 April 2011 Cayman Islands Open (3)   Jenny Duncalf 11-7, 11-6, 12-14, 11-4 0:59[71]

Naib Juara WISPA (13) sunting

No. Tarikh Pertandingan Lawan di Pusingan Akhir Markah di Pusingan Akhir Tempoh (H:MM)[b]
1. 16 April 2000 Terbuka Milo   Rachael Grinham 2–9, 4–9, 6–9 Tidak diketahui
2. 24 Jun 2000 YTL Open   Carol Owens 1–9, 5–9, 2–9 0:35[72]
3. 16 Mac 2001 Terbuka DMC   Rachael Grinham 4–9, 2–9, 4–9 Tidak diketahui
4. 23 Ogos 2003 Terbuka Wanita Malaysia   Cassie Jackman 5–9, 9–1, 4–9, 7–9 0:47[73]
5. 22 November 2003 Terbuka Monte Carlo Classic   Linda Elriani 10–8, 1–9, 6–9, 1–9 0:42[74]
6. 15 Februari 2004 Terbuka Kuala Lumpur   Vanessa Atkinson 0–9, 7–9, 9–1, 2–9 0:28[75]
7. 24 Julai 2004 Terbuka Wanita Malaysia (2)   Vanessa Atkinson 2–9, 4–9, 0–9 0:25[76]
8. 21 November 2004 Terbuka Shanghai WISPA Worldstars   Cassie Jackman 2–9, 3–9, 0–9 0:27[77]
9. 6 Februari 2006 Terbuka Apawamis   Vanessa Atkinson 6–9, 2–9, 10–9, 7–9 1:05[78]
10. 18 Februari 2006 Terbuka Kuala Lumpur (2)   Vanessa Atkinson 7–9, 9–4, 1–9, 3–9 0:42[79]
11. 28 April 2007 Terbuka Bandaraya Seoul   Natalie Grinham 4–9, 4–9, 0–9 0:43[80]
12. 24 September 2007 Terbuka British   Rachael Grinham 9–7, 9–4, 3–9, 8–10, 1–9 1:27[81]
13.[c] 7 Mac 2009 Terbuka Kuala Lumpur (3)   Natalie Grainger 8–11, 12–10, 7–11, 11–5, 6–11 0:51[82]
14. 7 Mac 2011 Cleveland Classic   Laura Massaro 9–11, 7–11, 11–9, 8–11 1:01[83]

Gelaran lain sunting

1995 Terbuka Junior Scotland – Juara Bawah-14[84]

1996 Terbuka Junior British – Juara Bawah-14, Terbuka Junior Scotland – Juara Bawah-14[84]

1997 Terbuka Junior British – Juara Bawah-14, Terbuka Junior Scotland – Juara Bawah-16, Terbuka Junior Australia – Juara Bawah-15, Terbuka Junior Australia – Juara Bawah-17[84]

1998 Terbuka Junior British – Juara Bawah-16, Terbuka Junior Scotland – Juara Bawah-17, Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Akhir Litar Utama Skuasy Junior Asia – Juara Bawah-19, Sukan Asia ke-13 – Pingat Emas[84]

1999 Terbuka Junior British – Juara Bawah-17, Kejohanan Junior Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Junior Asia – Juara Pasukan, Terbuka Junior Jerman – Juara, Terbuka Junior Malaysia – Juara, Juara Junior Sedunia[84]

2000 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan (2)[84]

2001 Kejohanan Junior Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Junior Asia – Juara Pasukan, Juara Junior Sedunia (2)[84]

2002 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan (3), Kejohanan Asia – Juara Pasukan, Sukan Komanwel 2002 Beregu Campuran – Pingat Perak, Sukan Asia ke-14 – Pingat Perak[84]

2004 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan (4), Kejohanan Asia – Juara Pasukan[84]

2006 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan (5), Kejohanan Asia – Juara Pasukan, Sukan Asia ke-15 – Pingat Emas[84]

2008 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan (6), Kejohanan Asia - Team Champion[84]


2009 Sukan Dunia - Juara Perseorangan (2)

2010 Kejohanan Asia – Juara Perseorangan (7), Sukan Komanwel - Emas Perseorangan, Sukan Komanwel - Gangsa Beregu Campuran, Sukan Asia - Emas Perseorangan(3), Sukan Asia - Emas Pasukan

2011 Kejohanan Asia - Juara Perseorangan (8)

Catatan sunting

  • a Natalie Grinham menukar kesetiaan ke Belanda dari Mac 2008 dan seterusnya.[85]
  • b H = jam, MM = minit.
  • c Pertandingan WISPA menggunakan pemarkahan PAR scoring mulai 21 Julai 2008.[86]

Rujukan sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ "Nicol Ann David, WISPA - Squash player profile". WISPA. Dicapai pada 14 Mac 2010.
  2. ^ a b "Nicol Ann David, SquashInfo - Squash player profile". SquashInfo.com. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  3. ^ a b "Nicol David dikurnia Darjah Bakti, cipta sejarah". Kuala Lumpur: MStar Online. 7 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-24. Dicapai pada 23 Mac 2010.
  4. ^ a b c "Squash Queen Is First Recipient Of Order Of Merit". Bernama. Dicapai pada 14 Mac 2010.
  5. ^ a b Christina Chin, Andrea Filmer and Looi Sue-Chern (12 Julai 2008). "'Just Nicol' conferred Datukship". Georgetown: The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 16 Mac 2010.
  6. ^ "Nicol David Among 497 To Receive Penang Honours". Pulau Pinang: Bernama. 12 Julai 2008. Dicapai pada 23 Mac 2010.
  7. ^ "Biography". Official Website of the Prime Minister's Office of Malaysia. Dicapai pada 16 Mac 2010.
  8. ^ Ritikos, Jane (7 Disember 2005). "PM applauds Nicol and family". The Star. Dicapai pada 15 Mac 2010.
  9. ^ Sivabalan, S. (22 Julai 2007). "Honour for Nicol". The Star. Semenyih: The Star. Dicapai pada 15 Mac 2010.
  10. ^ "WISPA Players of the Year". WISPA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-21. Dicapai pada 16 Mac 2010.
  11. ^ "Nick Matthew & Nicol David Win Player of Year Awards". WISPA. 25 Januari 2011. Dicapai pada 9 Februari 2011.[pautan mati kekal]
  12. ^ "Penganugerahan Tauliah (Kehormat) Kepada Ratu Skuasy Negara Dato' Nicol Ann David". airforce.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada 29 August 2012.
  13. ^ "Malaysian Star Nicol David Carries Olympic Torch In KL". Worldsquash.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-21. Dicapai pada 14 Mac 2010.
  14. ^ "Olympic torch arrives in Malaysia". The Times of India. 20 April 2008. Dicapai pada 16 Mac 2010.
  15. ^ "Malaysian squash star appointed Goodwill Ambassador for UN development agency". United Nations News Centre. Dicapai pada 14 Mac 2010.
  16. ^ "Chong Wei penerima kedua Darjah Bakti" (dalam bahasa Malay). Bernama. 7 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 29 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ Rajes Paul (10 September 2017). "Chong Wei all fired up". The Star. Dicapai pada 2 August 2018.
  18. ^ "Chong Wei penerima kedua Anugerah Darjah Bakti". Bernama (dalam bahasa Malay). mStar. 6 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-02. Dicapai pada 2 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ Christina Chin, Andrea Filmer, Looi Sue-Chern (12 July 2008). "'Just Nicol' conferred Datukship". The Star. Dicapai pada 2 August 2018.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  20. ^ Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan kepada Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David atas sumbangannya terhadap kemajuan ilmu bidang sains sukan
  21. ^ "WISPA Player Profile". WISPA. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  22. ^ "SquashInfo: Nicol David". SquashInfo.com. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  23. ^ "Nicol David takes KL Open, Ayaz Azmat takes men's title". Squashtalk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-15. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  24. ^ "David ends drought with KL Hat-Trick". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  25. ^ "Palmer makes it a David double". Websitehome.co.uk. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  26. ^ "A home winner at last". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  27. ^ "Anthony Ricketts and Nicol David are British Open Champs for 2005". Squashtalk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-05. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  28. ^ "Weymuller title for Nicol". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  29. ^ "Double title for Shabana as Nicol takes it all". Websitehome.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-12. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  30. ^ "Nicol is the Champion". Squashsite.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-11. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  31. ^ "Malaysian titles for David and Grant". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  32. ^ "Home Hat-Trick for Nicol". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  33. ^ "Nick and Nicol champions". Squashsite. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-16. Dicapai pada 13 Mac 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  34. ^ "World number ones take Hong Kong title". Squashsite.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-31. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  35. ^ "Nicol is Queen again". Websitehome.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-13. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  36. ^ "Nicol David And Mohd Abbas Celebrates KL Titles". Squashtalk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-15. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  37. ^ "Ramy & Nicol take Kuwait crown". Squashsite.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-08. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  38. ^ "Nicol does it again". Squashsite.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-31. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  39. ^ "David & Iskandar Celebrate Local Malaysian Open Double". Squashplayer.co.uk. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  40. ^ "Nicol outlasts Natalie to snatch Singapore crown". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  41. ^ "A 'Home' title for Nicol". Squashsite.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-06. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  42. ^ "Nicol in front". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  43. ^ "Three in a row for Nicol & Amr". Squashsite. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-19. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  44. ^ "Nicol dominant in Rye". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  45. ^ "Perfect finish for Malaysia". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  46. ^ "Nicol gets her third, David his fourth". Squashsite. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-05. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  47. ^ "David Celebrates Seoul Success". Squashplayer.co.uk. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  48. ^ "Double home delight in KL". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  49. ^ "Nicol David Masters Singapore To Claim 30th Tour Title". Unitedsquashleague.com. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  50. ^ "It's Nicol and Nick". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  51. ^ "Nicol reclaims the crown". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  52. ^ "A Hat-Trick for Nicol". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  53. ^ "Four each for Nicol & Shabana". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  54. ^ "50 and counting for Nicol". Squashsite. Dicapai pada 12 Mac 2010.
  55. ^ "David strikes gold in Texas". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  56. ^ "Two out of three ain't bad". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  57. ^ "David & Shabana shine in KL". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  58. ^ "Nicol scores Singapore hat-trick". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  59. ^ Cubbins, Steve; Gommendy, Framboise (27 September 2009). "Nicol still the Queen". Squashsite. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-17. Dicapai pada 13 Mac 2010.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  60. ^ Cubbins, Steve; Gommendy, Framboise (October 18, 2009). "Five and Counting for David and Shabana in Hong Kong". Squashsite. Dicapai pada 13 Mac 2010.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  61. ^ "It's a Malaysian double in Chennai". Squashsite. 7 March 2010. Dicapai pada 8 March 2010.
  62. ^ "Top seeds take KL titles". Squashsite. March 20, 2010. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  63. ^ "It's Nicol again". Squashsite. April 17, 2010. Dicapai pada May 15, 2010.
  64. ^ Mather, Will (July 24, 2010). "It's a home double for Malaysia". Squashsite. Dicapai pada July 31, 2010.
  65. ^ "Nicol stays perfect in Lion City". Squashsite. July 31, 2010. Dicapai pada July 31, 2010.
  66. ^ Willstrop, Malcolm (August 27, 2010). "It's six for Nicol". Squashsite. Dicapai pada September 2, 2010.
  67. ^ Eaton, Richard (22 September 2010). "It's Five Time Nicol". Squashsite. Dicapai pada 23 September 2010.
  68. ^ "David claims Bicentenario Crown". Squashsite. October 24, 2010. Dicapai pada November 5, 2010.
  69. ^ Cubbins, Steve (November 12, 2010). "Nicol back on top in Qatar". Squashsite. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-08. Dicapai pada November 26, 2010.
  70. ^ "Nicol Pertahan Kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur 2011 Kali Ketujuh". Bernama. 20 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-17. Dicapai pada 22 Mac 2011.
  71. ^ "Nicol David Celebrates Cayman Islands Hat-Trick". Squashinfo.
  72. ^ "Low on a high, Nicol falls". Squashtalk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-15. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  73. ^ "Cassie Jackman wins title". Squashtalk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-02. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  74. ^ "Experience over Youth". Squashtalk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-15. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  75. ^ "Atkinson breaks local hearts". Squashplayer.co.uk. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  76. ^ "Atkinson destroys home hopes in Malaysian Open". SquashInfo.com. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  77. ^ "Jackman crushes David in Shanghai Final". Squashtalk.co.uk. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  78. ^ "2006 Apawamis Open WISPA". Squashtalk.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-26. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  79. ^ "Vanessa vanquishes David dream in KL". Squashplayer.co.uk. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  80. ^ "Natalie's turn at last". Squashsite. Dicapai pada 14 Mac 2010.
  81. ^ "Comeback Queen Rachael denies Nicol". Britishopensquash.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-14. Dicapai pada 13 Mac 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  82. ^ "Grainger ends David's run". Squashsite. Dicapai pada 14 Mac 2010.
  83. ^ "Laura Massaro Wins WISPA Cleveland Classic". iSquashStore.com. Dicapai pada 22 Mac 2011.
  84. ^ a b c d e f g h i j k Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan UNDP Official Website tidak disediakan
  85. ^ "Natalie goes Dutch". 26 Februari 2008. Dicapai pada March 16, 2010.
  86. ^ "WISPA to move to PAR Scoring". Squashsite. May 12, 2008. Dicapai pada March 16, 2010.

Pautan luar sunting