Pakaian akademik ialah pakaian tradisional yang dipakai khususnya dalam latar akademik. Pada masa kini, pakaian ini hanya kerap dipakai di majlis konvokesyen. Namun begitu, pada zaman silam pakaian ini dipakai dalam aktiviti akademik seahrian.

Pakaian akademik di kebanyakan universiti di negara-negara Komanwel berasal daripada rekabentuk pakaian akademi universiti-universiti Oxford dan Cambridge yang merupakan pusat perkembangan pakaian akademik dan keagamaan yang biasa ditemui di universiti zaman pertengahan di Eropah. Di Amerika Syarikat pula, pakaian akademik telah dipengaruhi oleh pakaian akademik tanah besar Eropah. Pakaian akademik juga dipakai oleh ahli-ahli masyarakat berpelajaran dan institusi tertentu sebagai pakaian rasmi.

Pakaian akademik pada masa kini lazimnya terdiri daripada sehelai jubah (atau gaun) yang disertakan tudung (hood, yang biasanya diasingkan dan tidak dijahit kepada jubah), serta topi (sama ada topi segi empat siswazah (mortarboard) atau Tudor bonnet, tidak semestinya dirangkum dalam pakaian). Adalah kebiasaan untuk memakai pakaian formal di sebalik pakaian akademik. Maka, sebagai contoh, lelaki biasanya memakai sut berwarna gelap dengan kemeja dan tali leher putih, pakaian seragam tentera atau pakaian kebangsaan, manakala wanita memakai pakaian yang bersamaan dengan pakaian lelaki tersebut.

Galeri sunting

Pautan luar sunting