Pemeluwapan

perubahan jirim daripada fasa gas menjadi fasa cecair

Pengewapan ataupun kondensasi ialah proses perubahan keadaan jirim daripada keadaan gas kepada keadaan cecair apabila gas itu disejukkan atau dimampatkan. Ia merupakan proses yang berlawan bagi penyejatan.

Wap air yang sejuk akan termeluwap dari cawan teh

Apabila disejukkan, tenaga kinetik zarah-zarah berkurangan. Zarah-zarah gas bergerak dengan lebih perlahan dan ditarik antara satu sama lain dengan lebih kuat. Jadi, zarah-zarah tersusun lebih rapat menyebabkannya bertukar kepada cecair.

Pemeluwapan merupakan satu proses eksoterma, iaitu membebaskan haba. Contoh terbaik ialah air yang dapat dilihat di luar gelas sejuk pada hari yang panas.

Pengewapan di atmosfera sunting

 
Embun pada sarang labah-labah

Wap air dari udara yang terwap pada permukaan sejuk menjadi air dipanggil embun. Wap air akan cuma termeluwap sekiranya permukaan tersebut lebih sejuk daripada suhu wap air, ataupun jika keseimbangan wap air dalam udara telah dilepasi (udara lembap). Bila wap itu termeluwap pada satu permukaan, ia memanaskan permukaan tersebut dan menurunkan suhu atmosfera sedikit. Inilah juga proses yang menyebabkan pembentukan awan.

 
Asap ekzos kapal terbang termeluwap

Takat embun merupakan suhu wap air perlu sejuk sebelum pemeluwapan mula terjadi. Sekiranya udara amat sejuk dan tepu, fros dan salji boleh terjadi. Dalam kes ini, wap udara bertukar dari gas terus kepada pepejal dan dipanggil pemanasmejalan.Mana satu yang benar,pemejalwapan atau pengeluapan atau pengewapan .