Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim atau lebih dikenali sebagai Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) ditubuhkan oleh dua badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) — Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) — pada 1988 untuk mengkaji ancaman perubahan iklim yang berpunca daripada perbuatan manusia. Keahlian panel terbuka kepada semua anggota WMO dan UNEP.

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim
ڤانل انتارا کراجاٴن تنتڠ ڤراوبهن اقليم
Kerangka
KependekanIPCC Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan antara kerajaan, pertubuhan alam sekitar Sunting ini di Wikidata
BidangPerubahan iklim Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.ipcc.ch Sunting ini di Wikidata
Facebook: IPCC Twitter: IPCC_CH Instagram: ipcc LinkedIn: ipcc Youtube: UCYlPwe7ehuSd5d6ik3K_3lQ Vimeo: ipcc Flickr: ipccphoto Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1988 Sunting ini di Wikidata
PengasasPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiHoesung Lee Sunting ini di Wikidata
Pertubuhan indukPertubuhan Meteorologi Sedunia, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Anugerah
Hadiah Keamanan Nobel (2007) Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatGeneva Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Switzerland Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Laporan Penilaian Keenam IPCC yang ditulis oleh 234 ahli sains dari 66 negara dan berdasarkan 14,000 kertas penyelidikan adalah publikasi terkini oleh IPCC. Laporan ini menyimpulkan bahwa emisi gas rumah hijau oleh manusia harus dikurangkan 43% sebelum tahun 2030 dan mencapai 'net zero' pada 2050 untuk membatasi pemanasan global kepada 1.5 °C,[1] aksi yang telah disetujui oleh hampir 200 negara dalam Perjanjian Iklim Paris 2015.

Tujuan sunting

Prinsip-prinsip utama IPCC diberi oleh majlis ekskutif WMO yang ber kaitan serta majlis pentadbir UNEP dengan tujuan membantu proses Framework Convention on Climate Change PBB.[2]

Tujuan-tujuan tertulis IPCC adalah untuk mengkaji maklumat saintifik yang berkaitan dengan:

  1. ancaman perubahan iklim yang berpunca daripada perbuatan manusia
  2. kesan perubahan iklim yang berpunca daripada perbuatan manusia
  3. pilihan untuk adaptasi dan penyuaian kehidupan manusia
IPCC berperanan untuk mengkaji asas saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi secara menyeluruh, objektif, terbuka dan tulus dengan tujuan untuk memahami ancaman perubahan cuaca yang berpunca daripada perbuatan manusia, kesan-kesan yang berkemungkinan dan pilihan untuk mengurangkan kerosakan serta penyuaian. Laporan-laporan IPCC mestilah tidak berat sebelah dari sudut polisi walaupun laporan -laporan tersebut mesti berdepan dengan faktor-faktor saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang boleh digunapakai oleh sesetengah polisi.[nota 1]

Pengulasan merupakan bahagian utama dalam proses IPCC - memeandangkan ia merupakan badan antara pemerintah, penilain terhadap dokumen-dokumennya [erlu melibatkan ulasan oleh pakar bidang serta pemerintah yang menganggotai badan ini.

Nota sunting

  1. ^ Teks asal: The role of the IPCC is to assess on a comprehensive, objective, open and transparent basis the scientific, technical and socio-economic information relevant to understanding the scientific basis of risk of human-induced climate change, its potential impacts and options for adaptation and mitigation. IPCC reports should be neutral with respect to policy, although they may need to deal objectively with scientific, technical and socio-economic factors relevant to the application of particular policies.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Climate Change 2022 Mitigation of Climate Change Summary for Policymakers Working Group III contribution to the Sixth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Intergovernmental panel on Climate Change, United Nations Environmental Programme, World Meteorological Organization.
  2. ^ IPCC. Principles Governing IPCC Work. Retrieved December 19 2006.
  3. ^ "Principles Governing IPCC Work" (PDF). IPCC. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Ogos 2000. Dicapai pada 19 Disember 2006.

Pautan luar sunting