Orang Melayu Indonesia

Kumpulan etnik di Indonesia

Orang Melayu Indonesia (Tulisan Jawi: ملايو ايندونيسيا) merupakan orang Melayu yang tinggal di Indonesia, sebagai salah satu kelompok etnik bangsa asli negara Indonesia. Bahasa Indonesia, bahasa kebangsaan Indonesia, merupakan salah satu daripada berkembangnya kepiawaian bahasa Melayu Riau.[5][6] Ada beberapa bilangan kerajaan yang berkaitan dengan Melayu di Indonesia yang meliputi pesisir timur pulau Sumatera dan pesisir Kalimantan, yang mana sesetengahnya yang terkenal ialah Srivijaya, Kerajaan Melayu, Kesultanan Palembang, Kesultanan Jambi, Kesultanan Deli, Kesultanan Riau-Lingga dan Kesultanan Sambas. Banci 2010 menyatakan terdapat lebih kurang 8 juta orang Melayu di Indonesia; jumlah ini berasal daripada klasifikasi orang Melayu di Sumatra Timur dan pantai Kalimantan yang diiktiraf oleh pemerintah Indonesia.

Melayu Indonesia
ملايو ايندونيسيا
Sepasang suami isteri Melayu Riau menikmati gambus tradisional. Panel latar belakang menggabungkan palet tiga warna Melayu.
Jumlah penduduk
8,753,791 (2010)[1][a]
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia:
 Sumatra Selatan3,139,000
 Riau2,880,240
 Kalimantan Barat1,259,890[3]
 Kepulauan Bangka Belitung936,000
 Jambi914,660
 Kepulauan Riau600,108
 Sumatra Utara582,100
 Lampung269,240
 Jakarta165,039
 Bengkulu125,120
 Kalimantan Tengah87,222
Kalimantan Timur84,468
Kalimantan Utara64,881
Bahasa
Native
Melayu (Pelbagai jenis bahasa Melayu vernakular)
Also
Indonesia
Agama
Majoriti
Islam Sunni (99.64%)
Minoriti
 • Buddha Vajrayana (0.22%) • Kristian (Protestan and Katolik Rom) (0.09%) • Konfusianisme (0.014%) • Hindu (0.011%) • Lain-lain (0.003%)[4]
Kumpulan etnik berkaitan

Konsep satu Kemelayuan di Indonesia berbeza dengan yang terdapat di Malaysia, iaitu ras Melayu itu adalah semua penduduk yang tinggal di Asia Tenggara dan bukan hanya etnik atau bangsa, berbeza di Malaysia yang mana, Melayu mengamalkan keazaman asimilasi budaya (Melayuisasi atau "masuk Melayu") Menurut pengiktirafan itu, bangsa-bangsa Islam di Nusantara boleh dikatan sebagai orang Melayu bukan secara langsung atau "Melayu Dagang" seperti Jawa, Bugis, atau Minangkabau, kerana mereka beragama Islam dan telah lama bermastautin di dalam negara maka mereka diakui kerajaan sebagai orang Melayu.

Sejarah sunting

 
Tradisi Melayu di Tanjung Uma Kota Batam.
 
Kompleks Candi Muaro Jambi yang terletak di Kampar, Indonesia, merupakan bukti warisan peradaban Kerajaan Melayu (sebuah kerajaan yang berpusat di timur Sumatera yang merupakan asal usul pembentukan orang Melayu).

Sumatra sunting

Terdapat banyak kerajaan dan kesultanan Melayu yang terdapat di pulau Sumatra: iaitu Kerajaan Melayu, Kepaksian Sekala Brak, Sriwijaya, Dharmasraya, Kesultanan Asahan, Kesultanan Deli, Kesultanan Jambi, Keratuan Melinting, Keratuan Darah Putih, Kerajaan Islam Palembang, Kesultanan Palembang, Kesultanan Siak dan Kesultanan Riau-Lingga. Merujuk kepada Banci Penduduk Indonesia 2010, orang Melayu di Sumatra paling dominan berada di provinsi Riau, Kepulauan Riau, dan Kalimantan Barat.

Kalimantan sunting

Terdapat pelbagai kerajaan dan kesultanan yang berkaitan dengan sejarah bangsa Melayu dan etnik lain di pulau Kalimantan (j.d.s Borneo), seperti Kesultanan Sanggau, Kesultanan Pontianak, Kesultanan Bulungan, Kesultanan Berau, Kesultanan Gunung Tabur, Kesultanan Sambaliung, Kesultanan Paser, Kerajaan Tanjungpura, Kesultanan Kutai, dll.

Kesultanan Bulungan di Kalimantan Timur ialah sebuah kesultanan yang didirikan oleh keturunan diraja Melayu Brunei dengan krio suku Dayak Kayan yang bernama Uma Apan. Puteri darilada Uma Apan telah berkahwin dengan seorang pemuda dari Brunei dan mendirikan Kerajaan Bulungan yang beragama Hindu, sebelum memeluk Islam dan mengubahnya kepada Kesultanan Bulungan.

Dalam peristiwa Pontianak semasa penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun, tentera Jepun membunuh kebanyakan golongan elit Melayu dan memancung kepala semua sultan Melayu di Kalimantan. Tahun 2001, jumlah orang Melayu di Kalimantan Barat berjumlah 1,259,890 orang, sementara pada Banci Penduduk Indonesia 2010 berjumlah 814,550 orang.[7]

Semasa kejatuhan Suharto, ada kebangkitan dalam kebangsaan dan pengenalan Melayu di Kalimantan dan orang Melayu dan orang Dayak di Sambas membunuh orang Madura beramai-ramai semasa kekecohan Sambas.

Bahasa sunting

 
Batu Bersurat Kedukan Bukit (683), ditemui di Palembang, Sumatera, Indonesia ialah spesimen tertua yang masih hidup dari bahasa Melayu.[8]

Sumatra ialah tanah air bahasa Melayu, yang kini menjangkau seluruh pelosok Asia Tenggara. Bahasa Indonesia, yang merupakan bahasa rasmi dan lingua franca negara, berasaskan bahasa Melayu Riau. Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang, yang mempunyai rekod sastera seawal abad ke-7 Masihi. Prasasti Melayu awal yang terkenal, Batu Bersurat Kedukan Bukit, ditemui oleh orang Belanda M. Batenburg pada 29 November 1920, di Kedukan Bukit, Sumatra Selatan, di tebing sungai Tatang, anak sungai Musi. Ia adalah batu kecil bersaiz 45 x 80 cm. Ia ditulis dalam bahasa Melayu Kuno, kemungkinan nenek moyang bahasa Melayu hari ini dan variasinya. Kebanyakan bahasa-bahasa dan dialek Melayu yang dituturkan di Indonesia saling tidak dapat difahami dengan bahasa Indonesia Piawai. Yang paling banyak dituturkan dan dikuasai ialah bahasa Melayu Palembang (5,5 juta), Melayu Jambi (3 juta), bahasa Melayu Bengkulu (2,5 juta) dan Melayu Basemah (1,7 juta). Terdapat beberapa bahasa yang berkait rapat dengan bahasa Melayu seperti bahasa Minangkabau, Kerinci, Kubu dan lain-lain. Bahasa-bahasa ini berkait rapat dengan bahasa Melayu, tetapi sangat banyak perbezaan sehingga tidak dikatakan sebagai bahagian daripada bahasa Melayu. Ada banyak bahasa kreol atau patois yang berasaskan Melayu dituturkan di negara ini terutamanya di timur Indonesia kerana hubungan dari bahagian barat Indonesia dan semasa pemerintahan kolonial di mana bahasa Melayu menggantikan bahasa Belanda sebagai lingua franca. Kreol Melayu yang paling terkenal di Indonesia ialah bahasa Melayu Ambon, Betawi, bahasa Melayu Manado dan bahasa Melayu Papua.

Suku Melayu Indonesia sunting

 
Sebuah rumah Melayu di Kalimantan Barat
 
Rumah adat Melayu
 
Rumah Melayu Bangkinang di Pekanbaru.
 
Rumah Melayu di Kalimantan Barat.

Perihalan kaum Melayu di Indonesia sunting

 
Seorang wanita Melayu Deli dalam pakaian perkahwinan tradisional dari Sumatra Utara, Indonesia

Orang Melayu di Indonesia jatuh ke dalam pelbagai sub-etnik dengan masing-masing mempunyai kepelbagaian bahasa, sejarah, pakaian, tradisi, dan rasa identiti bersama yang tersendiri. Jumlah orang Melayu di Indonesia pada Bancian Penduduk Indonesia 2010 berjumlah 5,365,399 orang (2.27%) dari 136,728,739 penduduk Indonesia pada masa itu. Beberapa kumpulan etnik di Indonesia juga dipengaruhi oleh unsur Melayu, meskipun nyata terdapat perbezaan pendapat bahwa ada yang setuju disebut Melayu dan ada pula yang tidak setuju disebut Melayu, sehingga jumlahnya mungkin lebih dari 5 juta orang. Jumlah boleh berbeza khususnya di Sumatra.[1] Meski demikian, data rasmi hasil Bancian Penduduk Indonesia 2010, boleh menjadi acuan jumlah penduduk orang Melayu di Indonesia.[9]

Berikut adalah sebaran orang Melayu di Indonesia berdasarkan data rasmi pemerintah menurut bancian, mengikut provinsi:[9]

No Provinsi Jumlah 2010 %
1 Riau 1,828,815 34.09%
2 Kalimantan Barat 814,550 15.18%
3 Sumatera Utara 771,668 14.38%
4 Sumatera Selatan 602,741 11.23%
5 Kepulauan Riau 501,061 9.34%
6 Jawa Barat 190,224 3.55%
7 Jambi 164,979 3.07%
8 DKI Jakarta 92,088 1.72%
9 Banten 87,443 1.63%
10 Kalimantan Tengah 86,322 1.61%
11 Bengkulu 48,331 0.90%
12 Sumatera Barat 39,629 0.74%
13 Bali 22,926 0.43%
14 Aceh 22,198 0.41%
15 Bangka Belitung 18,585 0.35%
16 Lampung 18,175 0.34%
17 DI Yogyakarta 15,430 0.29%
18 Provinsi lain 40,234 0.74%
Indonesia 5,365,399 100%

Menurut Ananta et al. 2015,[10] golongan Melayu di Indonesia terdiri daripada:

Suku Melayu Sumatera sunting

Suku Melayu Kalimantan sunting

Bali sunting

Sulawesi sunting

Orang Melayu Asli sunting

 
Seorang wanita Melayu Kutai di Residensi Kalimantan Selatan dan Timur, Hindia Timur Belanda. Litografi kepada cat air asal s. 1879–1880.

Orang Melayu Indonesia yang terkenal sunting

Sastera sunting

Kerabat diraja sunting

 
Putera Melayu dari Rumah Diraja Deli, Langkat dan Serdang Sumatera Timur (sekarang Sumatera Utara)

Politik sunting

Hiburan/Media sunting

Atlet/Pengerusi Sukan sunting

Ulama sunting

  • Abdus Samad Al-Palimbani - ulama paling mahsyur dari Palembang, membesar di sana dan menjadi mufti dan menulis karya-karya di kesultanan itu selama beberapa masa, zuriat keluarga diraja Kedah dari ibunya Wan Zainab, puteri kepada Datok Sri Maharaja Dewa, penulis Puisi Kemenangan Kedah dan Mulhiqun fi Bayani Fawaidin Nafi'ah fi Jihadi fi Sabilillah, wafat semasa memimpin askar Kedah menentang Siam Rattanakosin pada 1828 di usia 124 tahun merujuk kepada Tarikh Salasilah Negeri Kedah
  • Abdul Somad Batubara - ulama paling mahsyur dari Riau, dikeruniakan gelar Datuk Seri Ulama Setia Negara dalam Majelis Penganugerahan Gelar Kehormatan Adat, pensyarah tamu Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam

Usahawan besar/Ahli ekonomi sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Catatan sunting

  1. ^ Angka ini berdasarkan pengelasan etnik yang dikemukakan dalam Ananta et al. 2015, yang memasukkan angka bagi setiap kelompok dengan "Melayu" pada nama mereka serta orang-orang Jambi, Bengkulu, Serawai, Semendo, tetapi mengecualikan angka bagi orang-orang Palembang, Bangka, dan Belitung.[2]

Petikan sunting

  1. ^ a b Ananta dll. 2015, m/s. 119.
  2. ^ Ananta dll. 2015, m/s. 35–36, 42–43.
  3. ^ "Propinsi Kalimantan Barat - Dayakologi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-05. Dicapai pada 2012-09-07.
  4. ^ Aris Ananta, Evi Nurvidya Arifin, M Sairi Hasbullah, Nur Budi Handayani, Agus Pramono. Demography of Indonesia's Ethnicity. Singapore: ISEAS: Institute of Southeast Asian Studies, 2015. p. 273.
  5. ^ Sneddon 2003, The Indonesian Language: Its History and Role in Modern Society, p. 69–70
  6. ^ Kamus Saku Bahasa Indonesia, p. 272, PT Mizan Publika, ISBN 9789791227834
  7. ^ "Kewarganegaraan Suku Bangsa, Agama, Bahasa 2010" (PDF). demografi.bps.go.id. Badan Pusat Statistik. 2010. m/s. 23–41. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-07-12. Dicapai pada 13 Februari 2022. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Guy, John (2014). Lost Kingdoms: Hindu-Buddhist Sculpture of Early Southeast Asia. Metropolitan Museum of Art. m/s. 21. ISBN 9781588395245.
  9. ^ a b "Kewarganegaraan Suku Bangsa, Agama, Bahasa 2010" (PDF). demografi.bps.go.id. Badan Pusat Statistik. 2010. m/s. 23–41. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-07-12. Dicapai pada 13 Februari 2022. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ Ananta dll. 2015, m/s. 42–43.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting