Penembakan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles 2013

Pada 1 November 2013, berlakunya sebuah kejadian tembak-menembak sekitar pukul 9:20 pagi PDT di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. Paul Anthony Ciancia, 23 tahun, telah dituduh melepaskan tembakan dengan raifal hingga terbunuh seorang pegawai TSA kerajaan pusat serta mencederakan beberapa orang lain.

Penembakan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles 2013
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
LokasiTerminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX),
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Tarikh1 November 2013
9:20 a.m. (PDT)
Jenis serangan
Penembakan
SenjataSmith & Wesson M&P-15 .223 kaliber[1]
Kematian1
Tercedera7 (3 dari tembakan api, termasuk pesalah)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tembak-menembak sunting

Pada waktu pagi Jumaat, 1 November 2013, Ciancia didakwa memasuki Terminal 3Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, menghunus sepucuk raifal Smith & Wesson M&P-15 .223 kaliber separa automatik[2] dari begnya lalu melepaskan tembakan.[1] Kemudian, dia bergegas ke dalam kawasan pemeriksaan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) dan bersambung menembak, melepasi kawasan cekpoin lalu bergegas lagi ke dalam kawasan rusuk udara terminal yang terkawal. Seorang saksi yang ditemu bual di CNN berkata bahawa pesalah berjalan, tidak berlari, ke dalam dataran terminal. Dia sempat melangkah sejauh hujung terminal di medan selera, di mana para pegawai Polis LAX pengepung pesalah lalu tembak-menembak dengannya. Ciancia dicederakan empat kali lalu diberkas sebelum diangkut oleh ambulans ke hospital trauma yang berdekatan.[3]

Mangsa sunting

Kematian sunting

Pesalah telah menembak mati Pegawai TSA Gerardo I. Hernandez, 39 tahun, di lapangan terbang berkenaan. Hernandez disahkan meninggal dunia setelah tiba di Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan.[4][5] Mendiang adalah pegawai TSA pertama yang terbunuh sewaktu bertugas dalam sejarah agensi berumur 12 tahun tersebut.[6][7] Hernandez selaku pakar pengesan perilaku berhijrah ke Amerika Syarikat dari El Salvador pada umur 16 tahun.[8]

Kecederaan sunting

Tujuh orang mangsa terawat di tempat kejadian. Mereka yang tertembak merangkumi seorang lagi pegawai TSA dan seorang lelaki 29 tahun.[9] Enam orang mangsa dihantar ke hospital setempat, termasuk tiga orang lelaki, yang dua daripada mereka mengalami luka tembakan dan dirawat di Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan. Sesetengah kecederaan itu bukan kesan tembakan.[10]

Ciancia termakan tembakan empat kali, termasuk sekali di muka, oleh pihak penguatkuasa undang-undang di kawasan medan selera Terminal 3 lalu berada dalam keadaan kritikal.[11] Raifalnya disepak jauh daripadanya oleh para pegawai.[12] Kemudian, dia diangkut ke hospital trauma setempat dengan ambulans. Rakaman video dari stesen KCAL-TV memaparkan Ciancia diusungkan dari ambulans ke dalam hospital sambil digari dengan pengusungnya dan dikerumuni oleh ramai anggota polis.[13][14]

Suspek sunting

Satu-satunya suspek ialah Paul Anthony Ciancia, umur 23,[15] dari Los Angeles. Beliau membesar di Pennsville, New Jersey[16] dan tamat pengajian di Salesianum School pada tahun 2008.[17] Ciancia membawa sehelai nota yang mengatakan bahawa dia "mahu membunuh TSA" serta menyifatkan mereka sebagai "pigs". LAPD menjengah kediamannya apabila sanak-saudaranya hendak memfailkan laporan orang hilang setelah lama tidak mendengar khabar daripadanya walaupun berkali-kali cuba menghubunginya. Ciancia tiada di rumah ketika itu, malah teman-teman sebiliknya memberitahu pihak polis bahawa dia pernah berada di situ awal-awal lagi. Maka polis pun beredar dan tidak dapat memfailkan laporan kerana mereka mendapat pengesahan tentang di mana dia berada. Ciancia pernah meluahkan hasrat untuk membunuh dirinya tempoh hari sebelum ini.[18]

Reaksi awal sunting

Polis lapangan terbang mengosongkan beberapa terminal lalu mencari sebarang suspek lain yang berkemungkinan. Mereka menyerbu kereta-kereta dengan anggota bersenjata dan seekor anjing penghidu bom di medan-medan kereta berdekatan yang terhubung dengan terminal oleh jejantas. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menggantung semua penerbangan keluar di lapangan terbang berkenaan. Landasan 24L dan 24R ditutup. Terminal 1, 2, dan 3 ditutup manakala 300 orang penumpang dibawa pergi dari ketiga-tiga terminal itu ke Terminal Antarabangsa Tom Bradley untuk disoal siasat, kemudian diperiksa semula sambil meninggalkan terminal antarabangsa itu.[19] Syarikat-syarikat penerbangan melencongkan sesetengah penerbangan ke lapangan lain di Kawasan Los Angeles Raya. Kebanyakannya dihalakan semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ontario, sementara yang lain pula ke Lapangan Terbang Long Beach. Kebanyakan penerbangan yang dilencongkan itu asalnya dijadualkan berlabuh di Terminal 1, 2, dan 3.[20][21]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Deadly LAX shooting: Questions over positioning of airport police". CNN.
  2. ^ "S&W M&P-15 Product Website". Dicapai pada November 3, 2013.
  3. ^ "Shooter opens fire at Los Angeles International Airport". NBC News. November 1, 2013. Dicapai pada November 1, 2013.
  4. ^ "LAX shooting: Slain TSA agent identified as Gerardo I. Hernandez". LA Times. Dicapai pada November 2, 2013.
  5. ^ "TSA Agent Killed, 6 Injured In LAX Shooting". losangeles.cbslocal.com. Dicapai pada November 2, 2013.
  6. ^ "Shooting at Los Angeles airport". Washington Post. Dicapai pada November 1, 2013.[pautan mati kekal]
  7. ^ Maritnez, Michael (November 1, 2013). "Suspect shot, in custody at LAX after TSA agent killed". CNN. Dicapai pada November 1, 2013.
  8. ^ "Family members mourn slain TSA agent Gerardo Ismael Hernandez". San Gabriel Valley Tribune. 2013-11-02. Dicapai pada 2013-11-02.
  9. ^ Abdollah, Tami (November 4, 2013). "LAX suspect remains heavily sedated, under guard". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2013. Dicapai pada November 4, 2013.
  10. ^ "6 Hospitalized After LAX Shooting; Suspect in Custody". marinadelrey.patch.com. Dicapai pada November 1, 2013.
  11. ^ "LAX gunman Paul Ciancia pictured with bullet wound to the face". NY Daily News. Dicapai pada November 2, 2013.
  12. ^ "LAX shooter was 'calm, pacing, scanning the crowd' during rampage".
  13. ^ "LAX shooting: At least 3 shot; gunman in custody". LA Times. November 1, 2013. Dicapai pada November 1, 2013.
  14. ^ "Police: Suspect in custody; TSA agent shot, killed at LAX shooting". UPI.com. November 1, 2013. Dicapai pada November 1, 2013.
  15. ^ "Police: Suspected LAX gunman, 23, identified and in custody; 3 wounded". KENS TV. Dicapai pada November 1, 2013.
  16. ^ "LAX Shooter Paul Anthony Ciancia's Personal Details Emerge". Mediaite. Dicapai pada November 1, 2013.
  17. ^ Rubinkam, Michael; Matheson, Kathy (November 1, 2013). "NJ police: Dad called, worried about LAX suspect". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2013. Dicapai pada November 1, 2013.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  18. ^ "LAX Shooting Suspect from South Jersey: Police". NBC News. Dicapai pada November 1, 2013.
  19. ^ "Gunman opens fire at LAX, killing TSA worker and wounding others". NBC News. Dicapai pada November 1, 2013.
  20. ^ "Some flights diverted to ONT after LAX shooting". pe.com. Dicapai pada November 1, 2013.
  21. ^ Marquez, Liset (November 1, 2013). "Long Beach airport responds to incident at LAX". Press-Telegram. Long Beach, California. Dicapai pada November 1, 2013.