Al-Marhum YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor, dan dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor. Sejak kecil lagi, Datuk Haji Omardin telah menghidapi penyakit polio atau lumpuh.

Semasa berusia 18 tahun, beliau telah bertemu seorang guru silat iaitu Syed Abdul Rahman di Pulau Besar, Melaka. Guru silat berkenaan menasihati beliau mempelajari 'Silat Tarah', sebagai usaha mengubati penyakitnya.

Minatnya terhadap silat semakin mendalam apabila mendapati penyakitnya menunjukkan tanda-tanda sembuh tetapi dalam masa yang sama beliau terpaksa menerima hakikat akan menghadapi kecacatan kedua-dua anggota kaki buat selama-lamanya. Sepanjang menjalani tempoh rawatan dan mempelajari silat, Datuk Omardin pernah ditanam dari kaki hingga ke paras pinggang sebanyak 15 kali di kawasan pantai pada setiap kali bulan mengambang.

Beliau terus mempelajari pelbagai teknik silat termasuk menyerang, cara bertahan serangan musuh serta menumpaskan musuh menggunakan segala pergerakan tubuh badan termasuk anggota kakinya yang cacat. Beliau bukan sahaja dilatih oleh Syed Abdul Rahman tetapi turut dibantu oleh tujuh orang anak murid gurunya yang juga rakan seperguruan beliau.

Semasa berusia 22 tahun, beliau telah dilantik menjadi Guru Muda silat berkenaan. Selang beberapa bulan kemudian setelah melalui penilaian dan ujian getir gurunya, beliau telah dilantik sebagai Mahaguru dan diberi kebenaran oleh Syed Abdul Rahman mengajar silat berkenaan yang kemudiannya dikenali sebagai Silat Lincah. Antara ujian yang beliau telah lalui untuk menjadi Mahaguru adalah ditetak dengan senjata tajam, disiram dengan minyak panas dan ditanam hidup-hidup selama 2 hari 2 malam. Upacara pertabalan Datuk Omardin sebagai Mahaguru dilakukan di Makam Sheikh Ismail Sultan Ariffin, Pulau Besar, Melaka.

Setelah tamat berguru dengan Syed Abdul Rahman, beliau diwasiat oleh gurunya supaya berguru dengan empat orang guru lain iaitu Kiyai Haji Nong Lias di Rantau, Negeri Sembilan, Wan Alang dari Bukit Selambau, Kedah, Syed Mohammed Al-Qadri dan Tuan Haji Salleh Patani.

Beliau kemudiannya berangkat ke Tanah Suci Mekkah bersama-sama dengan 37 orang jurulatih untuk mengesahkan ilmunya. Pulang ke tanah air, Silat Lincah mula mencipta sejarah. Dengan hanya lima orang anak murid asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Dari situ Silat Lincah terus berkembang di pelusuk tanah air sehingga pendaftarannya sebagai pertubuhan diluluskan dan dikenali Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Beliau juga pernah mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah diluar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Indiadan Mekkah. Kejayaan Silat Lincah dikenali dunia antarabangsa bermula selepas 4 Disember 1976, di mana satu upacara demonstrasi Silat Dunia anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia diadakan di Kuala Lumpur. Selepas tarikh keramat inilah, dua orang anak muda dari England dan Belgium, Glenn Lobo dan Christtopher Bogaerts datang ke Kuala Lumpur untuk mempelajari Silat Lincah. Disinilah bermulanya Silat Lincah menembusi dunia antarabangsa.

Kerjaya Datuk Omardin dicemari insiden Bersih 2.0 apabila nama baik Silat Lincah diguna oleh Ibrahim Ali untuk tujuan politik perkauman. Air muka persatuan tercemar bila persatuan gagal memanggil 50,000 orang untuk berdemontrasi di Kuala Lumpur.

Anugerah sunting

27/3/1999 – Dianugerahkan Darjah Kebesaran “Dato - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah” (DSSA) oleh KDYMM Sultan Selangor.

24/3/2001 – Dianugerahkan Gelaran Master 7 Dan, dari Persekutuan Taekwando Global Malaysia.

19/7/2002 – Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa Gelaran Dato' (DSPN) oleh TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang.

19/7/2005 – Dianugerahkan Darjah Mulia Pangkuan Negeri yang membawa Gelaran Dato' (DMPN) Kelas Pertama oleh TYT Gebanor Negeri Pulau Pinang.

31/10/2008 - Menerima Anugerah Living Legend of Martial Arts sempena Kongres Keamanan Dunia (WPC) ke-18 dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008

21/6/2009 - Dianugerahkan tali pinggang "Supreme Grandmaster" dari Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF)

1/8/2010 - Menerima anugerah dari Presiden WUKF, Prof Osualdo Messias De Oliveira dari Brazil, yg disampaikan oleh wakil dari Malaysia Master Pathmanathan ( World Union Karate do Federation)

20/10/2010 - Dianugerahkan Kesatria Melayu Terbilang dari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 dan merupakan penerima pertama anugerah yang julung kali diperkenalkan.

16/03/2011 - Menerima Anugerah Selempang Pelangi Hitam Cula Sakti daripada Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM).

Keluarga sunting

Isteri
Datin Raja Azizah bt. Raja Ahmad Shah.
Datin Norazian bt. Haji Abdul Rahman.

Anak (9 orang)
Haji Megat Zulkarnain
Wan Zurina
Megat Khairul Anuar
Megat Ady Putera
Putra Al Farock
Putra Al Faris
Putri Faradiba
Putri Farahana
Putra Al Faiq Umar

Meninggal Dunia

Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal Kuala Lumpur, jam 3.20 pagi Sabtu, 20 JUN 2015.

Pautan luar