Nisbah bidang (imej)

Lima nisbah bidang yang terbiasa
4:3
3:2
16:9
1.85:1
2.39:1

Nisbah bidang imej ialah nisbah lebar ke tinggi imej yang diungkapkan sebagai dua nombor yang dipisahkan oleh tanda titik bertindih, contohnya: untuk nisbah bidang x:y, tak kira betapa besar atau kecil gambar itu, jika lebarnya dibahagikan kepada x unit kepanjangan yang dan tingginya diukur dengan unit kepanjangan yang sama, maka tingginya akan diukur menjadi y unit. Misalnya, anggaplah tiga imej yang kesemuanya bernisbah bidang 16:9. Satu imej lebarnya 16 inci dan tingginya 9 inci. Satu lagi imej lebarnya 16 cm dan tingginya 9 cm. Satu lagi pula lebarnya 8 ela dan tingginya 4.5 ela.

Nisbah bidang diungkapkan secara matematik sebagai x:y (disebut "x-ke-y") dan x×y (disebut "x-kali-y"); x×y juga digunakan khusus untuk menyatakan dimensi piksel seperti 640×480. Nisbah bidang sinematografi biasanya dinyatakan sebagai pekali perpuluhan (terbundar) lebar berbanding tinggi unit, manakala nisbah bidang fotografi dan videografi biasanya dinyatakan dengan nisbah nombor bulat lebar ke tinggi. Dalam imej digital, terdapat perbezaan yang halus antara Nisbah Bidang Paparan (paparan imej) dan Nisbah Bidang Storan (nisbah dimensi piksel).

Nisbah-nisbah bidang yang paling banyak digunakan hari ini dalam persembahan filem di pawagam ialah 1.85:1 dan 2.39:1.[1] Dua nisbah bidang videografi yang terlaris pula ialah 4:3 (1.33:1), format video sejagat abad ke-20, dan 16:9 (1.77:1), sejagat untuk televisyen definisi tinggi dan televisyen digital.

Dalam fotografi kamera pegun, nisbah bidang yang paling banyak digunakan ialah 4:3,3:2, dan baru-baru ini, 16:9.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ The 2.39:1 ratio is commonly labeled 2.40:1, e.g., in the American Society of Cinematographers' American Cinematographer Manual, and is mistakenly referred to as 2.35:1 (only cinema films before the 1970 SMPTE revision used 2.35:1).
  2. ^ "Panasonic Introduces 2 New Cameras". India: Tech Tree. Cite journal requires |journal= (bantuan)