Paya (Jawi: ڤايا)[1] atau rawa (Jawi: راوا)[2] merupakan bentuk muka bumi yang menggenangkan air secara terus-menerus atau bermusim akibat parit yang terbantut pengalirannya dibentuk secara semulajadi serta mempunyai ciri-ciri khusus secara fizik, kimia dan biologi. Definisi yang lain dari paya adalah semua jenis tanah berlumpur diperbuat secara semulajadi atau buatan manusia dengan campuran air tawar dan air laut baik kekal atau sementara, termasuk kawasan laut yang dalam kurang daripada 6m semasa air surut.

Sebuah paya di Rudziensk, Belarus.

Paya mempunyai nutrien yang memperkayakan ekologi penuh membolehkan hidupnya pelbagai jenis makhluk hidup. Ia juga berfungsi sebagai "pembersih semula jadi" mencegah pencemaran alam sekitar. Maka, paya dianggap mempunyai nilai tinggi dari segi ekonomi, budaya, dan persekitaran sehingga persekitarannya harus tetap dijaga kelestariannya disebabkan aspek tersebut.

Ciri sunting

Pengairan sunting

Paya rawa mempunyai tanah yang padat menakung air[3] yang datang daripada pelbagai sumber seperti kerpasan langit, air mata air atau pengaliran jasad berdekatan seperti pembanjiran.[4] Punca air yang dibawa ini mempengaruhi kadar galian yang terkandung dan tertukar dengan alam sekitaran ekosistem.

Air yang mengalir melalui jasad-jasad air ini ditapis sebarang bendasing dan mendapan. Unsur kimia luar seperti fosforus dan nitrogen teresap dalam tumbuhan yang hidup dalam paya lalu tertanam berkumpul dalam tanah dasar paya.[5] Tahap kandungan oksigen, galian, pH air bergantung kepada pengaliran sebegini yang ketara mempengaruhi ekosistem sekeliling.[4]

Jenis sunting

Jenis air menentukan sifat paya rawa:

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Lihat:
    • "paya". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "paya". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
  2. ^ "rawa". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ "Classification and Types of Wetlands". EPA.
  4. ^ a b c Gosselink, J. G. (2015). Wetlands. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons Inc.
  5. ^ a b Society, National Geographic (21 Januari 2011). "swamp". National Geographic Society (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 September 2019.
  6. ^ Hughes, F.M.R. (ed.). 2003. The Flooded Forest: Guidance for policy makers and river managers in Europe on the restoration of floodplain forests. FLOBAR2, Department of Geography, University of Cambridge, Cambridge, UK. 96 p.
  7. ^ Keddy, P.A., L.H. Fraser, A.I. Solomeshch, W.J. Junk, D.R. Campbell, M.T.K. Arroyo and C.J.R. Alho. 2009. Wet and wonderful: the world's largest wetlands are conservation priorities. BioScience 59: 39–51.