Osaka (Jepun: 大阪市, Hepburn: Ōsaka-shi) Mengenai audio inilisten  merupakan ibu negeri kepada wilayah Osaka, Jepun. Osaka mempunyai populasi seramai 2.7 juta penduduk dan merupakan bandar dengan populasi kedua terbesar di Jepun selepas bandar Tokyo pada siang hari. Pada waktu malam, ia menjadi bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Ia terletak di kawasan Kansai di pulau utama Honshu, di hilir sungai Yodo di Pantai Osaka.

Osaka
大阪市
City of Osaka (Bandar Osaka)
Baris atas: Pemandangan Osaka Baris tengah: Dōtonbori dan Tsūtenkaku Baris bawah: Shitennō-ji, Sumiyoshi taisha dan Istana Osaka
Baris atas: Pemandangan Osaka
Baris tengah: Dōtonbori dan Tsūtenkaku
Baris bawah: Shitennō-ji, Sumiyoshi taisha dan Istana Osaka
Bendera Osaka
Mohor rasmi Osaka
Kedudukan Osaka di wilayah Osaka
Kedudukan Osaka di wilayah Osaka
Osaka is located in Bumi
Osaka
Osaka (Bumi)
Koordinat: 34°41′38″N 135°30′8″E / 34.69389°N 135.50222°E / 34.69389; 135.50222Koordinat: 34°41′38″N 135°30′8″E / 34.69389°N 135.50222°E / 34.69389; 135.50222
NegaraJepun
KawasanKansai
WilayahOsaka
Pentadbiran
 • Datuk BandarHirofumi Yoshimura
Keluasan
 • Jumlah222.1 km2 (85.8 batu persegi)
Penduduk
 (Oktober 2017)
 • Jumlah2,713,157 [1]
Laman sesawangBandar Osaka

Osaka merupakan bandar komersial bersejarah di Jepun dan ia masih lagi merupakan salah satu pusat industri utama dan perlabukan di Jepun, dikenali sebagai jantung kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto, di mana mempunyai populasi seramai 17,510,000 orang penduduk.

Pemandangan bandar Osaka

Sejarah sunting

Bandar Osaka pada awalnya di kenali sebagai Naniwa (難波, 浪華 atau 浪花), sebuah nama yang masih lagi wujud sebagai sebuah kawasan di tengah bandar Osaka sebagai Naniwa (浪速) dan Namba (難波). Maharaja Kōtoku menjadikan kawasan ini sebagai bandarnya, dan menamakannya sebagai Naniwa-no-miya (Pusat Bandar Naniwa). Bandar ini mempunyai hubungan baik, didarat atau lautan, antara Yamato (modernnya Nara), Korea, dan China. Settsu, yang merupakan bekas kawasan Jepun, meliputi bahagian utara Osaka moden dan hiliran pantai Hyogo.

Pada 1496, Bahagian Buddha Jodo Shinshu telah membuka pusat mereka, Ishiyama Hongan-ji sebuah kuil yang dibina kukuh diatas tapak istana diraja lama Naniwa. Pada 1570, Oda Nobunaga telah melancarkan serangan keatas kuil tersebut yang berakhir selama sepuluh tahun. Sami kuil tersebut akhirnya menyerah kalah pada 1580, kuil tersebut telah dimusnahkan dan Toyotomi Hideyoshi mengambil kawasan itu sebagai Osaka Castle, yang merupakan istananya sendiri.

Adalah tidak dikenal pasti bilakah Naniwa digantikan dengan nama Ōsaka (ditulis 大坂), tetapi penggunaan terlama nama tersebut adalah pada 1496 didalam teks bertulis mengenai pengasasan Ishiyama Hongan-ji. Pada masa itu, ia disebut sebagai Ōzaka. Dari masa ke masa, sebutan "z" itu hilang, dan sebutan panjang "o" (ō) menjadi pendek. Pada permulaan Era Meiji, pihak kerajaan telah mengubah kanji kedua 坂 kepada 阪 kerana yang sebelumnya, jika disebut berasingan, ia akan bermaksud "(akan) kembali ke tanah" (土に返る), dimana agak kurang sesuai. Ia berkekalan sebagai ejaan rasmi sekarang, tetapi ejaan lama masih lagi digunakan tetapi agak terhad.

Osaka telah sekian lama menjadi pusat ekonomi terpenting jepun dengan peratusan besar populasi terdiri daripada kelas pedagang (lihat Empat division masyarakat).

Bandar moden telah direka pada September 1, 1956 oleh ordinan kerajaan.

Pentadbiran sunting

Wad-wad Osaka sunting

Bandar Osaka terdiri daripada 24 buah wad seperti berikut:

 
Kedudukan wad-wad di Osaka.
Wad-wad Osaka
No Wad Bahasa Jepun
1 Abeno-ku 阿倍野区
2 Asahi-ku 旭区
3 Chūō-ku 中央区
4 Fukushima-ku 福島区
5 Higashinari-ku 東成区
6 Higashisumiyoshi-ku 東住吉区
7 Higashiyodogawa-ku 東淀川区
8 Hirano-ku 平野区
9 Ikuno-ku 生野区
10 Jōtō-ku 城東区
11 Kita-ku

(Kawasan pentadbiran)

北区
12 Konohana-ku 此花区
13 Minato-ku 港区
14 Miyakojima-ku 都島区
15 Naniwa-ku 浪速区
16 Nishi-ku 西区
17 Nishinari-ku 西成区
18 Nishiyodogawa-ku 西淀川区
19 Suminoe-ku 住之江区
20 Sumiyoshi-ku 住吉区
21 Taishō-ku 大宝区
22 Tennōji-ku 天王寺区
23 Tsurumi-ku 鶴見区
24 Yodogawa-ku 淀川区

Pengangkutan sunting

Pengangkutan rel sunting

Tarikan sunting

Pusat Osaka dibahagikan kepada dua bahagian: Kita (北, utara) dan Minami (南, selatan). Kawasan perniagaan Umeda (梅田) adalah di Kita, dimana kawasan hiburan di kawasan jambatan Dotonbori dimana terkenal dengan "giant motorised crab", "Triangle Park" dan Amerikamura (Perkampungan Amerika) di Minami. Minami juga merupakan kawasan membeli belah Shinsaibashi (心斎橋) dan Ebisubashi. Kawasan pusat perniagaan, termasuk mahkamah dan bank-bank utama, berpusat di Yodoyabashi dan Honmachi (本町), di antara Kita dan Minami. Kawasan perniagaan juga berdekatan dengan terminal rail kedua bandar, seperti Stesyen Tennoji (天王寺駅) dan Stesyen Kyobashi (京橋駅).

Osaka terkenal dengan bunraku (teater puppet tradisional), teater kabuki, dan manzai, merupakan komedi informal yang lebih kontemporari. Lain-lain tarikan pelancong adalah termasuk:

 
Istana Osaka

Perhubungan antarabangsa sunting

Bandar kembar dan persahabatan sunting

Bandar-bandar yang menjalinkan hubungan dengan Osaka termasuklah:[2]

Bekas bandar kembar sunting

Bandar San Francisco di Amerika Syarikat yang terawal menjalinkan hubungan bandar kembar dengan Osaka pada 1957 telah diputuskan pada November 2017 atas kontroversi terhadap patung hamba seks wanita yang dibina di San Francisco yang membawa ketegangan terhadap pemimpin kedua-dua bandar tersebut.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "大阪市の推計人口年報 (平成 29 年)" (PDF) (dalam bahasa Jepun). Disember 2017.
  2. ^ "大阪市:姉妹都市・友好都市". Laman rasmi Osaka (dalam bahasa Jepun). 18 Julai 2018. Dicapai pada 18 Ogos 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Constante, Agnes (6 Disember 2017). "Osaka mayor says he will end San Francisco sister city ties over 'comfort women' statue". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Ogos 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

4. Senarai tempat-tempat menarik di Osaka, Jepun. 7 tempat menarik di Osaka Diarkibkan 2019-05-08 di Wayback Machine

Pautan luar sunting