Pekan Beruas merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Perak.

Pekan Beruas
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Manjung
MukimPekan Beruas
KeluasanN/A

Perak dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Pentadbiran sunting

Pekan Beruas merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Manjung.

Beruas (atau Bruas) ialah sebuah pekan di daerah Manjung, negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tempat yang berdekatan dengan Beruas ialah Pantai Remis dan Parit. Poskod Beruas ialah 32700.

Asal-usul nama sunting

Nama Beruas dipercayai berasal dari pokok beruas, sejenis pokok tempatan yang menyerupai manggis (nama saintifik: Garcinia hombroniana). Pekan Beruas ini berasal daripada satu kawasan yang bernama Belukar Sambang. Belukar Sambang adalah terdiri daripada satu kawasan yang dinamakan Kampung Kilang. Disebabkan pembinaan Pekan Beruas, Kampung Kilang telah terbahagi dua, satu adalah menghala ke Jalan Taiping dan satu lagi kawasan yang menuju Ulu Beruas.

Sejarah sunting

Beruas merupakan kawasan yang bersejarah khususnya berkaitan dengan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Melayu Beruas. Beberapa artifak telah ditemui oleh orang kampung dan penyelidik sejarah. Bahan-bahan ini telah dipamerkan di Muzium Beruas.

Pusat kerajaan yang paling awal diketahui di negeri Perak ini terletak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (Manjung hari ini). Kerajaannya diberi nama Gangga Negara. Terdapat berbagai versi tradisi lisan tentang asal-usul kerajaan ini. Ada tradisi lisan yang menyebut tentang pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Ada juga cerita yang menyatakan bahawa kerajaan tersebut telah dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja. Bagaimanapun, berdasarkan penemuan arca-arca Buddha, menunjukkan di abad ke- 5 dan ke-6 Masehi wujud Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara telah berpusat di Beruas.

Ada juga berpendapat menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjung) di kawasan Selatan Gunung Bubu, arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.

Kampung sunting

Masjid sunting

Muzium Beruas sunting

Muzium ini terletak di pusat bandar, bersebelahan dengan bangunan pejabat pos. Artifak-artifak bertarikh sehingga abad ke-5 dan ke-6 telah dijumpai di Beruas, dan kebanyakan artifak ini dipamerkan di Muzium Beruas. Muzium ini terbuka kepada orang awam dan kemasukan adalah percuma.

Pautan luar sunting