Penduduk asal Amerika Syarikat

istilah umum bagi kaum peribumi di Amerika Syarikat

Orang Natif Amerika atau Orang Asli Amerika ialah orang asli yang tinggal dalam sempadan Amerika Syarikat sekarang, termasuk orang yang tinggal di Alaska dan Hawaii. Kumpulan penduduk ini terdiri daripada beberapa kaum Natif Amerika dan kumpulan etnik, yang kebanyakannya masih kekal sebagai masyarakat atau kumpulan politik. Istilah-istilah yang digunakan bagi merujuk kepada Orang Natif Amerika penuh kontroversi. Mengikut bancian oleh US Census Bureau, (Biro Bancian AS), kebanyakan responden memilih untuk menggelar diri mereka sebagai "American Indians" (Indian Amerika) atau, lebih ringkas, Indians; istilah ini sudahpun digunakan akhbar-akhbar utama dan beberapa kumpulan akademik, akan tetapi secara tradisinya tidak merangkumi orang Hawaii, atau beberapa kaum asli Alaska, seperti orang Aleut, orang Yup'ik atau orang Inuit.

Semenjak penghujung abad ke-15, migrasi orang Eropah ke Amerika membawa kepada pergeseran dan penyesuaian yang berkurun-kurun lamanya, antara masyarakat Dunia Lama dan Baru. Ramai Orang Natif Amerika mengamalkan kehidupan pemburu-pengumpul dan menceritakan sejarah mereka melalui tradisi lisan; justeru, orang Eropahlah yang menulis hampir semua catatan pensejarahan berkaitan dengan konflik antara dua masyarakat ini.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Calloway, Colin G. "Native Americans First View Whites from the Shore." American Heritage, Spring 2009. Retrieved 2011-12-29