Palaeolagus ('kelinci kuno') ialah satu genus lagomorfa yang pupus.[1] Palaeolagus hidup pada zaman Oligosen iaitu sekitar 33-23 juta tahun dahulu. Leporid terawal yang diperihalkan daripada rekod fosil Amerika Utara dan Asia datang dari Eosen akhir sekitar 40 juta tahun dahulu. Nampaknya, makhluk ini menjadi lebih cepat dan lebih cekap berlari dan melompat kerana tekanan berpilih. Carian fosil lain dari Asia menunjukkan wujudnya leluhur Palaeolagus yang lebih primitif pada Eosen awal. Maka, zaman perpecahan lagomorfa seakan arnab dan seakan rodensia adalah lebih 50 juta tahun dahulu.

Palaeolagus
Palaeolagus haydeni
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Palaeolagus

Spesies
  • P. burkei
  • P. haydeni
  • P. hemirhizis
  • P. hypsodus
  • P. intermedius
  • P. philoi
  • P. primus
  • P. temnodon

Makhluk sepanjang 25 sentimeter (9.8 in) ini amat mirip dengan arnab moden, tetapi tungkai belakangnya lebih pendek daripada arnab moden. Ini menunjukkan bahawa makhluk purba ini mungkin tidak boleh meloncat, sebaliknya bergerak secara merangkak seperti tupai tanah.[2] Palaeolagus merupakan haiwan maun yang banyak mendiami kawasan savana, dataran dan hutan di Amerika Utara sekitar 30 juta tahun dahulu.

Tinggalan fosil arnab jarang sekali ditemui, apalagi spesimen-spesimen yang dijumpai pula didapati terlalu bercebis-cebis untuk memuaskan ketentuan pertalian Palaeolagus dengan arnab yang hidup. Tulang arnab selalunya ringan dan rapuh strukturnya, oleh itu tidak mudah diawet menjadi fosil. Kebanyakan spesies arnab merupakan penduduk kawasan tanah tinggi di mana keadaannya tidak sesuai untuk pengawetan.

Rujukan sunting

  1. ^ Haaramo, Mikko (2008-03-11). "Mikko's Phylogeny archive". Dicapai pada 2009-02-01.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EoDP tidak disediakan