Oshin (おしん) ialah siri drama televisyen dari Jepun. Siri ini disiarkan oleh NHK di Jepun pada waktu pagi dari 4 April 1983 hingga 31 Mac 1984. Siri ini mengikuti kisah kehidupan watak judulnya dari zaman Meiji hingga awal 1980-an. Drama ini pernah disiarkan di TV3 pada 1980an dan sedang diulang tayang di TV9 pada waktu malam.

Oshin
FormatBiografi, drama
PenciptaSugako Hashida
Dibintangi oleh
Ayako Kobayashi
Yūko Tanaka
Nobuko Otowa
Pinko Izumi
Shiro Itō
Masatoshi Nakamura
Tsunehiko Watase
Pencerita suara latar
Tomoko Naraoka
Negara asalJepun
BahasaBahasa Jepun
Bilangan episod297
Penerbitan
Penerbit eksekutifYukiko Okamoto
Pemasangan kamera
Multi-camera
Tempoh siaran15 minit per episod, selama 297 episod
Penyiaran
Saluran asalNHK
Format gambarNTSC Interlace
Siaran asal4 April 198331 Mac 1984
Pautan luar
Laman sesawang

Cerita ini merupakan biografi seorang wanita Jepun, dimodelkan sempena ibu kepada ahli perniagaan bernama Kazuo Wada yang dikenali dengan mendirikan Yaohan, iaitu sebuah rangkaian pasaraya.

Keseluruhannya, 297 episod 15 minit telah disiarkan. Di Jepun, siri ini memperoleh 52.6% daripada keseluruhan penonton pada slot waktunya, dengan catatan rating tertinggi 62.9% bagi satu episod. Sehingga hari ini, Oshin telah disiarkan di 59 buah negara. Pada tahun 1984, drama ini dijadikan filem animasi oleh Sanrio.

Oshin, watak utama siri ini, dijadikan tokoh terkenal dengan menunjukkan bahawa sesungguhnya seseorang tidak patut berputus asa sesekalipun - meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Dia bukan sahaja disayangi penonton Jepun, malah juga orang-orang di luar negara itu.

Di Malaysia, siri drama ini dialih suara ke Bahasa Melayu dengan menampilkan suara Azizah Jais bagi watak Oshin dalam semua peringkat usia sepanjang drama tersebut.[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting