Oberkommando der Luftwaffe

(Dilencongkan dari OKL)

Oberkommando der Luftwaffe (Terjemahan literal: Markas Tinggi Tentera Udara; singkatan OKL) adalah markas besar Tentera Udara Jerman dan, selain daripada Kementerian Penerbangan Jerman (Reichsluftfahrtministerium - RLM), ia juga adalah antara pusat pemerintahan tertinggi Luftwaffe. Di bawah Persetiaan Versailles tentera udara imperial telah diharamkan,tetapi daripada tahun 1933 pihak Nazi telah menjadikan pembinaan tentera udara baru sebagai hak keutamaan. Menjelang tahun 1939, Luftwaffe merupakan angkatan tentera udara yang paling kuat di dunia.

Oberkommando der Luftwaffe (OKL)
Markas Besar Tentera Udara
Bendera Panglima Tentera Udara Jerman, 1938–1940
Aktif26 Februari 1935
Dibubarkan23 Mei 1945
NegaraJerman Nazi Jerman Nazi
CawanganReichsluftfahrtministerium
JenisTentera udara
PerananPengawasan dan Pertahanan Aeronautik
Sebahagian daripadaMarkas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht)
PangkalanBerlin
Nama samaranOKL
Komander
Pemerintah Tertinggi Angkatan TenteraAdolf Hitler
Panglima Tentera UdaraHermann Goering
Ketua Staf AmHans Jeschonnek

Sejarah sunting

Luftwaffe telah di susun dalam struktur besar dan pelbagai yang dipimpin oleh Menteri Penerbangan Jerman (Reichsluftfahrtminister) merangkap Panglima Tertinggi Tentera Udara (Oberbefehlshaber der Luftwaffe - OBdL) Marsyal Empayar Hermann Goering, iaitu pemerintah kedua Reich Ketiga selepas Adolf Hitler. Goering menerusi RLM menguasai segala aspek penerbangan di dalam Jerman termasuk sistem penerbangan awam dan tentera. Luftwaffe secara rasminya ditubuhkan pada 1 Mac 1935 dan Goering menjadi ketuanya. Penyusunan organisasi ini adalah daripada tempoh masa aman sebelum penglibatan dalam Perang Saudara Sepanyol.

Pada awal tahun 1937, Goring mwngumumkan penyusunan semula Kementerian Penerbangan Jerman kepada cawangan tentera dan awam. Cawangan tentera akan dipimpin oleh OKL. Ketuanya adalah orang yang mengepalai staf am. Bagaimanapun, pemisahan tentera dari sistem penerbangan awam belum selesai dan ia berpecah-pecah. Beberapa bahagian cawangan tentera diletakkan dibawah kawalan Inspektor Jeneral Luftwaffe Fil Marsyal Erhard Milch dan ia mengandungi;

  • Cawangan Pusat
  • Pejabat Perkhidmatan Am Tentera Udara
  • Semua Inspektorat

Sebab-sebab pembentukan ini adalah untuk melemahkan Milch, yang telah mendapat perhatian baik dari Parti. Bagaimanapun tahun demi tahun kemudian, Goring sekali lagi mengubah struktur organisasi dengan mengalihkan tiga pejabat daripada Milch dan kawalan Staf Am. Beliau meletakkan ia dibawah kawalannya sendiri iaitu;

Perubahan ini menjadikan pejabat-pejabat tersebut pusat kuasa tambahan dalam RLM dan memecahkan lagi organisasi atasan Luftwaffe. Ia juga melumpuhkan fungsi-fungsi bahagian yang penting.

Organisasi sunting

Untuk memacu peperangan Eropah, Luftwaffe memerlukan sebuah markas besar yang setaraf dengan Tentera Darat (Oberkommando des Heeres, OKH) atau Tentera Laut (Oberkommando der Kriegsmarine, OKM). Dengan itu pada tahun 1939, Luftwaffe sekali lagi telah di susun semula. Pujian bagi pembentukan sebuah markas besar tentera udara yang sebenar harus diberi kepada Jeneral Gunther Korten, Panglima Armada Udara 1,dan Ketua Operasinya, Jeneral Karl Koller. Mereka berdua berkempen untuk membentuk satu markas yang bukan dari linkungan Kementerian Penerbangan Goring. Tujuan mereka ialah meletakkan Luftwaffe pada tapak peperangan yang sebenar, dengan mengumpulkan semua bahagian penting RLM kedalam satu markas pemerintahan. Justeru itu pada 5 Februari 1944, Markas Besar Tentera Udara (Oberkommando der Luftwaffe, OKL) telah ditubuhkan. Ia mengandungi;

  • Staf Am
  • Staf Operasi
  • Semua Inspektorat Senjata
  • Cawangan Kuartermaster
  • Cawangan Semboyan

Lain-lain bahagian seperti latihan, pentadbiran, pertahanan awam dan reka bentuk teknikal kekal dibawah kawalan RLM. Organisasi baru ini terbukti lebih efisien dan berakhir sehingga penghujung perang.

OKL sama seperti OKH dan OKM melapor terus kepada Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht, OKW). OKW hanya bertanggungjawab kepada Hitler bagi hal ehwal operasi ketiga-tiga perkhidmatan tentera. OKL telah dibahagi kepada Markas Medan (1.Staffel) dan Markas Tempatan (2.Staffel). Markas Medan berurusan dengan teater operasi manakala Markas Tempatan kekal eksklusif di Berlin.

OKL juga adalah cawangan operasi Luftwaffe. Ia telah dibahagi secara beroperasi kepada armada-armada udara di peringkat atasan. Pada mulanya ia telah dibahagi kepada empat armada udara (Luftflotte) yang dibentuk mengikut bentuk geografi dan mengikut nombor turutan. Tiga lagi Luftflotten ditambah kemudian apabila peperangan semakin meluas. Setiap Luftflotte adalah entiti yang serba lengkap. Pemimpin armada menyelia keseluruhan operasi udara dan aktiviti bantuan. Bagaimanapun pemimpin pesawat pejuang (Jagdfliegerführer) mengepalai semua operasi pesawat pejuang dan melapor kepada Panglima Armada.

Setiap Luftflotte dibahagi lagi kepada wilayah udara (Luftgaue) dan Kor penerbangan (Fliegerkorps). Setiap Luftgau mempunyai 50 hingga 150 orang pegawai yang dipimpin seorang generalmajor. Ia bertanggungjawab bagi pentadbiran dan struktur logistik serta sumber-sumber setiap lapangan terbang. Fliegerkorps pula mengurus hal ehwal operasi yang berkaitan dengan penerbangan seperti unit gerak atur, kawalan trafik udara, ordnans dan penyelenggaraan.

Semenjak struktur ini memberi bantuan darat pada unit-unit terbang, unit-unit terbang ini diberi kebebasan untuk menggerakkan staf bantuan dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut penempatan semula unit. Sebaik saja unit tersebut tiba di lokasi barunya, seluruh staf lapangan terbang akan berada dibawah pemerintahan panglima unit tersebut.

Ketua-Ketua OKL dan Panglima Tertinggi Tentera Udara sunting

Ketua-Ketua Staf Am Tentera Udara sunting

 
Bendera Ketua Staf Am OKL

(pangkat terakhir yang dipegang selepas meninggalkan jawatan)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Caldwell, Donald (2007). The Luftwaffe Over Germany: Defense of the Reich. MBI Publishing Company. m/s. 304. ISBN 1-85367-712-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)[pautan mati kekal]
  • Lepage, G. G., Jean Denis (2009). Aircraft of the Luftwaffe 1935–1945: An Illustrated History. McFarland & Company. m/s. 402. ISBN 0-7864-3937-8.
  • Mitcham Jr., Samuel (200). Eagles of the Third Reich: Men of the Luftwaffe in World War II. Stackpole Books. m/s. 347. ISBN 0-7864-3937-8.
  • Stedman, Robert (2002). Luftwaffe Air & Ground Crew 1939–45. Osprey Publishing. m/s. 48. ISBN 1-84176-404-3. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • United States War Department (1995). Handbook on German Military Forces. LSU Press. m/s. 635. ISBN 0-8071-2011-1.