Pembiakan seks ialah sejenis pembiakan yang menyebabkan kepelbagaian genetik keturunan yang semakin bertambah. Ia dicirikan oleh dua proses:

  • Meiosis yang menyebabkan bilangan kromosom dikurangkan menjadi setengah;
  • Persenyawaan yang menyebabkan pertaupan dua gamet dan pemulihan kromosom kepada bilangannya yang asal.
Fail:Kitar hayat seks.jpg
Dalam peringkat pertama, iaitu 'meiosis', bilangan kromosom dikurang daripada nombor diploid (2n) ke nombor haploid (n). Sewaktu 'persenyawaan', gamet haploid bergabung untuk membentuk zigot diploid, dan bilangan kromosom yang asal (2n) dipulihkan.

Sewaktu meiosis, kromosom setiap pasangan biasanya berpindah silang untuk mencapai gabungan semula genetik.

Evolusi seks masih merupakan teka-teki yang utama dalam biologi evolusi moden. Bukti fosil pertama untuk organisma yang membiak secara seks ialah daripada eukariot di Zaman Stenia, iaitu antara satu hingga 1.2 bilion tahun dahulu.

Pembiakan seks ialah kaedah pembiakan yang utama untuk kebanyakan organisma yang dapat dilihat, termasuknya hampir kesemua haiwan dan tumbuhan. Pengkonjugatan bakteria, iaitu pemindahan DNA antara dua bakteria, sering salah dianggapi sebagai pembiakan seks kerana selok-beloknya adalah serupa.


Pembiakan seks bagi protis dan kulat sunting

Kebanyakan protis dan kulat membiak secara seks, walaupun mereka merupakan sel tunggal. Sewaktu membiak, sel "bapa" dan sel "ibu" akan bertemu dan maklumat genetik akan bergabung untuk menjadi bentuk yang baru. Melalui pembahagian sel, anak-anaknya dilahirkan.

Pembiakan tumbuhan sunting

Untuk tumbuhan berbunga, suatu stamen akan menghasilkan gamet-gamet yang digelarkan butir debunga. Butir-butir debunga itu akan melekat pada pistil yang menempatkan gamet-gamet betina (ovul). Di sini, gamet-gamet betina didebungakan dan mengembang menjadi biji-biji. Ovari yang menghasilkan gamet-gamet itu kemudian bertumbuh menjadi buah yang meliputi biji-biji itu.

Tumbuhan boleh mendebungakan sendiri ataupun mendebungakan kacuk.

Pembiakan arkosaur (reptilia dan burung) sunting

Burung dan reptilia, baik jantan ataupun betina, kedua-dua mempunyai kloaka. Betina mengeluarkan telur amniot yang disenyawakan oleh jantan. Di telur ini, anaknya akan bertumbuh.

Pembiakan mamalia sunting

Bagi mamalia berplasenta, anaknya dilahirkan sebagai juvenil, iaitu binatang yang lengkap (termasuknya organ seks, walaupun masih belum berupaya). Selepas beberapa bulan ataupun tahun, organ seksnya akan berkembang sehingga menjadi matang dan binatang itu dikatakan mencapai kematangan seks.

Kebanyakan mamalia betina hanya subur pada tempoh yang tertentu. Pada waktu itu, mereka dikatakan "berahi", dan bersedia untuk mengawan. Mamalia jantan dan betina akan bertemu untuk bersanggama. Bagi kebanyakan mamalia, kedua-dua jantan dan betina akan bertukar-tukar pasangan mereka sepanjang hayat dewasanya.

Mamalia jantan sunting

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Sistem pembiakan lelaki (manusia).

Sistem pembiakan jantan mengandungi dua bahagian utama:

  • zakar yang disisip ke dalam betina untuk memasukkan sperma; dan
  • testis yang menghasilkan sperma.

Bagi manusia, kedua-dua organ ini terletak di luar rongga abdomen, tetapi ia juga boleh disimpan dalam abdomen bagi binatang yang lain. Umpamanya, zakar anjing tersimpan kecuali sewaktu mengawan. Perletakan testis di luar abdomen membantu pengawalaturan suhu sperma yang memerlukan suhu yang tertentu untuk menghidup.

Di antara kedua-dua gamet (iaitu jantan dan betina), sperma merupakan gamet yang lebih kecil dan secara amnya, mempunyai jangka hidup yang amat pendek. Oleh sebab itu, ia memerlukan penghasilannya yang berterusan dari waktu jantan mencapai kematangan seks sehingga kematiannya. Sperma adalah motil dan berenang melalui kemotaksis.

Mamalia betina sunting

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Sistem pembiakan perempuan (manusia).

Sistem pembiakan betina juga mengandungi dua bahagian utama:

  • faraj dan uterus, yang bertindak sebagai bekas untuk sperma jantan; dan
  • ovari yang menghasilkan ovum.

Kesemua ini sentiasa merupakan bahagian-bahagian dalaman. Faraj bersambung dengan uterus melalui serviks, sedangkan uterus bersambung dengan ovari melalui salur falopia. Pada jarak waktu yang tertentu, ovari akan mengeluarkan ovum yang sampai ke uterus melalui salur falopia.

Jika dalam perjalanan ini, ovum bertemu dengan sperma, sperma akan menembus dan bergabung dengannya. Proses ini yang digelarkan persenyawaan biasanya terjadi di dalam saluran ovum, tetapi boleh juga terjadi di dalam uterus. Zigot yang dihasilkan akan melekat pada dinding uterus, di mana ia bermula proses embriogenesis dan morfogenesis. Sewaktu perkembangannya mencapai tahap untuk berhidup di luar rahim, serviks akan mengembang dan pengecutan uterus akan menggerakkan fetus ke luar melalui salur lahir, iaitu faraj.

Ovum adalah lebih besar daripada sperma dan secara amnya, kesemuanya dicipta sewaktu dilahir. Ia mengandungi nutrien untuk zigot dan embrio, dan biasanya tidak bergerak, kecuali dalam perjalanannya ke uterus. Pada jarak waktu yang tertentu, proses oogenesis akan mematangkan sebiji ovum dan menghantarkannya ke salur falopia untuk persenyawaan. Jika tidak disenyawakan, ovum itu akan dikeluarkan daripada sistem betina melalui haid dalam manusia dan ep, ataupun diserapkan semula dalam kitaran estrus untuk kesemua mamalia yang lain.

Gestati sunting

Rencana utama: Gestasi mamalia dan Kehamilan

Gestasi, iaitu kehamilan dalam manusia, ialah tempuh sewaktu fetus berkembang melalui pembahagian mitosis di dalam betina. Semasa ini, fetus menerima kesemua pemakanan dan darah beroksigennya (yang ditapiskan oleh plasenta yang terlekat pada abdomen fetus) daripada betina melalui tali pusat. Penyusutan nutrien boleh melemahkan ibu yang memerlukan kalori yang lebih banyak. Tambahan pula, vitamin dan nutrien yang lain juga diperlukan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding biasa, dan seringnya menyebabkan tabiat makan yang luar biasa. Panjangnya tempoh gestasi berbeza-beza secara besar-besaran dari spesies ke spesies; 38 minggu untuk manusia, 56-60 untuk zirafah, dan 16 hari untuk hamster.

Kelahiran sunting

Sewaktu fetus berkembang ke tahap yang mencukupi, isyarat kimia memulakan proses kelahiran yang bermula dengan pengecutan uterus dan pengembangan serviks. Fetus kemudian turun ke serviks dan ditolak ke dalam faraj. Pada akhirnya, anak yang baru (digelar bayi untuk manusia) akan keluar dari ibunya dan bermula respirasinya sendiri. Tidak lama kemudian, plasenta akan dikeluarkan juga daripada ibu. Kebanyakan mamalia akan makan plasentanya kerana ia merupakan sumber yang kaya untuk protein dan nutrien-nutrien utama yang diperlukan untuk dapat menjaga anak. Penghujung tali pusat yang terlekat pada abdomen anak akan jatuh pada diri sendiri.

Marsupial sunting

Kanggaru merupakan marsupial yang paling terkenal. Ia membiak dengan cara yang sama, akan tetapi anak-anaknya dilahir pada peringkat perkembangan yang jauh lebih awal berbanding mamalia yang lain. Selepas kelahiran, anak-anak kanggaru akan merangkak ke dalam saku ibunya, dan setiap anak akan melekat pada satu puting untuk menerima khasiat sehingga menjadi binatang yang mampu diri.

Monotrem sunting

Monotrem bertelur and hanya mempunyai satu bukaan (digelarkan "kloaka") untuk kedua-dua perkumuhan dan pembiakan. Mereka menyimpankan telur di dalam tubuh selama beberapa minggu untuk pembekalan nutrien sebelum mengeluarkannya. Selepas dikeluarkan, telur-telur itu akan diliput, seperti dengan burung. Selepas lebih kurang dua minggu, anak-anak monotrem akan menetas dan merangkak ke dalam saku ibunya (serupa dengan marsupial) untuk disusui selama beberapa minggu.

Terdapatnya hanya lima spesies yang masih hidup pada masa kini, kesemuanya dari Australia dan New Guinea.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. Pang, K. "Biologi Sijil: Menguasai Konsep Asas Baru", Hong Kong, 2004
  2. Jurnal Pembiakan, dicapai pada Ogos 2005.