Norman Cousins (24 Jun 1915 – 30 November 1990) ialah seorang ahli politik Amerika, wartawan, pengarang dan penyokong keamanan dunia.

Norman Cousins pada tahun 1976

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Cousins dilahirkan di West Hoboken, New Jersey, kemudian dinamakan sebagai Union City pada tahun 1925. Semasa beliau berusia 11 tahun, beliau telah disalah analisis oleh doktor berkaitan dengan batuk kering dan diletakkan dalam Sanotorium. Walaupun begitu, beliau merupakan atlit semasa beliau masih muda[1].

Antara pendidikan awal Cousins ialah di Theodore Roosevelt High School di Bronx, New York dan menamatkan pendidikannya di sana pada 3 Februari 1933. Beliau mengubah salah satu kertas di sekolah itu yang berjudul "The Square Deal" di mana kebolehan beliau mengubah kertas di simpan dengan rapi[2]. Cousins menerima Ijazah Sarjana Muda dari Teacher College, Universiti Columbia, di New York.

Kerjaya sebagai wartawan dan editor sunting

Beliau menyertai New York Evening Post (sekarang New York Post) sebagai staf pada tahun 1934 dan pada tahun 1935 beliau telah diambil bekerja di Current History sebagai pengkritik buku, yang kemudiannya beliau menjawat jawatan sebagai ketua editor. Beliau mempunyai ramai kawan yang bekerja di Saturday Review of Literature (kemudian dinamakan sebagai Saturday Review) di mana pejabatnya terletak di dalam satu bangunan dengan tempat Cousins bekerja. Kemudiannya, beliau menyertai Saturday Review sebagai staf pada tahun 1940, dan dinamakan sebagai ketua editor pada tahun 1942 (beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 1972). Di bawah pengurusan beliau, penerbitan bahan bacaan bertambah dari 20 000 ke 650 000.

Falsafah Cousins dalam kerjanya "kita tidak hanya menyanjung sastera tetapi cuba untuk berkhidmat dengannye, memupuk dan melindunginya." Cousins juga percaya bahawa "ianya memerlukan seorang penulis yang boleh mengembalikan zaman kegemilangan pucuk pimpinan apabila berlakunya sesuatu krisis".

Dari pandangan politik sunting

Dari sudut politik, Cousins merupakan pendukung kuat liberal, seperti pelucutan senjata nuklear dan keamanan dunia, di mana beliau mempromosikan idea ini dalam tulisannya dalam Saturday Review. Pada tahun 1984, bertempat di Universiti California, Berkeley, Cousins menyertai forum yang bertajuk "Quest for Pace", di mana beliau teringat akan tulisannya yang ditulis pada 6 Ogos 1945, hari di mana Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima. Di dalam tulisannya itu yang bertajuk "The Modern Man is Obsolete," Cousins yang menyatakan bahawa beliau berasa sangat bersalah atas penggunaan bom atom pada manusia, berbincang mengenai implikasi politik dan sosial terhadap penggunaan nuklear. Pada hari berikutnya, beliau bergegas untuk menerbitkan tulisannya itu di dalam Review dan respon yang diterima memberangsangkan, di mana tulisannya dicetak atas kesemua surat khabar utama di Amerika Syarikat dan juga dicetak di dalam bahasa yang berlainan.

Pada tahun 1950-an, Cousins menjadi orang penting yang membawa Hiroshima Maidens, sebuah kumpulan yang terdiri daripada beberapa masyarakat Jepun sekitar umur 25 tahun yang menjadi mangsa bom atom (atau dikenali sebagai Hibakusha), pergi ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan.

Pada tahun 1960-an, beliau memulakan proses rundingan Amerika-Soviet Dartmouth Conferences yang membawa kepada keamanan.

Cousins juga banyak menerbitkan buku bukan fiksyen yang berkaitan dengan penggunaan nuklear, seperti Who Speaks for Man? yang diterbitkan pada tahun 1953, yang memperjuangkan Kerajaan dunia dan penghapusan nuklear. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Federal Dunia dan pengerusi Jawatankuasa Dasar Nuklear Sane, yang pada tahun 1950 memberi amaran bahawa dunia bakal musnah hasil dari nuklear jika pengeluaran senjata nuklear tidak dihentikan. Cousins menjadi duta tidak rasmi pada tahun 1960, dan hasil rundingan beliau antara Holy See, Kremlin dan Rumah Putih membawa kepada terbentuknya Persetiaan Soviet-Amerika dan beliau diberikan penghargaan oleh Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu John F. Kennedy dan Pope John XXIII dan diberikan pingat peribadi. Cousins juga diberikan anugerah Keamanan Eleanor Roosevelt pada tahun 1963, anugerah tahunan Family Man pada tahun 1968, pingat Keamanan United Nations pada tahun 1971 dan hadiah Niwano Peace Prize pada tahun 1990.[3] Beliau turut berkhidmat dalam lembaga pemegang amanah untuk Perkhidmatan Sains, kini dikenali sebagai Persatuan Sains & Awam, dari tahun 1972 hingga 1975. Saat yang amat membanggakannya ialah apabila Albert Einstein menjemputnya ke Universiti Princeton untuk membincangkan isu-isu pelucutan senjata nuklear dan persekutuan dunia.

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia akibat daripada kegagalan fungsi jantung pada 30 November 1990 di Los Angeles, California. Walaupun begitu, beliau pertama kali dianalisis dengan penyakit jantung 36 tahun sebelum kematiannya, lebih lama daripada apa yang telah dijangka oleh doktornya. Beliau juga pernah diserang penyakit jantung 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.[4].

Beliau bersama isterinya Ellen meninggalkan empat orang anak: Andrea Cousins, Amy Cousins, Candis Kerns, dan Sarah Kit Shapiro. Beliau disemadikan di perkuburan yahudi Bukit Lebanon di New Jersey, bersebelahan dengan isteri dan ibu bapanya.

Antara karya beliau sunting

  • Modern Man Is Obsolete (1945)
  • Writing for love or money: thirty-five essays (1949)
  • Who Speaks for Man? (1953)
  • "In God we trust"; the religious beliefs and ideas of the American Founding Fathers (1958)
  • Dr. Schweitzer of Lambaréné (1960)
  • In place of folly (1962)
  • Present tense; an American editor's Odyssey (1967)
  • Great American Essays (1967)
  • Improbable triumvirate: John F. Kennedy, Pope John, Nikita Khrushchev (1972)
  • Anatomy of an illness as perceived by the patient: reflections on healing (1979) ISBN 978-0-393-32684-0
  • Human options (1981)
  • The Physician in Literature (1982)
  • The healing heart: antidotes to panic and helplessness (1983)
  • The Words of Albert Schweitzer (Words of Series) (1984)
  • Albert Schweitzer's mission: healing and peace (1985) with Schweitzer ISBN 978-0-393-02238-4
  • Nobel Prize Conversations: With Sir John Eccles, Roger Sperry (1985)
  • The human adventure: a camera chronicle (1986)
  • The pathology of power (1987) ISBN 978-0-393-30541-8
  • The Republic of Reason: The Personal Philosophies of the Founding Fathers (1988)ISBN 9780062501615
  • Head first: the biology of hope and the healing power of the human spirit (1989) ISBN 978-0-14-013965-5
  • The celebration of life; a dialogue on immortality and infinity (1991)
  • Why Man Explores
  • La volonté de guérir
  • Master Photographs
  • Mind over Illness (1991)

Senarai anugerah dan penghargaan sunting

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Norman Cousins: Editor And Writer". Harvardsquarelibrary.org. Dicapai pada 2013-12-25.
  2. ^ Details of Cousins' high school career were found in the private memorabilia of Hilda (Wronker) Taft, a classmate.
  3. ^ Ken Read-Brown. "Norman Cousins:Editor and writer". Unitarian's Friends.
  4. ^ Read-Brown, Ken. "Norman Cousins: Editor and Writer". Harvardsquarelibrary.org. Dicapai pada 2010-01-25.