Pegawai Kesihatan Persekitaran

Pegawai Kesihatan Persekitaran ertinya seseorang yang terlatih dalam bidang kesihatan persekitaran dan peranannya termasuklah untuk mencegah risiko kesihatan persekitaran, penggalakan dan perlindungan kesihatan awam dan persekitaran dalam bidang-bidang yang berikut; kawalan penyakit, kebersihan dan keselamatan makanan, perumahan dan kesihatan persekitaran, kawalan vektor, kualiti air minuman, sanitasi air, kesiapsiagaan kecemasan dan menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam selaras dengan peranan dan fungsi sepertimana yang ditetapkan oleh Expert Committee to the World Health Organization Report No.79 atau pindaan-pindaannya.

Lencana rasmi yang digunapakai oleh Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Penguatkuasa Kesihatan Awam yang tertulis dilencana merujuk kepada Pegawai Kesihatan Persekitaran atau Inspektor kesihatan yang diberi mandat oleh Menteri Kesihatan Malaysia untuk menjalankan pemeriksaan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang kesihatan di Malaysia.

Jawatan sunting

Malaysia sunting

Sebelum kemerdekaan Malaysia, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dikenali sebagai "Sanitary Inspector" atau "Inspector of Nuisances". Selepas merdeka nama ini ditukar menjadi "Merinyu Kesihatan Umum" sehinggalah pada tahun 1983, sempena peningkatan taraf pemegang Diploma Kesihatan Persekitaran namanya ditukar menjadi Inspektor Kesihatan. Akhirnya pada tahun 2003, namanya ditukar menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (gred penjawat awam U29/32/36) sehingga sekarang. Pegawai Kesihatan Persekitaran pula biasanya merujuk kepada mana-mana Inspektor Kesihatan yang berada dalam kedudukan gred pegawai kerajaan U41/42/44 yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran.

Pekerjaan sunting

  • Pelatih keselamatan makanan
  • Perancang pembangunan residensi, industri dan komersial di bandar dan di desa.
  • Kawalan pest dan vektor
  • Kawalan penyakit berjangkit.
  • Perancang pelan kontigensi dan pengimplementasian.
  • Kawalan kacau-ganggu dan bunyi bising
  • Kawalan penilaian impak alam sekitar
  • Kawalan mutu air minuman
  • Kawalan sistem pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar bersepadu
  • Kawalan pencemaran effluen, kumbahan dan habuk.

Kelayakan sunting

Pelatih Inspektor kesihatan dan Kesihatan persekitaran adalah lepasan ijazah yang biasanya dikeluarkan oleh kebanyakkan negara.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting