Pemberian nama titik utama kompas

Pemberian nama titik utama kompas ialah perbuatan memberikan nama kepada semua 32 titik utama kompas berdasarkan urutan ikut jam. Nama-nama itu yang dibentuk daripada parap arah kardinal dan arah ordinal pertengahannya, telah diterima di seluruh dunia, walaupun nama-nama itu berasal daripada bahasa Inggeris. Ia sangat berguna apabila merujuk kepada sesuatu haluan (atau azimut) secara kasar atau secara percakapan, tanpa menghitung atau menghafazkan darjahnya.

Sebuah ros kompas 16-titik.
Sebuah ros kompas 32-titik hipotesis.
Sekeping kad kompas sejarah

Kesemua 32 titik yang diberikan nama boleh dibahagikan lagi kepada 128 arah dengan menggunakan titik suku.[1] Bagiamanapun, bagi tujuan merujuki haluan, titik pecahan tersebut telah digantikan dengan darjah yang diukur ikut jam mulai dari titik utara.

Titik kompas sunting

Algoritma mudah yang berikut boleh digunakan untuk menukarkan sesuatu haluan kepada titik kompas yang sepadan:

  1. Bahagikan haluan dalam darjah dengan 360 untuk mendapatkan pecahan bulatan.
  2. Darabkan hasilnya dengan 32, jika bilangan titik yang hendak diberi nama ialah 32.
  3. Tambah 0.5 untuk mengetengahkan titik yang dinamai pada sektor bulatan masing-masing.
  4. Oleh sebab 32 titik diperlukan, lihat bahagian integer untuk hasilnya di dalam jadual di bawah selepas mencampurkan 1. Ini adalah kerana utara ialah 1 dalam jadual di bawah dan bukannya 0.

Contohnya:

  • Haluan 75° dibahagikan dengan 360 menghasilkan 0.208;
  • Hasil tersebut didarabkan dengan 32 menghasilkan pula 6.66;
  • Campur 0.5 kepada hasil tersebut memberikan 7.16.
  • Memangkas bahagian perpuluhan hasil itu memberikan 7.
  • Campur 1 menghasilkan 8.

8 di dalam jadual yang berikut ialah timur hala utara.

# Titik kompas Singkatan Mata angin tradisional Haluan sebenar
1 Utara N Tramontana 0.00° atau 360.00°
2 Utara hala timur NbE 11.25°
3 North-northeast NNE 22.50°
4 Timur laut hala utara NEbN 33.75°
5 Timur laut NE Greco atau Bora 45.00°
6 Timur laut hala timur NEbE 56.25°
7 Timur timur laut ENE 67.50°
8 Timur hala utara EbN 78.75°
9 Timur E Levante 90.00°
10 Timur hala selatan EbS 101.25°
11 Timur tenggara ESE 112.50°
12 Tenggara hala timur SEbE 123.75°
13 Tenggara SE Sirocco 135.00°
14 Tenggara hala selatan SEbS 146.25°
15 Selatan tenggara SSE 157.50°
16 Selatan hala timur SbE 168.75°
17 Selatan S Ostro 180.00°
18 Selatan hala barat SbW 191.25°
19 Selatan barat daya SSW 202.50°
20 Selatan barat daya hala utara SWbS 213.75°
21 Barat daya SW Libeccio 225.00°
22 Barat daya hala barat SWbW 236.25°
23 Barat barat daya WSW 247.50°
24 Barat hala selatan WbS 258.75°
25 Barat W Poniente atau Zephyrus 270.00°
26 Barat hala utara WbN 281.25°
27 Barat barat laut WNW 292.50°
28 Barat laut hala barat NWbW 303.75°
29 Barat laut NW Mistral 315.00°
30 Barat laut hala utara NWbN 326.25°
31 Utara barat laut NNW 337.50°
32 Utara hala barat NbW 348.75°

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Great War Primary Documents Archive, "Boxing the Compass" Accessed November 12, 2008

Pautan luar sunting