Ole-ole Chef Wan merupakan sebuah rancangan yang ditayangkan di TV9 setiap Sabtu jam 1.00 petang. Pengacara rancangan ini adalah Chef Wan, chef popular di Malaysia.

Ole-ole Chef Wan adalah program yang bercorak masakan dan pengembaraan. Ia menyaksikan Chef Wan dan tetamu undangannya memasak dua resipi yang disesuaikan dengan rumah atau tempat dikunjungi. Setiap minggu juga akan menyaksikan Chef Wan bertukar ke lokasi berlainan.

Antara lokasi yang dipaparkan melalui rancangan ini adalah seperti Rumah Kebajikan Orang Tua, Zoo Negara, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Rumah Anak Yatim, Taman Agroteknologi, Kermenterian Pertahanan, Kolej Jururawat di Pusat Bandar Damansara, Royal Selangor (Kilang Piuter terbesar di dunia) dan Rumah Amal Cheshire – sebuah rumah amal Orang Kurang Upaya.