Mandau, sejenis parang, merupakan senjata tradisional orang Dayak di Borneo.[1][2] Mandau kebiasaannya digunakan dalam upacara tertentu, tetapi, versi lebih biasa turut digunakan sebagai peralatan harian.

Mandau dari Kutai. Gambar dari koleksi Tropenmuseum.
Parang Mandau
Parang Mandau

Parang Mandau atau juga dikenali sebagai Malat merupakan sejenis senjata tradisional orang Kayan. Ia menyerupai parang Illang tetapi dikatakan lebih kecil sedikit. digunakan sebagai senjata dalam amalan warisan memburu kepala musuh yang menjadi tradisi masyarakat pribumi itu.

Parang Mandau mempunyai satu mata lurus dengan mata bilah semakin melebar dan runcing di bahagian hujung. Mata bilah mempunyai lekuk dan melengkung sedikit pada bahagian mata. Kadang kala ia diukir indah dengan pola menarik dan dihiasi dengan lubang dan tembaga terbenam yang dikenali sebagai Lantak Paku.

Parang Mandau merupakan senjata tradisional warisan turun temurun yang memiliki nilai estetika yang tinggi dan berkait rapat dengan elemen pertempuran, pertahanan dan keselamatan, selain dikaitkan dengan unsur mistik.

Hulunya biasanya diperbuat daripada tanduk rusa atau kayu, terukir indah dengan muka menakutkan atau hiasan dengan bulu kambing diwarna.

Sarungnya diperbuat daripada dua keping kayu dilekatkan bersama dan dihiasi dengan ukiran menarik dan disimpal dengan rotan dalam pola menarik. Sarung parang Mandau biasanya mempunyai poket bagi menyimpan pisau kecil: yang dikenali sebagai Pue yang menyerupai Pisau Raut bagi ukiran kayu kecil dan meraut rotan.

Mata bilah biasanya dibuat daripada besi lembut bagi mengelah pecah, dengan kepingan besi keras diletakkan pada bahagian mata sebagai mata memotong. Parang Mandau perlu dihunus dengan pantas, oleh itu parang Mandau agak pendek, yang juga berfungsi lebih baik bagi memotong denai dalam hutan tebal. Ia disarung dengan matanya ke atas dan terdapat satu bonjolan ke atas pada pemegangnya, membolehkan ia dihunus dengan pantas dengan tepi tangan tanpa perlu mengenggam hulunya terlebih dahulu. Hulunya kemudian digenggam semasa ia dihunus. Gabungan ketiga faktor (pendek, mata ke atas, dan bonjolan) menjadikannya pantas dihunus. Mandau yang digunakan dalam istiadat dan tarian biasanya dihias indah dengan bulu pelepah sebagaimana pakaiannya.

Mandau biasanya dikaitkan dengan Istiadat Marayau, di mana mereka berkumpul untuk menyerang puak lain, dan mengumpul kepala untuk digunakan dalam pelbagai perayaan, mandau adalah merupakan hasil seni dan senjata yang merbahaya.

Mata bilah diperbuat daripada besi tempa, dengan hiasan awan larat dan tembaga benam. Hulunya diperbuat daripada tanduk haiwan, seperti tanduk rusa, sungguhpun variasi dari tulang manusia dan kayu harum turut digunakan. Kedua-dua hulu dan sarung diukir indah dan berjambul. Perincian ukiran berbeza dalam kalangan suku kaum, tetapi kebanyakannya menggambarkan haiwan atau, sekiranya tulang manusia digunakan, dewa anthropomorphic.

Rujukan sunting

  1. ^ Lumholtz, Carl (1920). Through Central Borneo.
  2. ^ Arts of Asia. Volume 33, Issues 4-6: Arts of Asia Publications, University of Virginia. 2003. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: location (link)

Pautan luar sunting