Panteisme (Yunani: πάν (pan) = segala + θεός (theos) = Tuhan, ertinya "Tuhan adalah Segalanya" dan "Segalanya ialah Tuhan") ialah kepercayaan bahawa segalanya membentuk satu Tuhan abstrak yang ada di mana-mana dan menyelubungi segalanya; ataupun alam semesta, atau alam semula jadi, bersamaan dengan Tuhan. Jika ditakrifkan lebih terperinci, maka ditekankan pula kepercayaan bahawa hukum alam, kewujudan, dan alam semesta (jumlah segalanya yang pernah, sedang dan akan ada) yang dipaparkan dalam prinsip teologi mengenai 'tuhan' yang abstrak dan bukannya apa juga tuhan atau dewa-dewi berupa persona atau rekaan. Inilah sifat utama yang membezakan panteisme dari panenteisme dan pandeisme. Oleh yang demikian, ada banyak agama yang mengaku menerapkan unsur panteisme, tetapi sebenarnya lebih bersifat panenteisme atau pandeisme.

Sejarah panteisme sunting

Istilah "pantheist" yang menjadi akar umbi istilah "panteisme" dikatakan dipakai buat julung kalinya oleh pengarang Ireland bernama John Toland dalam kerjanya, Socinianism Truly Stated, by a pantheist, keluaran tahun 1705. Walaupun begitu, konsepnya sudah dibincangkan semenjak zaman ahli falsafah Yunani Purba, oleh Thales, Parmenides dan Heraclitus. Latar panteisme dalam budaya Yahudi boleh dijejaki dalam kisah penciptaan Genesis dalam kitab Taurah serta bahan-bahan kenabian terawal sebagai "kudrat alam" (seperti banjir, ribut, gunung berapi dan sebagainya) semuanya diberi nama "tangan Tuhan" melalui simpulan bahasa berbunyi personifikasi, yang menjelaskan rujukan tersurat terhadap konsep tersebut dalam sastera Wasiat Baru dan Kabbalah.

Pada tahun 1785, berlakunya pertikaian besar antara Friedrich Jacobi dan Moses Mendelssohn, yang turut melibatkan ramai tokoh terpenting ketika itu. Jacobi mendakwa bahawa idea Gotthold Ephraim Lessing mengenai panteisme bersifat materialistik, iaitu dipercayai segala Alam dan Tuhan itu adlaah satu bahan yang luas. Jacobi percaya bahawa ini adalah sumbangan Zaman Kesedaran kepada sifat penaakulan yang mencetuskan fahaman ateisme (tiada tuhan). Mendelssohn membangkang dengan menegaskan bahawa panteisme bersamaan dengan teisme (ada tuhan).

Jenis panteisme sunting

Rencana ini membezakan tiga jenis panteisme:

  • Panteisme Injil, yang dinyatakan dalam catatan Kitab Injil dengan pemahaman linguistik personifikasi sebagai simpulan bahasa perhubungan kebudayaan dalam bahasa Ibrani. [Isa 55:12] [Acts 17:28] [Ps. 90:1]

Kebanyakan orang yang dikenal pasti berkepercayaan "panteistik" itu mengikut jenis klasik (seperti Hindu, Kesufian, Unitarian, neopagan, Zaman Baru dsb.), sementara ramai orang yang mengaku dirinya "panteis" sahaja (tidak semestinya penganut agama lain) mengikut jenis naturalistik. Panteis klasik secara amnya menerima doktrin keagamaan bahawa di sebalik segala hakikat alam adanya punca rohani, sementara lain pula bagi panteis naturalistik pula memandang dunia dengan lebih bersifat alamiah. Kekeliruan antara konsep panteisme dan ateisme lama wujud dalam bidang lingusitik. Kerajaan Rom Purba menggelar penganut Kristian terawal sebagai ateis, dan fenomena semantik ini pun bermacam-macamlah penjelasan, termasuk satu yang menyebut tentang kekaburan antara kedua-dua konsep ini.[perlu rujukan]

Pautan luar sunting