Orang Cina Singapura

Orang Cina Singapura (Cina: ringkas 新加坡华人, tradisional 新加坡華人, pinyin Xīnjiāpō Huárén, Kantonis jyutping san1gaa1po1 waa4 jan4) merupakan orang Cina penuh atau sebahagian – umumnya etnik Han – berdasarkan kerakyatan Singapura. Pada tahun 2011, Orang Cina Singapura membentuk 74.1% daripada penduduk Singapura – kira-kira tiga daripada empat rakyat Singapura – membuatkan mereka kelompok etnik terbesar di Singapura.[1] Selain Tanah Besar China, Singapura merupakan satu-satunya negara didunia dimana orang Cina merupakan majoriti penduduk negara tersebut dan juga dalam semua lapisan masyarakat, politik dan ekonomi Singapura.[2][3] Ia adalah negara kelima yang terbesar bagi Orang Cina seberang laut, di belakang orang Cina di Thailand, Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat.

Orang Cina Singapura
اورڠ چينا سيڠاڤورا
新加坡华人 atau 新加坡華人
Lee Kuan Yew Lee Hsien Loong Tony Tan
JJ Lin Gong Li Teo Chee Hean
Stephanie Sun Goh Keng Swee Fann Wong
Kawasan ramai penduduk
Singapura
Bahasa
Inggeris • Mandarin Singapura • Min Cina
Kantonis • Hakka
dan pelbagai dialek Cina
Agama
Buddha • Kristian • Taoisme
tidak beragama dan lain-lain
Kumpulan etnik berkaitan
Cina Malaysia • Selatan China
Cina seberang laut

Orang Cina di Singapura lebih cenderung untuk memperkenalkan diri mereka terutamanya sebagai rakyat Singapura (ringkas 新加坡人, tradisional 新加坡人, pinyin Xīnjiāpōrén) dan hanya sekunder sebagai Cina. Walau bagaimanapun, bahasa Cina lebih cenderung untuk dilihat sebagai status orang Cina terutamanya. Oleh itu, istilah Inggeris "Cina Singapura" dan "orang Cina di Singapura" digunakan secara gantian. Dalam bahasa Cina, walaupun Cina Singapura jelas membezakan diri mereka sebagai Cina sepenuhnya (ringkas 华人, tradisional 華人, pinyin Huárén) berbanding Orang Cina seberang laut (ringkas 华裔, tradisional 華裔, pinyin Huáyì; ringkas 华侨, tradisional 華僑, pinyin Huáqiáo).[perlu rujukan] Kumpulan yang berasingan adalah Cina peranakan, yang merupakan keturunan dari etnik Cina yang berkahwin dengan orang Melayu asli dan telah mengembangkan budaya yang unik dimana ianya berbeza dengan majoriti kaum Cina.

Pengenalan sunting

Kerajaan Singapura menyatakan bahawa "Cina" sebagai "bangsa" atau "kelompok etnik" dan "Cina di Singapura" sebagai merujuk kepada orang yang berasal dari China seperti Hoklo, Teochew, Kantonis, Hakka, Hokkien, Hainan, Hockchias, Foochows, Henghuas, Shanghai, dan sebagainya.[4] Warga Singapura yang berdarah campuran dikategoikan sebagai "Cina" jika bapa mereka dikategorikan seperti itu. Maksudnya jika bapanya berketurunan Cina, manakala ibunya berketurunan lain, maka anak tersebut dikategorikan sebagai orang Cina.


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Nota
  1. ^ a b "POPULATION TRENDS 2011" (PDF), Singapore Department of Statistics, Social Statistics Section, dicapai pada 2012-05-07
  2. ^ Vatikiotis, Michael (12 February 1998). Entrerepeeneurs (PDF). Bangkok: Far Eastern Economic Review.
  3. ^ "Chinese of Indonesia, Malaysia and the Philippines – World Directory of Minorities". Faqs.org. Dicapai pada 23 April 2012.
  4. ^ "Glossary of Terms and Definition" (PDF). Singapore Department of Statistics. 2000. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-11-13. Dicapai pada 18 November 2010.
Bibliografi

Bacaan lanjut sunting

  • Lynn Pan (Singapore Chinese Heritage Center) (1998). The Encyclopedia of the Chinese Overseas. Singapore: Archipelago Press Landmark Books. ISBN 981-3018-92-5.
  • 许教正 (Xu Jiaozhen) (1965). 东南亚人物志》 (Historical Figure of South East Asia). Singapore: Xu Jiaozhen Pub.
  • Song Ong Siang (1993). One Hundred Years' History of the Chinese in Singapore. Singapore: Singapore Chinese Chamber of Commerce Publisher.

Pautan luar sunting