Pelancongan di Vietnam

Pelancongan adalah komponen penting bagi ekonomi Vietnam moden. Pada bulan November 1991, misi perniagaan Jepun mula masuk ke Vietnam secara menggalakkan sejak perjanjian damai Kemboja membuka jalan untuk meleraikan sekatan perdagangan yang dipimpin Amerika Syarikat.[1] Pada tahun 2004, Vietnam menerima 2.9 juta ketibaan antarabangsa, naik dari 2.4 juta pada tahun sebelumnya. Peningkatan tahunan mewakili lantunan kuat dari sedikit penurunan pada tahun 2003 disebabkan oleh wabak penyakit SARS di Asia. Dari tahun 1999 hingga 2004, pelancongan meningkat sebanyak 63 peratus. Sebahagian besar pengunjung pada tahun 2004, 27 peratus, berasal dari China, dengan 8 hingga 9 peratus lagi datang dari Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Pentadbiran Pelancongan Nasional Vietnam mengikuti rancangan jangka panjang untuk mempelbagaikan industri pelancongan, yang membawa mata wang asing yang diperlukan ke negara itu.[2]

Teluk Ha Long, Vietnam.
Langco, Vietnam.

Vietnam mempunyai 5 tapak warisan dunia; Teluk Ha Long, Phong Nha-Ke Bang, Huế, Hoi An, dan My Son. Selain itu terdapat 31 taman negara di Vietnam:

  1. Ba Bể,
  2. Bái Tử Long,
  3. Hoàng Liên,
  4. Tam Đảo,
  5. Xuân Sơn,
  6. Ba Vì,
  7. Cát Bà,
  8. Cúc Phương,
  9. Xuân Thủy,
  10. Bạch Mã,
  11. Bến En,
  12. Phong Nha-Ke Bang,
  13. Pù Mát,
  14. Vũ Quang,
  15. Bidoup Núi Bà,
  16. Chư Mom Ray,
  17. Chư Yang Sin,
  18. Kon Ka Kinh,
  19. Yok Đôn,
  20. Côn Đảo,
  21. Lò Gò-Xa Mát,
  22. Mũi Cà Mau,
  23. Núi Chúa,
  24. Phú Quốc,
  25. Phước Bình,
  26. Tràm Chim,
  27. U Minh Hạ,
  28. U Minh Thượng.

Rujukan sunting

  1. ^ Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Vietnam-Jepun, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2015.
  2. ^ Vietnam country profile. Library of Congress Federal Research Division (Disember 2005).