Osborne 1 ialah komputer bimbit berasaskan sistem perisian CP/M yang diperkenalkan pada 1981, iaitu tahun yang sama dengan pengeluaran Komputer Peribadi IBM pertama. Ia dilengkapi dengan:

Osborne 1
PembangunAdam Osborne
JenisKomputer bimbit
Tarikh jualan1981
Harga pengenalanUS$1,795
Ditamatkan1983
Sistem pengendalianCP/M
CPUZilog Z80 @ 4.0 MHz
Ingatan64 KB

Beratnya Osborne 1 sekitar 12 kg (26.2 paun). Ia direka khas agar muat di bawah tempat duduk kapal terbang.

Osborne merupakan komputer peribadi yang datang dilengkapi dengan semua perisian yang diperlukan bagi mula menggunakan komputer dalam era Komputer Peribadi:

Kesemuanya itu disediakan pada harga pasaran AS$1,795. Harga ini strategik kerana ia menjadikan harga komputer ini cukup murah untuk pembelian menggunakan kad kredit.

Pada 1983, Osborne mengumumkan model komputer yang baharu, awal-awal lagi sebelum model baharu itu dapat dikeluarkan. Akibatnya orang berhenti membeli model Osborne 1 dan syarikat itu akhirnya muflis. Kelakuan ini kini dikenali sebagai keluaran "Osburn"!

Pautan luar sunting