Papan kekunci (pengkomputan)

Papan kekunci merupakan peranti yang paling lazim dikenali dan digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. Ia terdiri daripada butang-butang tekan (kekunci) huruf dan angka serta aksara lain disusun mengikut turutan tertentu berkesinambungan dari rekaan kekunci yang ada pada mesin taip.[1][2] Papan kekunci merupakan peranti input persisian yang dimodelkan seperti papan kekunci yang terdapat di mesin taip.[3][4]

Papan kekunci biasa

Gambaran umum sunting

Kefungsian sunting

Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.

Papan kekunci hari ini secara amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu:

  • menentukan gabungan 1 dan 0, iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
  • bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
  • mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
  • menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas.

Penekan suatu kekunci secara langsungnya menekan suis menghantar suatu isyarat kepada sistem pengendalian yang akan memadankan isyarat dengan arahan yang telah ditetapkan dalam pengaturcaraan sistem itu sendiri, lalu maklumat tersebut diterjemahkan unit pemprosesan pusat kepada keluaran (output) yang boleh dipaparkan pada skrin.

Susunan sunting

Sepertimana yang telah diterangkan, susunan kekunci mewakili setiap huruf dan aksara dikembangkan untuk melambatkan penaipan daripada terlalu laju lalu mampu merosakkan kekunci mekanik; QWERTY adalah susunan paling lazim untuk menaip abjad Rumi, namun terdapat juga susunan berbeza mengikut kelaziman bahasa pilihan pengguna.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 43-44. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ Khalid Saeed (2016). New Directions in Behavioral Biometrics. ISBN 978-1315349312. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2023. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  3. ^ "computer keyboard". TheFreeDictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2021. Dicapai pada 2018-06-26.
  4. ^ "Keyboard and mouse basics | nidirect". www.nidirect.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). 2015-12-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-21.

Pautan luar sunting