Pasukan Gerakan Am

Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.

Pasukan Gerakan Am
Aktif1948 - Kini
NegaraMalaysia
CawanganPolis Diraja Malaysia
JenisPasukan separa tentera
PerananPenguat kuasa undang-undang
Saiz80,000~
Sebahagian daripadaKeselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam - KDN/KA
PangkalanIbu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan
Pusat Latihan PGA Ulu Kinta, Perak
Peringatan25 Mac (Peringatan Hari Polis),
31 Ogos (Hari Kebangsaan)
PertempuranDarurat 1948-1960
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Insurgensi 1968-1989
Penentangan Reformasi
Ops Api Sawit 2

Sejarah penubuhan sunting

 
Anggota Jungle Squad menangkap dua orang pengganas komunis semasa darurat.

Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya ialah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindak balas dan memenuhi keperluan pasukan polis dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs.

Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik yang mana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu.

Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Di awal penubuhannya, ia dikenali sebagai ‘Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH).

Penyusunan semula yang dilakukan itu bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada peranan-peranan yang harus dijalankan oleh anggota-anggota PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan anggota bagi tugas operasi menentang pengganas komunis di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan juga untuk menjalankan operasi-operasi tertentu dalam rangka keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Semasa konfrontasi melibatkan ketenteraan antara Malaysia-Indonesia, pasukan ini turut melibatkan diri bersama pasukan tentera Persekutuan Malaysia dan British dalam mencegah penyusupan pasukan-pasukan tentera Indonesia pimpinan Presiden Soekarno di kawasan Sabah dan Johor. Dalam hal ini, kemahiran dan kewibawaan yang telah dipamerkan oleh pasukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Fungsi sunting

Peranan utama pasukan ini sejak ditubuhkan adalah bagi menyediakan satu pasukan simpanan khas bertujuan untuk menghadapi dan menindas semua jenis ancaman dalam bentuk ketenteraman awam, aktiviti subversif, keganasan atau pemberontakan bersenjata yang berlaku dalam negara selain menyediakan bantuan kepada polis daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam. Ia juga berperanan untuk membantu pasukan tentera dalam operasi menentang gerila komunis dan pemberontak-pemberontak bersenjata serta menghapuskan penyusupan musuh kedalam negara ini.

Persenjataan sunting

Data Senjata
Pistol/Revolver Senapang Patah Submesingan Raifal Penembak Tepat Mesingan Grened
Browning Hi Power Remington M870 HK MP5A2 Colt M16A1 Colt M16A2E3 FN MAG HK 69
Glock 17 Remington M1100 HK MP5A3 Colt M4A1 HK 11A1 M79
Glock 19 CZ Scorpion Evo 3 M60E2 M203
HK P9S Sterling L2A3 (Mark 4) Grened M67
Rev. Smith & Wesson .38 Sten Gun MKV Bom Berkuasa Tinggi
Sig Sauer P226 Gas Pemedih Mata
Sig Sauer P228
Steyr M-9
Yavuz 16 Compact

Penugasan sunting

Fail:PGA 90an.jpg
Anggota PGA semasa operasi di kawasan penempatan orang asli.

Pasukan Gerakan Am diatur gerak, dilengkapkan dan dilatih khusus untuk sediamelaksanakantugas semasa aman dan darurat. Antara tugas semasa aman meliputi tugas mencari dan memusnahkan penjenayah yang bergerak atau bersembunyi di hutan belantara, meronda sempadan, pantai, pulau-pulau di perairan negara dan kewasan yang terpencil, luas dan kurang penduduk bagi tujuan menghalang sebarang bentuk kemasukan secara haram dan memberi perlindungan keselamatan kepada rakyat yang terasing di pedalaman.

Ia juga membantu Polis Cawangan Tugas Am dalam tugas-tugas mengawal ketenteraman awam, pencegahan jenayah, mengepung dan memeriksa rumah – bangunan dan semasa penugasan yang memerlukan keanggotaan yang ramai. Semasa darurat pula, ia akan ditugaskan bagi menjalankan operasi menindas pemberontakan bersenjata dan subversif di dalam negara, memberi perlindungan kepada pusat-pusat kediaman dan perindustrian serta tempat-tempat penting dan strategik daripada serangan pengganas dan pemberontak bersenjata, menjalankan operasi menyekat makanan dan bekalan daripada jatuh ketangan musuh dan membantu Angkatan Tentera Malaysia dalam menghapuskan musuh dalam negara.

Walaupun pada dasarnya PGA disusun, dilengkapkan dan dilatih terutamanya untuk peranan para-militeri di hutan rimba dan kawasan luar bandar, tetapi ia juga berkebolehan dalam membantu atau menjalankan tugas di pekan dan bandar. Ini kerana setiap anggota PGA telah dilatih dan didoktrinkan sebagai anggota polis biasa terlebih dahulu sebelum ia boleh diterima sebagai seorang anggota PGA. Anggota tersebut dikehendaki menjalani dan menamatkan kursus asas peperangan hutan dengan jayanya sebelum disahkan menjadi seorang anggota infantri PGA. Ini bermaksud seorang anggota infantri PGA bukan sahaja berfungsi sebagai seorang anggota infantri tetapi boleh juga ditugaskan untuk melaksanakan penugasan anggota polis tugas am sekiranya diperlukan.

Dalam keadaan yang mana ketenteraman negara terancam, PGA pada lazimnya akan menjalankan tugas sepertimana yang dijalankan oleh pasukan tentera. Statusnya sebagai salah satu cawangan dalam Polis DiRaja Malaysia juga agak unik kerana dalam keadaan-keadaan tertentu yang mana atur gerak oleh pasukan tentera mungkin boleh menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dikerahkan untuk mengambil alih kedudukan-kedudukan strategik Malaysia di sempadan.

Selain itu juga, PGA turut membekalkan unit-unit pencegah rusuhan (PORU) yang terlatih apabila diperlukan bagi membantu penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Ini kerana setiap anggota PGA turut dilatih bagi penugasan mencegah rusuhan.

Sekalipun berupaya memberikan bantuan yang pelbagai dalam penugasan kepolisan, tetapi bagi memastikan bahawa mutu pasukan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih khusus dan sedia diatur gerak dalam tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan ini dihadkan kepada tugas bantuan khas, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan ini berkebolehan untuk diatur gerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan tugas peperangan khas (special warfare) di hutan, perairan dan bandar serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya dalam peperangan gerila (CIW).

Organisasi sunting

Pasukan ini ditubuhkan dalam formasi Briged, Batalion, Kompeni, Platun dan Seksyen yang boleh dikerahkan dalam sebarang operasi untuk jangka masa panjang sama ada secara bersendirian ataupun bersama-sama dengan pihak tentera. Setiap unit Skuadron Kereta Perisai juga boleh digerakkan bagi membantu dalam sesuatu operasi sama ada bagi tujuan tempur, picguet, eskot, serta kawalan keselamatan kawasan strategik.

Kawasan markas PGA sunting

Senarai Batalion, Kepakaran dan Ibupejabat
Batalion Kepakaran Ibu Pejabat
Batalion 1 PGA tiger platoon Ulu Kinta, Perak
Batalion 2 PGA tiger platoon Kulim, Kedah
Batalion 3 Senoi Praaq Pengesan Khas Bidor, Perak
Batalion 4 PGA tiger platoon Semenyih, Selangor
Batalion 5 PGA tiger platoon Simpang Renggam, Johor
Batalion 6 PGA tiger platoon Bakri, Muar, Johor
Batalion 7 PGA tiger platoon Kuantan, Pahang
Batalion 8 PGA tiger platoon Pengkalan Chepa, Kelantan
Batalion 9 PGA tiger platoon Kuala Terengganu, Terengganu
Batalion 10 PGA tiger platoon Sibu, Sarawak
Batalion 11 PGA tiger platoon Kuching, Sarawak
Batalion 12 PGA tiger platoon Miri, Sarawak
Batalion 14 PGA tiger platoon Tawau, Sabah
Batalion 15 PGA tiger platoon Sandakan, Sabah
Batalion 16 PGA tiger platoon Kota Kinabalu, Sabah
Batalion 17 PGA tiger platoon Lahad Datu, Sabah
Batalion 18 PGA Pengesan Keroh, Pengkalan Hulu, Perak
Batalion 19 PGA Kawalan Rapat VVIP Cheras, Kuala Lumpur
Batalion 20 PGA tiger platoon Beluran, Sabah
Tiger Platoon PGA Separa Pasukan Khas Aktif Di Briged semenanjung,Sarawak Dan Sabah sahaja.

Skuadron kereta Perisai 1 Kulim, Kedah.

Skuadron kereta Perisai 3 Ulu Kinta, Perak.

Skuadron kereta Perisai 5 Cheras, Kuala Lumpur.

Skuadron kereta Perisai 7 Bakri, Muar, Johor.

Skuadron kereta Perisai 9 Kuantan, Pahang.

Skuadron kereta Perisai 11 Kuching, Sarawak.

Briged PGA sunting

Terdapat 5 buah Briged PGA di seluruh Malaysia dan setiap Briged diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Senior Assistant Commissioner (SAC) sebagai Komander. Jumlah batalion di bawah kawalan dan perintah setiap Komander Briged PGA berbeza berdasarkan keperluan. Briged Utara, Briged Sabah (terdiri daripada 5 buah batalion), Briged Tengah (terdiri daripada 5 buah batalion), Briged Tenggara dan Briged Sarawak (terdiri daripada 3 buah batalion). Setiap Briged PGA juga turut dilengkapi dengan unit Skuadron Perisai.

Batalion PGA sunting

Terdapat sejumlah 20 buah batalion PGA di seluruh Malaysia dan pemerintahan bagi setiap batalion PGA diketuai oleh seorang Pegawai Pemerintah berpangkat Superintendent (Supt). Setiap batalion PGA terdiri daripada 3 Kompeni infantri dan 1 platun mortar kecuali Batalion Khas 19 yang mempunyai 4 Kompeni.

Senoi Praaq sunting

Senoi Praaq yang bererti 'Orang Perang' merupakan sebahagian daripada keanggotaan Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM. 2 daripada 20 batalion PGA merupakan Batalion Senoi Praaq. Sebilangan besar keanggotaannya terdiri daripada penduduk peribumi suku kaum Orang Asli. Ditubuhkan pada tahun 1957 dengan fungsi sebagai ‘trekker’ selain memainkan peranan besar sebagai penghubung kepada masyarakat Orang Asli di pedalaman. Senoi Praaq juga dihormati kerana kepakaran mereka dalam menjejak pengganas komunis semasa darurat. Di awal penubuhannya, pasukan ini juga turut mendapat latihan daripada Pasukan Special Air Service (SAS), United Kingdom.

Tiger Platoon sunting

Dengan pemisahan Batalion 69 Komando yang kini membentuk Pasukan Gerak Khas daripada Pasukan Gerakan Am, maka satu unit baru ditubuhkan dalam PGA iaitu Tiger Platoon. Platun ini ditubuhkan khusus bagi melaksanakan tugas-tugas khas, covert dan overt operation serta SAR. Satu unit Tiger Platoon ditempatkan bagi setiap batalion PGA di seluruh Malaysia terutama di Sarawak dan Sabah. Tiger Platoon juga dilengkapi dengan latihan CQB (close quarter battle) dan FIBUA (fighting in build up area) untuk menangani musuh yang mengancam keselamatan negara.

Penugasan masa kini sunting

Sejak ditubuhkan, organisasi yang bersifat para militeri ini telah mencapai banyak kejayaan terutamanya dalam menumpaskan pemberontakan bersenjata oleh pengganas komunis, mengawal rusuhan dan kegiatan lanun di negara ini.

Apabila termetrainya perjanjian persetujuan menamatkan perjuangan bersenjata oleh PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2hb Disember 1989, maka tugas menentang insurgensi oleh pasukan ini juga turut berakhir. Dengan berakhirnya ancaman komunis, PDRM telah menggubal semula fungsi utama penugasan PGA. Penugasan pasukan ini kini tertumpu kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah. Keanggotaan pasukan ini juga turut dikecilkan. Berkuat kuasa pada 20 Oktober 1997, Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya secara rasmi sebagai Pasukan Gerakan Am. dengan keanggotaannya kini terdiri daripada 20 buah batalion di bawah 5 buah Briged di seluruh Malaysia.

Operasi sunting

  • 1948 - 1960 - Ketika darurat, PPH terlibat dalam menjaga keselamatan dan gerakan ofensif ke atas insurgensi komunis.
  • 1963 - 1966 - Pasukan ini turut berganding bahu bersama pasukan tentera dalam menghadapi gerakan Ganyang Malaysia oleh tentera Indonesia semasa konfrontasi.
  • 1968 - 1989 - PPH terlibat dalam memburu pengganas komunis sebelum PKM meletakkan senjata pada tahun 1989.
  • 1969 - PPH bersama pasukan tentera terlibat dalam menjaga keselamatan semasa rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969 di Kuala Lumpur.
  • 2001 - PGA membantu skuad anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas memburu Mat Komando, ketua kumpulan penjenayah Gang 13 sebelum beliau terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di dalam pondok di Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.
  • 2007 - PDRM menghantar seramai 136 pegawai dan anggota PGA Briged Sarawak ke Timor Leste. Briged ini akan menyertai Misi Bersama PBB di Timor Leste, ditugaskan sebagai unit pengaman.
  • 2008 - PDRM menghantar seramai 136 pegawai dan anggota PGA Briged SABAH kali pertama ke Timor Leste. Briged ini akan menyertai Misi Bersama PBB di Timor Leste, ditugaskan sebagai unit pengaman.
  • 2010 - PDRM menghantar seramai 136 pegawai dan anggota PGA Briged SABAH kali kedua ke Timor Leste. Briged ini akan menyertai Misi Bersama PBB di Timor Leste, ditugaskan sebagai unit pengaman.
  • 2013 - Briged Sabah PGA terlibat secara langsung dalam insiden pencerobohan Tentera Kerajaan Sulu (RSF) Feb 2013 yang diketuai oleh Ismail Kiram dan Adbimudin Kiram. Briged Sabah PGA ialah barisan hadapan/kepungan semasa insiden tersebut. Tiger Platoon Briged Sabah PGA dipertanggungjawabkan oleh Komander Briged Sabah untuk memerangi/menentang RSF pada ketika itu.

Lihat juga sunting