Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas bertanggungjawab terhadap kesihatan di jajahan Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. PKD Pasir Mas mula beroperasi di bangunan Klinik Kesihatan Bandar (KKB) Pasir Mas sekarang di Jalan Hospital, Pasir Mas semenjak tahun 1970-an. Kini, PKD Pasir Mas telah berpindah ke bangunan baru di kawasan Hospital Pasir Mas sejak awal tahun 1997.

Visi dan misi sunting

Visi

Pasir Mas akan wujud sebagai sebuah daerah kesihatan yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial dan persekitaran melalui sistem kesihatan yang lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan persekitaran. Ini akan melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang prihatin dan sentiasa meningkatkan taraf kesihatan.

Misi

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan. Perkhidmatan akan diberikan melalui kerja berpasukan secara profesional, dedikasi, bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni. Kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program kesihatan awam akan diberi keutamaan.

Objektif sunting

Untuk membekal perkhidmatan kesihatan penggalakan, pencegahan dan rawatan asas kepada rakyat, terutama sekali penduduk-penduduk luar bandar untuk membolehkan keseluruhan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan-kemudahan kesihatan dan untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam proses penukaran sikap ke arah mencapai taraf kesihatan yang baik dan mengelakan dari berlaku dan merebaknya penyakit-penyakit.

Senarai klinik sunting

Klinik kesihatan sunting

  1. KKB Pasir Mas
  2. KK Rantau Panjang
  3. KK Chekok
  4. KK To’Uban
  5. KK Kangkong (09-7943155)
  6. KK Tendong
  7. KK Meranti
  8. KK Gual Periok (KD naik taraf)
  9. KK Kubang Kual (KD naik taraf)
  10. KK Cherang Hangus (KD naik taraf)

Klinik desa sunting

  1. KD Pohon Buloh
  2. KD Repek
  3. KD Banggol Chicha
  4. KD Bayu Lalang
  5. KD Jejawi
  6. KD Chetok
  7. KD Sungai Keladi
  8. KD Baroh Pial
  9. KD Rahmat
  10. KD Lubok Stol
  11. KD Chicha Tinggi (KK Kangkong)
  12. KD Lati (KK Kangkong)
  13. KD Lubok Tapah (KK Kangkong)
  14. KD Pohon Tanjong
  15. KD Gelam Mas
  16. KD Bunut Susu
  17. KD Kasar
  18. KD Pangkal Kala
  19. KD Bukit Perah