Oryx ialah suatu genus yang terdiri daripada empat spesies antelop besar yang dipanggil oriks atau rusa senggirik.[1] Ia biasanya memiliki tanduk yang menegak atau condong ke belakang. Dua atau tiga spesies ini tempatan di Afrika, dengan yang keempat merupakan haiwan asal Semenanjung Arab. Sejumlah kecil populasi beberapa spesies Oryx, seperti oriks samsir, wujud di Texas dan New Mexico, Amerika Syarikat sebagai populasi dalam kurungan di ladang haiwan liar.

Oryx
Gemsbok jantan (Oryx gazella) di Taman Negara Etosha
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Hippotraginae
Genus: Oryx
de Blainville, 1816
Spesies jenis
Antilope oryx
Pallas, 1777
Spesies

Oryx beisa Rüppell, 1835
Oryx dammah Cretzschmar, 1827
Oryx gazella (Linnaeus, 1758)
Oryx leucoryx Pallas, 1766

Spesies sunting

Oriks Arab (Oryx leucoryx), merupakan spesies terkecil, menjadi pupus secara liar pada 1972 dari Semenanjung Arab. Ia diperkenalkan semula pada 1982 di Oman tetapi pemburuan haram mempunyai kesan negetif. Populasi selanjutnya telah diperkenalkan di Qatar, Bahrain, Israel dan Arab Saudi, dengan jumlah populasi liar sekitar 886 pada tahun 2003 [1]. Sekitar 600 lagi ada dalam tahanan.

Oriks samsir, juga dikenali sebagai oriks tanduk samsir (Oryx dammah) dari Afrika Utara kini kemungkinannya pupus secara liar. Bagaimanapun, terdapat laporan yang tidak disahkan tentang populasi yang masih hidup di tengah Niger dan Chad, dan populasi yang kini hidup di taman simpan semula jadi berpagar di Tunisia kini ditingkatkan bagi dibebaskan secara liar di negara tersebut[2].

Oriks Afrika Timur yang terdapat di Afrika Timur, dan gemsbok yang berkait rapat terdapat di keseluruhan timur dan selatan Afrika. Kedua-duanya dianggap spesies terancam. Antara 1969 dan 1977, New Mexico Department of Game and Fish membebaskan 93 Gemsbok di Tapak Peluru Berpandu White Sands di New Mexico dan populasi itu kini dianggarkan sekitar 1,700 ekor [3]. Pengkelasan antara kedua haiwan ini berbeza antara pakar. Satu sistem meletakkan gemsbok sebagai satu spesies (Oryx gazella), dan oriks Afrika Timur sebagai (Oryx beisa) dengan dua subspesies tersendiri, oriks Timur Afrika "sebenar" (Oryx beisa beisa) dan oriks telinga berjambul (Oryx beisa calliotis). Satu lagi sistem meletakkan spesies Oryx gazella, dengan tiga subspesies: Oryx gazella gazella, Oryx gazella beisa, dan Oryx gazella calliotis.

Ekologi sunting

Kesemua spesies oriks cenderung tinggal di kawasan berhampiran gurun dan mampu hidup tanpa air untuk tempoh masa yang lama. Ia hidup berkelompok sehingga 600 ekor haiwan. Bayi baru lahir mampu berlari dengan kawasan sejurus selepas dilahirkan. Kedua jantina memiliki tanduk kekal. Tanduknya runcing, dan lurus kecuali bagi oriks samsir, di mana ia condong ke belakang seperti samsir. Tanduknya mampu membunuh dan oriks diketahui membunuh singa dengannya—dan oriks kadangkala dikenali sebagai antelope sabre. Tanduknya menjadikannya sebagai tropi berharga, yang mendorong kepada hampir pupusnya dua spesies utara.

 
Oriks Afrika

Dalam budaya sunting

Oriks memiliki profil tanduk sekata, terutamanya jika dilihat pada pandangan sisi, kelihatannya seperti memiliki tanduk tunggal, yang mendorong kepada jangkaan bahawa ia mungkin merupakan sumber mitos unikorn.

Mata oriks dianggap cantik oleh orang Arab di Tanah Arab dan biasanya digunakan bagi menggambarkan keindahan mata wanita.

Pengelasan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "rusa". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 357 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.

Pautan luar sunting

 
Oriks