Pelupusan siaran analog

Pelupusan siaran analog atau peralihan televisyen digital ialah proses penukaran daripada penyiaran analog kepada siaran digital. Negara pertama di dunia yang melupuskan siaran analog sepenuhnya ialah Luxembourg pada 1 September 2006. Di Pan Arab, Semua perkhidmatan melupuskan siaran analog pada hari Isnin, 13 Februari 2012. Di Malaysia, RTM merancang untuk melupuskan siaran analog sepenuhnya pada hujung bulan September 2019.

Peta dunia tentang proses pelupusan siaran analog. Petunjuk:
  Pelupusan siaran analog lengkap sepenuhnya
  Pelupusan siaran analog lengkap untuk isyarat kuasa penuh sahaja; stesyen LPTV masih disiarkan secara analog
  Siaran analog dalam proses pelupusan, menyiarkan siaran digital dan analog
  Pelupusan siaran analog belum bermula; menyiarkan siaran analog sahaja
  Tiada rancangan melupuskan siaran analog; menyiarkan siaran analog sahaja
  Tiada maklumat
Notis dalam saluran televisyen analog di Sepanyol memberitahu penonton tentang pelupusan.
Terjemahan:
Siaran TV analog tidak lagi disiarkan dalam saluran ini.
Anda boleh terus menonton saluran ini melalui TTD.
Maklumat lanjut: 901 2010 04"
Contoh pemberitahuan pemadaman terlihat di sebagian besar stesyen televisyen Jepun.
Terjemahan:
Siaran analog stesyen ini berakhir di siang hari ini.
Sila nikmati pengalaman televisyen digital.
Informasi lebih lanjut: 0570-07-0101

Senarai tarikh pelupusan siaran analog di Malaysia sunting

Wilayah Negeri Tarikh pelupusan
Pulau Langkawi wilayah percubaan pelupusan siaran analog 21 Julai 2019
Tengah dan Selatan 30 September 2019
Utara dan Timur 14 Oktober 2019
Sabah dan Sarawak - 31 Oktober 2019

Rujukan sunting