Pemuras (bahasa Inggeris blunderbuss) ialah bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang kembang di muncung, dan digunakan bersama peluru timah hitam (lead). Pemuras merupakan bentuk awal bedil yang digunakan bagi ketenteraan dan kegunaan pertahanan.[1] Istilah terakol (dragon) digunakan bagi menggambarkan pemuras dalam bentuk pistol tangan, dan dalam bentuk ini istilah dragoon terbentuk.[2][3][4]

Pemuras berkancing batu api (‘’flintlock’’) Inggeris

Pemuras biasanya berupa amat pendek dengan laras kurang daripada 60 cm dibandingkan dengan laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.[5][6] Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras terakul kancing roda (’’wheel lock’’) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi pemuras.[7]

Nama "pemuras" itu diturunkan daripada "muras" yang diertikan sebagai suatu "meriam sundut" atau meriam yang dicucuh.[8]

Sejarah sunting

 
Senjata api Melayu (pasca-1800): (1) Senapang flintlock panjang berhias (senapang / senapan). (1a) Penutup laras dari buluh dan rotan. (3) Senjata flintlock (senapang / senapan). (4) Blunderbuss (pemuras) loyang.

Di Nusantara, pemuras diperkirakan datang sekitar pertengahan abad ke-17 setelah dibawa oleh Belanda. Pemuras digunakan untuk serangan jarak dekat. Peluru yang digunakan adalah peluru penabur (scattershot). Pelurunya boleh berupa timah, paku, dan kepingan logam.[9] Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu ialah mereka yang selalu menggunakan pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss, ialah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (dragoons). Perkataan dragoon ini berasal dari penggunaan pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol. Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga ialah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata pemuras dan parkul adalah agak terkenal berbanding di dunia barat. Penggunaan pemuras adalah lebih kerap digambarkan dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.

Hal ini kerana pada masa dahulu, orang Melayu ialah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat terkenal di kalangan pelaut, lanun dan pedagang. Hal ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang daripada 60 cm (dua kaki), manakala laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.

Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah antara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti emas dan perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat, penggunaan pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Kegunaan sunting

 
Terakul atau ’’dragon’’, dijumpai di medan tempur di Cerro Gordo, Mexico
 
Sepasang terakul dari Poland dilengkapi dengan kancing miquelet

Pemuras, dan terutamanya terakul pendek diberikan kepada tentera seperti tentera berkuda, yang memerlukan bedil yang ringan, dan mudah dikendalikan.[10] Dragon (Terakul) dikaitkan dengan tentera berkuda dan istilah dragoon menjadi sinonim dengan tentera infantri berkuda. Tambahan kepada tentera berkuda, pemuras juga digunakan bagi tugasan lain yang mana mutu senapang patah diingini, seperti menjaga tahanan atau mempertahankan gerabak mel, dan kegunaannya bagi pertempuran bandar juga telah diakui.[11][4]

Pemuras digunakan bagi perkhidmatan menghantar surat British dalam tempoh 1788–1816 merupakan kancing batu api (’’flintlock’’) dengan laras tembaga kembang sepanjang 14 inci, pelindung picu tembaga, dan picu dan kancing besi. Gerabak mel British biasanya mempunyai seorang pekerja bagi mengawal surat daripada begal, bersenjatakan pemuras dan sepasang pistol.[12] Sepucuk pemuras gerabak abad ke-18 dalam koleksi British yang lain memiliki laras tembaga 17 inci, kembang sehingga 2 inci di muncung laras; ia turut dilengkapi dengan bayonet (sangkur) berspring yang dipegang sepanjang laras dengan pencangkuk, dan akan melantun ke tempatnya apabila dilepaskan.[13]

Sungguhpun pemuras sering kali dikaitkan dengan Penghijrah (Pilgrims),[14] bukti menunjukkan bahawa pemuras agak jarang di koloni Amerika. Selepas pertempuran Lexington, Jeneral British Thomas Gage menduduki Boston, Massachusetts. Selepas berunding dengan jawatankuasa bandar, Gage bersetuju membenarkan penduduk Boston meninggalkan bandar dengan keluarga dan barangan, sekiranya mereka menyerahkan semua senjata. Walaupun kebanyakan penduduk Boston kekal, mereka yang pergi di bawah perjanjian tersebut menyerahkan 1,778 bedil, 634 pistol, 273 bayonet, dan hanya 38 pemuras.[15] Bagaimanapun, pemuras ada kegunaan awamnya; ekspedisi Lewis dan Clark membawa sejumlah pemuras, sesetengah daripadanya bertenggek dan digunakan sebagai meriam berpusing pada perahu batang balak (pirogue).[16]

 
Pemuras Harper's Ferry 1808, yang dibawa semasa Ekspedisi Lewis dan Clark

Menjelang abad ke-19, pemuras dianggap lapuk. Bagi kegunaan ketenteraan, pemuras digantikan dengan karbin, sungguhpun sesetengah menganggap ia pengganti yang teruk (karbin yang digunakan Britain semasa Perang Krimea dipersenda dalam Majalah Punch sebagai pengguna yang mahir mampu “mengenai timbunan jerami pada 80 ela"), sungguhpun ia masih digunakan oleh orang awam sebagai bedil pertahanan.[17][18]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ The Encyclopædia Britannica. 1911., entry for Blunderbuss
  2. ^ Kamus Kata Klasik - Edisi Pelajar By Rahman Shaari
  3. ^ Sibbald Mike Lier (1868). The British Army: Its Origin, Progress, and Equipment. Cassell, Petter, Galpin. m/s. 33, 302 - 304.
  4. ^ a b George Elliot Voyle, G. de Saint-Clair-Stevenson (1876). A Military Dictionary. W. Clowes & Sons. m/s. 43, 114.
  5. ^ See Brown Bess.
  6. ^ Charles Francis Hoban (1853). Pennsylvania Archives., page 324, from a letter dated March 7, 1778
  7. ^ Sibbald Mike Lier (1868). The British Army: Its Origin, Progress, and Equipment. Cassell, Petter, Galpin. m/s. 33, 302 - 304.
  8. ^ "muras". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa. 2016.
  9. ^ Hassan, Muhammad Saufi (4 Disember 2016). "Istinggar Senjata Api Hebat Orang Melayu Dahulu". Metro Ahad. m/s. 39. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ Charles Francis Hoban (1853). Pennsylvania Archives., page 324, from a letter dated March 7, 1778
  11. ^ George Otto Trevelyan (1905). The American Revolution. Longmans, Green and co.
  12. ^ The British Postal Museum and Archive. "Weapons". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-07. Dicapai pada 2009-06-16., see items OB1995.338 and OB1995.344
  13. ^ Society of Antiquaries of Newcastle upon Tyne (1905). Proceedings. Society of Antiquaries of Newcastle-upon-Tyne. m/s. 251.
  14. ^ Archie Frederick Collins (1917). Shooting: For Boys. Moffat, Yard and company. m/s. 33 - 34.
  15. ^ Abiel Holmes (1829). The Annals of America, Volume II. Hillard and Brown. m/s. 242.
  16. ^ "Thunder Gun".
  17. ^ Edward Henry Knight (1876). Knight's American Mechanical Dictionary. Hurd and Houghton.
  18. ^ Henry Mayhew (1855). "Punch". XXVIII. Cite journal requires |journal= (bantuan)Number 704, page 2

Pautan luar sunting