P-51 Mustang adalah sebuah pesawat pejuang satu tempat duduk jarak jauh yang digunakan oleh tentera udara Pihak Berikat dalam Perang Dunia II. Ia telah dibina oleh syarikat North American Aviation.

P-51 Mustang
North American P-51 Mustang dari Skuadron Pejuang ke-375, 1944.
Peranan Pesawat pejuang
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar North American Aviation
Penerbangan sulung 26 Oktober 1940
Mula digunakan 1942
Dihentikan 1984
Pengguna utama Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja British
Jumlah dibina 15,875 buah
Kos seunit AS$ 50,985 pada 1945[1]
Kelainan A-36 Apache
F-82 Twin Mustang
Cavalier Mustang
Piper PA-48 Enforcer
Mustang X

Latar belakang sunting

P-51 banyak melakukan tugas sebagai pesawat pengiring pada pesawat pengebom Pihak Berikat dalam serangan ke atas Jerman. Pesawat ini digunakan bagi membantu Pihat Berikat menguasai ruang udara sejak awal 1944. Pesawat ini juga digunakan secara terhad dalam menentang Jepun dalam Perang Pasifik. Semasa Perang Korea, pada awalnya pesawat Mustang digunakan sebagai pesawat pejuang utama oleh pasukan tentera Pertubuhan Bangsa Bersatu, tetapi kemudian diperanankan sebagai sebuah pesawat serangan darat apabila peranannya sebagai pesawat pejuang digantikan dengan pesawat jet. Bagaimanapun, pesawat ini terus digunakan oleh beberapa angkatan tentera udara lain sehingga awal 1980-an.

Selain ekonomik, pesawat Mustang juga merupakan sebuah pesawat yang pantas, tahan lama serta baik buatan. Versi terakhir pesawat ini iaitu P-51D, dijana oleh enjin Packard V-1650-7, dengan alat penambah kuasa (supercharger) 2 tahap-2 kelajuan 12-silinder yang dibina oleh Packard berdasarkan enjin lagenda Rolls-Royce Merlin, dan dipasang dengan enam mesingan Browning M2/AN berkaliber 12.7 mm, satu versi mesingan Browning yang diguna untuk dipasang pada pesawat tempur.

Selepas Perang Dunia II dan Perang Korea, banyak pesawat Mustang telah diubahsuai untuk kegunaan awam terutamanya bagi perlumbaan udara. Reputasi Mustang sangat terkenal sehingga pada pertengahan 1960-an, pereka di Ford Motor Company John Najjar telah mencadangkan nama Ford Mustang bagi model terbaru kereta dua pintu model Ford.[2]

Spesifikasi P-51H Mustang sunting

Data dari The Great Book of Fighters

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 33 kaki 4 in (10.16 m)
  • Rentang sayap: 37 kaki 0 in (11.28 m)
  • Tinggi: 11 kaki 1 in (3.38 m)
  • Sayap luas: 235 kaki² (21.83 m²)
  • Berat kosong: 7,040 lb (3,195 kg)
  • Berat berisi: 9,500 lb (4,310 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 11,500 lb (5,215 kg)
  • Loji kuasa:Packard Merlin V-1650-9 alat penambah kuasa V-12 penyejukan cecair, 1,490 hp (1,111 kW) di 3,000 rpm, 2,220 hp (1,655 kW) di WEP[3]

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  1. ^ Knaack 1978.
  2. ^ Leffingwell 2003, ms. 43. Nota: Najjar adalah seorang peminat kapal terbang yang melihat garis-garis licin dan berkilat pada kereta konsep asal Ford Mustang I menyerupai pesawat P-51 Mustang. Setelah Jabatan Hubungan Awam dan Undang-undang meneliti nama projek (mereka lebih berminat dengan hubungan antara kuda liar yang mempunyai nama yang sama), nama Mustang terus digunakan pada kereta pameran Mustang II dan kemudian digunakan pada versi pengeluaran, iaitu Ford Mustang.
  3. ^ Flight Journal. P-51. MUSTANG SPECIFICATIONS AND PERFORMANCE (archived webpage)

Pautan luar sunting