Ouguiya (disebut [u.gi.yah] - singkatan: UM[6], kod mata wang: MRU[1]) merupakan mata wang rasmi negara Mauritania menggantikan mata wang Franc CFA sejak tahun 1973. Mata wang ini setiap satunya terbahagi kepada 5 khoums. Mata wang ini terbahagi kepada 100, 200, 500, 1000, 2000 ouguiya.

Ouguiya
أوقية موريتانية (Arab)
Ouguiya mauritanienne (Perancis)
Syiling Ouguiya sehingga 2018
ISO 4217
KodMRU[1]
Jenis mata wang
Subunit
 1/5khoums
SimbolUM
Wang kertas100, 200, 500, 1000, 2000, 5000 ouguiya[2]
Syiling
 Kerap digunakan
5, 10, 20, 50 ouguiya[3][4]
 Jarang digunakan
1 khoums (⅕ Ouguiya), 1 ouguiya
Demografi
Pengguna
 Mauritania
 Republik Demokratik Arab Sahrawi
Pengeluaran
Bank Pusat Mauritania
 Tapak web
www.bcm.mr
Pihak pencetak
Giesecke & Devrient
 Tapak web
www.gi-de.com
Penilaian
Inflasi
1.5%
 SumberThe World Factbook,[5] anggaran 2016
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mata wang ini mengambil nama dari suatu unit berat dipakai di Tanah Arab pada suatu ketika dahulu iaitu أوقيةūqiyyah turunan kata uncia iaitu unit timbangan zaman Rom Purba seakar dengan timbangan "auns" moden.

Denominasi baru sunting

Pada 5 Disember 2017, Bank Pusat Mauritania mengumumkan denominasi semula mata wangnya pada kadar 1:10. Sebagai sebahagian daripada denominasi semula itu, satu siri syiling baru akan diperkenalkan dalam denominasi 1 khoums (⅕ Ouguiya), 1, 5, 10 dan 20 ouguiya, dengan yang terkemudian dikeluarkan sebagai duit syiling trilogam dan siri baru wang kertas baru adalah dalam denominasi 50, 100, 200, 500 dan 1000 ouguiya. Wang kertas baru tersebut dicetak sepenuhnya dengan polimer. Disebabkan perubahan ini, Kod Mata Wang ISO untuk ouguiya akan dipinda kepada MRU/929 dan kod yang wujud bagi MRO/478 akan dimansuhkan menurut Pindaan Nombor 165 ISO 4217 bertarikh 14 Disember 2017.[7]

Pada 1 Januari 2018, denominasi baru dilancarkan di seluruh Mauritania dengan bank-bank turut dibuka pada hari Tahun Baru.[8]

Kadar pertukaran semasa MRO
Lihat Google Finance: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat Yahoo! Finance: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat XE: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat OANDA: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat fxtop.com: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat MSN Money: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "ISO 4217 Amendment Number 165". .currency-iso.org.
  2. ^ Billets Diarkibkan 2008-03-02 di Wayback Machine, Banque Centrale de Mauritanie
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-19. Dicapai pada 2018-01-03.
  4. ^ "World Coin News". worldcoinnews.blogspot.com.
  5. ^ "The World Factbook". cia.gov.
  6. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2010. Dicapai pada 25 Februari 2011.CS1 maint: archived copy as title (link)
  7. ^ "ISO 4217 Amendment Number 165". currency-iso.org. Persatuan Swiss untuk Pemiawaian. 14 Disember 2017. Dicapai pada 3 Januari 2018.
  8. ^ "Mauritania revamps currency in anti-inflation fight". bizcommunity.com. 2 Januari 2018. Dicapai pada 3 Januari 2018.

Pautan luar sunting