Nikola Gruevski (Macedonia: Никола Груевски [ˈnikɔla ˈɡruɛfski]  ( listen); lahir 31 Ogos 1970 di Skopje) adalah Perdana Menteri Macedonia sejak 27 Ogos 2006. Belau telah memimpin parti (Demokratik Kristian) VMRO-DPMNE sejak Mei 2003. Sebelum itu beliau merupakan Menteri Kewangan dalam kerajaan VMRO-DPMNE pimpinan Ljubčo Georgievski sehingga September 2002.

Nikola Gruevski
Никола Груевски
Perdana Menteri Macedonia
Memegang jawatan
27 Ogos 2006
PresidenBranko Crvenkovski
Gjorge Ivanov
Didahului olehVlado Bučkovski
Butiran peribadi
Lahir (1970-08-31) 31 Ogos 1970 (umur 53)
Skopje, Yugoslavia (kini Macedonia)
Parti politikVMRO-DPMNE
PasanganBorkica Gruevska

Pada 5 Jun 2011, parti campuran pimpinan partinya VMRO-DPMNE memenangi pilihan raya parlimen Macedonia 2011, kemenangan ketiga berturut-turut mereka, dengan VMRO-DPMNE sendiri memenangi 56 daripada 123 kerusi dalam parlimen. Gruevski dijangka akan membentuk kerajaan campuran baharu dalam masa 35 hari, sekali lagi dengan kerjasama parti DUI.

Rujukan sunting