Penerbangan 3054 TAM Linhas Aereas

Penerbangan 3054 TAM Linhas Aéreas (JJ 3054) adalah penerbangan domestik juga kapal terbang penumpang dari Lapangan Terbang Sao Paulo ke Lapangan Terbang Porto Alegre, Brazil. Malangnya tersasar dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paulo, Brazil yang pendek pada 17 Julai 2007 jam 21.50 UTC.

Penerbangan 3054 TAM Linhas Aereas
Bangkai yang terbakar.
Kejadian
Tarikh17 Julai 2007
RingkasanTergelincir dari landasan (masih disiasat)
Tapak kejadianLapangan Terbang Antarabangsa Congonhas-São Paulo, São Paulo, Brazil
Jenis pesawatAirbus A320-233
PengendaliTAM Linhas Aéreas
Kod pendaftaranPR-MBK[1]
Penumpang180[2]
Anak kapal6[3]
Kematian199 (termasuk 12 orang di darat)[4]
Kecederaan13 (orang di darat)[5]
Terselamat0

Sebenarnya kapal terbang ini telah hampir berjaya mendarat dengan selamat tetapi lapangan terbang yang tidak cukup panjang bagi jenis kapal terbang jenis ini. Kapal terbang ini terlajak melintasi jalan raya di penghujung landasan terbang dan melanggar bangunan TAM Express dan meletup.

Terdapat 180 penumpang dan 18 daripadanya merupakan pekerja TAM dan 6 orang staf penerbangan. Analisa awal mendapati kesemua penumpang dipercayai meninggal dunia, sekurang-kurangnya 200 orang.

Menurut laporan , 96 dari 157 jasad yang dijumpai telah dikenalpasti identitinya. Jose Serra selalu Gabenor Negeri Sao Paolo menyatakan suhu dalam kapal terbang yang terhempas itu mencecah 1000 ~ celcius dan tidak mungkin ada yang boleh hidup.

Mangsa yang telah dibawa keluar didapati dalam hitam rentung masih berada di kerusi masing -masing.

Kronologi sunting

 

Kapal terbang ini terbang dari Lapangan Terbang Salgado Filho di Porto Alegre pada jam 20.16 UTC dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paolo, Brazil jam 21.50 UTC pada 17 Julai 2007.

Kapal terbang ini gagal membuang kelajuan dan ditambah dengan masalah hujan lebat. Di hujung landasan ialah Avenue Washington Luis dan sebuah bangunan pejabat dan gudang TAM Express . Terdapat juga sebuah stesen minyak yang menambah marak api kebakaran.

Lapangan terbang ini meimbulkan semula isu landasan yang tidak cukup panjang untuk kebanyakan penerbangan antarabangsa dan domestik . Ukuran landasan tidak menepati piawaian lapangan terbang antarabangsa kerana cukup lama . Masalah pembesaran tidak dapat dilakukan kerana masalah peruntukan untuk memindahkan semua bangunan, jalan raya dan penempatan yang betul-betul berada di hujung landasan.

Sebelum ini timbul masalah penyaluran air untuk mengurangkn bahaya di lapangan terbang, tetapi masih juga belum siap.

Nahas sunting

Pihak keselamatan udara Brazil menyatakan beberapa tindakan telah diambil bagi meningkatkan keselamatan di semua lapangan terbang Brazil. Sebelum ini , pada September 2006, berlaku pelanggaran kapal terbang antara Gol Transportes Aéreos Flight 1907 dengan kapal terbang Embraer Legacy 600 di Congoshas. Perlanggaran ini berpunca daripada hujan lebat dan had penglihatan yang cukup minima.

Lapangan terbang 35L di Congoshas hanya 6365 kaki . Lapangan terbang Santos Dumont juga lebih pendek iaitu hanya 4341 kaki. Kapal terbang jenis Aiurbus A320 dengan hanya berkelajuan 20 kts memerlukan 25 % landasan terbang lebih panjang supaya kapal terbang dapat dihentikan. Cuaca lembab akan mengurangkan keupayaan untuk membrek. Oleh itu, mana-mana lapangan terbang sedia ada perlu dipanjangkan.

Pada Februari 2007, seorang hakim di Brazil telah mengharamkan penggunaan kapal terbang jenis Fokker 100, Boeing 737-800 dan Boeing 737-700 masuk dan keluar dari lapangan terbang. Kapal terbang Airbus A320 tidak pula dihalang kerana mempunyai keupayaan membrek yang dipertingkatkan dan lebih berkesan.

Hakim ini menyatakan panjang landasan terbang mestilah lebih 388 meter ( 1275 kaki ) bagi memudahkan sebarang pesawat mendapat dengan selamat. Sebaliknya pegawai dari Jabatan Penerbangan Awam Brazil menyatakan semua lapangan terbang di Brazil adalah cukup selamat untuk semua aktiviti kapal terbang. Sehingga kini mereka 10,000 penumpang setiap hari.

Perundingan keselamatan , Guanfranco Beting menyatakan tragedi ini merupakan ' tragedi yang memang dijangka akan berlaku'.

Pada 16 Julai, sebelum tragedi ini berlaku , sebuah kapal terbang hampir-hampor terglincir di lapangan terbang kerana masalah air hujan yang bertakung , landasan tidak mantap, berpasir dan tidak membantu untuk mendaratkan kapal terbang terbang yang besar dan berat. Kapal terbang itu , Pantanal Linhas Aéreas ATR-42 tergelincir ke atas rumput di tepi landasan.

Lapangan terbang ini pernah ditutup sebanyak 18 kali kerana masalah yang hampir sama iaitu masalah air hujan bertakung yang melepasi tahap keselamatan minimum.

Senarai penumpang sunting

Antara senarai penumpang yang telah dikeluarkan, termasuklah :

  • Júlio Redecker (51 tahun), ketua pembangkang dan anggota Parti Sosial Demokrat Brazil .
  • Paulo Rogério Amoretty Souza, bekas pengerusi Kelab Sukan Antarabangsa Brazil.

Pesawat sunting

Kapal terbang terbang yang terhempas ini ialah Airbus A320-233 berdaftar sebagai PR-MBK dengan nombor siri pengeluaran 789. Menggunakan dua enjin Aero V2527E-A5 .

Kapal terbang ini telah dibina pada bulan Februari 1998 dan pertama kali diterbangkan untuk Grupo TACA pada bulan MAC. Seterusnya pada November 2003 telah digunakan oleh Pasific Airliners. Kini kapal terbang ini dimiliki oleh Pegagus Aviation dan digunakan oleh TAM semenjak Disember 2006. Sehingga April 2007, kapal terbang ini telah terbang selama 20,379 jam dan lebih 9313 pusingan.

Rujukan sunting

  1. ^ Ionides, Nicholas (2007-07-18). "BREAKING NEWS: TAM A320 crashes in Sao Paulo". Flight International. Dicapai pada 2007-07-18. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Confira a lista de pessoas a bordo do vôo 3054 da TAM". Folha de S. Paulo. 2007-07-18. Dicapai pada 2007-07-18. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ "Nota da TAM retifica informação e diz que Airbus 320 levava 176 pessoas" (dalam bahasa Portuguese). Agência Brasil. 2007-07-17. Dicapai pada 2007-07-17. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ (Portugis)[1] Globo G1 Noticias (bahasa Portugis. Dicapai 23 Julai 2007
  5. ^ Montoia, Paulo (2007-07-17). "Bombeiros deverão iniciar logo a retirada dos corpos das vítimas do acidente com avião da TAM" (dalam bahasa Portuguese). Agência Brasil. Dicapai pada 2007-07-17.CS1 maint: unrecognized language (link)