Pembunuhan Benazir Bhutto

Pembunuhan Benazir Bhutto, dua kali bekas Perdana Menteri Pakistan dan, semasa kematiannya, menjadi ketua Parti Rakyat Pakistan yang sebagai sebuah parti pembangkang, berlaku pada 27 Disember 2007. Bhutto telah ditembak pada lehernya oleh seorang pembunuh yang juga meletupkan dirinya dengan bom.[5][6] semasa beliau sedang meninggalkan satu perarakan di Liaquat National Bagh, Rawalpindi. Beliau sedang berkempen sebelum pilihan raya yang dijadualkan pada bulan Januari 2008.[1][4][7] Beliau telah diisytiharkan mati pada pukul 18:16 waktu tempatan (13:16 GMT), di tengah perjalan menuju ke Hospital Besar Rawalpindi,[8] selepas cedera teruk akibat terkena peluru pada bahagian leher dan dada.[4][7][9] Adalah pasti bahawa sekurang-kurangnya 21 orang telah terbunuh selepas itu; ada juga laporan mendakwa bahawa terdapat 22 mayat dijumpai dalam adegan tersebut.[9] Dua bulan sebelum ini, satu percubaan seumpamanya terhadap nyawa beliau tetapi tidak berjaya.[7]

Pembunuhan Benazir Bhutto
Pembunuhan Benazir Bhutto
Liputan AAJ TV dalam terjemahan BBC di atas pembunuhanBenazir Bhutto. (Ini adalah ketika sebelum beliau ditembak di dalam kereta.)
Lokasi Rawalpindi, Pakistan[1]
Sasaran Benazir Bhutto
Tarikh Disember 27, 2007
Jenis serangan Pembunuhan berani mati,[1] Tembakan senjata api, Pengeboman[2]
Terbunuh 21 - 22 (No official number released yet)[3][4]

Latar belakang sunting

Bhutto membuang negeri di luar negara semasa kes-kes beliau tertunda di mahkamah-mahkamah Pakistan dan negara lain.[10] Selepas 8 tahun di Dubai dan London, Bhutto pulang ke Karachi pada 18 Oktober 2007 untuk bersedia diri untuk Pilihanraya 2008, dengan kemungkinan untuk berkongsi kuasa dengan Presiden Pervez Musharraf.[7][11]

Beliau terlepas daripada satu percubaan untuk membunuhnya semasa kepulangan beliau, mengakibatkan 139 orang terbunuh dan beberapa ratus orang cedera.[12] Dalam perjalanannya ke sebuah perhimpunan di Karachi pada 18 Oktober 2007, dua peletupan berlaku sebaik saja Bhutto tiba dan meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah semasa kepulangannya.[13] Bhutto tidak tercedera, tetapi serangan pengeboman bunuh diri ini, menyebabkan 139 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 450 orang cedera.[13][14] Kematian ini termasuk sekurang-kurangnya 50 daripada pengawal keselamatan dari Parti Rakyat Pakistan (PPP), yang membentukkan satu rantai manusia di sekeliling lorinya untuk mencegah pengebom, dan juga 6 orang pegawai polis.[15] Sebilangan pegawai senior tercedera. Bhutto langsung tidak terkena serangan.[15]

Selepas pengeboman, Bhutto dan suaminya telah meminta Musharraf agar mereka lebih diberi perlindungan, termasuklah tingkap gelap, pemusnah bom-bom, pengawal peribadi swasta, dan empat kenderaan polis. Seruan ini telah disambut oleh tiga senator AS yang telah menulis surat kepada Musharraf. Penyokong Bhutto dan kerajaan Pakistan berbalah samada beliau diberikan perlindungan yang cukup.[16] Akhbar Israel Maariv melaporkan bahawa Bhutto meminta CIA, Scotland Yard, dan Mossad beberapa minggu sebelum pembunuhan untuk mendapatkan perlindungan untuk beliau; Israel masih lagi belum membuat keputusan samada memberikan pertolongan atau tidak kerana ia tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan Pakistan dan India.[17]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Bhutto 'wounded in suicide blast'". BBC. 2007-12-27. Dicapai pada 2007-12-27.
  2. ^ Moore, Matthew (2007-12-27). "Benazir Bhutto killed in gun and bomb attack". Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-30. Dicapai pada 2007-12-27. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ "Pakistan in uproar over Bhutto's assassination, Musharraf blames terrorists". The Canadian Press. 2007-12-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-29. Dicapai pada 2007-12-27.
  4. ^ a b c "Bhutto killed in suicide attack". Al Jazeera. 2007-12-27. Dicapai pada 2007-12-27.
  5. ^ "Benazir Bhutto assassinated". CNN. 2007-12-27. Dicapai pada 2007-12-27.
  6. ^ "Benazir Bhutto assassinated". Benazir Bhutto Offical Site. 2007-12-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-29. Dicapai pada 2007-12-27.
  7. ^ a b c d "Benazir Bhutto killed in attack". BBC. 2007-12-27. Dicapai pada 2007-12-27.
  8. ^ "Benazir Bhutto assassinated at rally". Guardian. 2007-12-27. Dicapai pada 2007-12-17.
  9. ^ a b "Bhutto's death heightens democracy concerns". CNN. 2007-12-27. Dicapai pada 2007-12-27.
  10. ^ Talpur, Parveen (2007-12-10). "Pakistan's fragile future". Press & Sun-Bulletin. Dicapai pada 2007-12-27.[pautan mati kekal]
  11. ^ "Supporters flock to Karachi for Bhutto's return". CBC News. 2007-10-17. Dicapai pada 2007-12-27.
  12. ^ Gall, Carlotta (2007-10-19). "Bomb Attack Kills Scores in Pakistan as Bhutto Returns". The New York Times. Dicapai pada 2007-12-27. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  13. ^ a b "Chronology: Attacks in Pakistan since July 2007". Reuters. 2007-12-27. Dicapai pada 2007-12-27.
  14. ^ "Attack on Bhutto convoy kills 130". BBC. 2007-10-19. Dicapai pada 2007-12-27.
  15. ^ a b Bowley, Graham (2007-10-20). "After Bombing, Bhutto Assails Officials' Ties". New York Times. Dicapai pada 2007-12-27.
  16. ^ "Bhutto said she'd blame Musharraf if killed". CNN. 2007-12-28. Dicapai pada 2007-12-28.
  17. ^ Julian, Hana Levi (2007-10-28). "Israel, US, Britain Ignored Bhutto Appeals for Protection". Arutz Sheva. Dicapai pada 2007-12-28.

Templat:Perang Ke atas Keganasan