Pemberontakan Serban Merah

Pemberontakan Serban Merah (Bahasa Cina: 紅巾之亂) ialah sebuah pemberontakan oleh orang Cina Teratai Putih yang sasarannya pemerintah Dinasti Yuan.

Sebab-sebabnya sunting

Pada 1333, Wangsa Mongol Yuan mengalami masalah. Sungai Kuning banjir berturut-turut, dan juga bencana alam yang lain. Pada waktu yang sama, Wangsa Yuan memerlukan beberapa pembelanjaan tentera untuk memperbaiki empayarnya yang sangat luas. Perkara ini diselesaikan kebanyakannya melalui cukai tambahan, yang mana orang Cina Han berasa tertindas sendiri, kerana mereka kumpulan yang paling rendah pada struktur masyarakat di bawah Wangsa Yuan.[1]

Tentera Serban Merah sunting

Tentera Serban Merah asalnya dimulakan oleh pengikut-pengikut Teratai Putih dan Manichaeism untuk menghadangkan orang Mongol. Nama "Serban Merah" digunakan kerana tradisi mereka memakai panji-panji merah dan mengikatkan pada kepala serban merah untuk membezakan diri mereka.

Pemberontakan-pemberontakan ini dimulakan pada dasar sekali-sekala, pertamanya pada pantai firstly Zhejiang, ketika Fang Guozhen (seorang Han) dan kuncu-kuncunya menyerang sekumpulan pegawai Yuan. Selepas itu, masyarakat Teratai Putih dipimpin oleh Han Shantong di utara Sungai Kuning menjadi pusat sentimen anti-Mongol.

Pada 1351, masyarakat itu berkomplot sebuah pemberontakan bersenjata, tetapi rancangannya dibongkar dan Han Shantong ditangkap dan menjalani hukum mati oleh Kerajaan Yuan. Selepas kematiannya, Liu Futong, seorang ahli Teratai Putih yang begitu terkenal, menolong anak lelaki Han, Han Liner, untuk menggantikan bapanya dan menubuhkan Tentera Serban Merah. Selepas itu, berbagai pemberontak Han di selatan Sungai Yangtze memberontak di bawah nama Serban Merah Selatan. Di antara pemimpin-pemimpin utama Serban Merah Selatan adalah Xu Shouhui dan Chen Youliang.

Penutup sunting

Salah satu pemimpin-pemimpin Serban Merah lebih penting adalah Zhu Yuanzhang. Pada mulanya, dia mengikut Guo Zixing, dan kenyataannya kemudian mengahwini anak perempuan Guo. Selepas kematian Guo, Zhu dilihat sebagai pemimpin pemberontakan itu dan mengambil tempat tentera Guo.

Di antara 1356 dan 1367, Zhu memulakan kempen yang berturut-turut mencari jalan untuk menewaskan pesaing-pesaingnya dalam Serban Merah. Pada mulanya, dia nominal menyokong Han Liner untuk menstabilkan batasan utaranya. Kemudian dia menewakan dua pesaingnya Chen Youliang, Zhang Shicheng dan Fang Guozhen satu demi satu. Selepas dinaikkan untuk penguasaan, dia menjatuhkan Han Liner. Mengasaskan revolusi pekauman untuk menjatuhkan orang Mongol dan mengembalikan kaum Cina Han, Zhu mendapat sokongan yang masyhur.[2]

Pada 1368, Zhu Yuanzhang mendakwa dirinya maharaja di Yintian, pada sejarah digelar sebagai Maharaja Honwu dari Wangsa Ming. Pada tahun yang berikutnya, Tentera Ming menawan Dadu, dan pemerintahan Wangsa Yuan dirasmikan berakhir. Cina sekali lagi bersatu.

Nota kaki sunting

  1. ^ Yuan Dynasty: Ancient China Dynasties, paragraph 3.
  2. ^ www.suite101.com/article.cfm/east_asian_history/107454 The White Lotus Society, paragraph 4