Nirmala Srivastava

Shri Mataji Nirmala Srivastava atau Shri Mataji Nirmala Devi (lahir 21 Mac 1923) ialah pencipta kaedah tafakur Sahaja Yoga serta pengasas pertubuhan Sahaja Yoga Antarabangsa (Vishwa Nirmala Dharma),  sebuah pertubuhan yang bertujuan untuk membangun projek-projek sosial, mempromosikan kebudayaan melalui seni dan muzik, serta mengajar tafakur Sahaja Yoga. Beliau juga menuntut diri sebagai "Adi Shakti" dan disembah sedemikian oleh pengikut-pengikutnya. [1]

Nirmala Srivastava pada kulit bukunya, Era Metamoden (edisi 1997)


Biografi ringkas sunting

Dilahirkan di Chindawara, India kepada Prasad dan Cornelia Salve, ibu bapanya yang menganuti agama Kristian, Nirmala Srivastava menuntut keturunan daripada Dinasti Shalivan (atau Shalivahan). Nama "Nirmala" yang diberikan oleh ibu bapanya membawa pengertian "suci." [1]

Pada tahun-tahun mudanya, Nirmala Srivastava tinggal di ashram Mahatma Gandhi dan serupa dengan ibu bapanya, terlibat dalam gerakan kemerdekaan India. [2] Sebagai pemudi, beliau merupakan seorang pemimpin belia yang menyertai Gerakan Keluar Dari India. [3] [4]

Tidak lama selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, Nirmala berkahwin dengan Chandrika Prasad Srivastava. [3] Mereka dikurniakan dengan dua orang anak perempuan, Kalpana [2] dan Sadhana [3].

Nirmala Srivastava telah menyatakan bahawa keupayaan untuk semua manusia mencapai kesedaran diri secara rohaniah telah dicapai pada 5 Mei 1970, suatu tarikh yang dicirikannya sebagai suatu "proses sejarah terhadap kesedaran diri dan perubahan dalaman secara besar-besaran".

Antara tahun 1970 hingga tahun 2004, Nirmala Srivastava membuat banyak perjalanan ke banyak negara di seluruh dunia untuk menyebarkan Sahaja Yoga, memberikan syarahan awam, serta menyertai temu-temu bual yang diadakanoleh akhbar, televisyen, dan radio. Pada tahun 2004, laman web rasmi Sahaja Yoga mengumumkan bahawa Nirmala Srivastava telah menyiapkan tugasnya. [5]

Rujukan sunting

  1. ^ H.P.Salve, My memoirs (New Delhi: LET, 2000), Bab 1
  2. ^ H.P.Salve, My memoirs (New Delhi: LET, 2000), Bab 3 dan 4
  3. ^ a b H.P.Salve, My memoirs (New Delhi: LET, 2000), Bab 4 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Salve3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Satu perutusan untuk satu dan untuk semua, akhbar The Hindu, 7 April 2003
  5. ^ "Shri Mataji telah menyiapkan tugasNya."

Bibliografi sunting

  • Mataji Shri Nirmala Devi, Meta Modern Era (New Delhi: Buku Ritana, 1997) ISBN 81-852-500-19
  • H.P.Salve [saudara kandung lelaki Shri Nirmala Srivastava], My memoirs (New Delhi: Buku LET, 2000)
  • Gregoire de Kalbermatten, The Advent  (Bombay, 1979: cetak kembali: New York: daisyamerica, 2002) ISBN 1-932496-00-X
  • Gregoire de Kalbermatten, The Third Advent  (New York: Daisyamerica, 2003; Melbourne: Penguin Australia, 2004; Delhi: Penguin India, 2004) ISBN 1-932406-07-7

Pautan luar sunting