Overclock (secara literal: Melebihi jam) atau overclocking ialah suatu proses memaksa sebuah komponen komputer untuk bergerak pada kadar jam (clock rate, iaitu kitaran jam sesaat) yang lebih tinggi berbanding daripada kadar yang ditetapkan secara asal atau oleh para pengeluar. Kaedah ini seringkali dilakukan oleh peminat-peminat komputer peribadi demi untuk menaiktaraf prestasi komputer mereka.

Nitrogen cecair mungkin juga digunakan demi menyejukkan sistem overclock dalam keadaan-keadaan yang ekstrem.

Pengguna-pengguna yang seringkali menggunakan kaedah overclock secara dasarnya menumpukan kerja-kerja menaiktaraf pada bahagian-bahagian seperti unit pemprosesan pusat, kad grafik, set chip papan induk serta Ingatan Capaian Rawak (RAM). Pengganda CPU, pembahagi bus, voltan, beban termal, teknik-teknik pendingin serta beberapa faktor lain boleh memberi kesan kepada sistem komputer apabila melakukan kaedah overclocking ini.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Wainner, Scott (2003). The Book of Overclocking. No Starch Press. m/s. hlm. 29. ISBN 188641176X. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Lihat juga sunting