Peniskalaan

(Dilencongkan dari Pengabstrakan)

Peniskalaan, pemujaradan, pengabstrakan, atau abstraksi dalam erti utamanya ialah proses konsep yang dalamnya peraturan-peraturan dan konsep-konsep umum diturunkan daripada penggunaan dan pengelasan contoh-contoh spesifik, penanda harfiah ("benar" atau "konkrit"), prinsip-prinsip pertama, atau kaedah-kaedah lain. "Peniskalaan" ialah hasil daripada proses ini—konsep yang bertindak sebagai kata nama superkategori untuk semua konsep subordinat, dan menghubungkan mana-mana konsep berkaitan sebagai kelompok, bidang, atau kategori.[1]

Peniskalaan konsep boleh dibentuk dengan penapisan kandungan maklumat bagi suatu konsep atau fenomena boleh cerap, hanya memilih aspek-aspek yang relevan untuk tujuan tertentu. Contohnya, peniskalaan bola sepak kulit kepada idea lebih am, bola, hanya memilih maklumat pada atribut dan tingkah laku bola am, menghapuskan ciri-ciri lain pada boleh tertentu itu.[1] Dalam pembezaan jenis–token, satu jenis (contohnya, 'bola') adalah lebih niskala daripada token-tokennya (contohnya, 'bola sepak kulit itu').

Peristilahan sunting

"Peniskalaan" hasil imbuhan kata dasar niskala نيسكالا‎ serapan Sanskrit: निष्कल​​, rumi: niṣkala "tanpa bagian; tidak terbagi; dikurangi"[2] hasil pengimbuhan kata निर् nir (bertemu bunyi vokal​​ dan seberapa konsonan bersuara menjadi निस् nis) kepada कल​​ kala​​. "Pemujaradan" hasil imbuhan kata dasar mujarad مجرد‎ serapan Arab: مُجَرَّد, rumi: mujarrad "bebas", "telanjang" terbitan kata kerja جَرَّدَ jarrada "melucutkan; menanggalkan".[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Langer, Suzanne K. (1953). Feeling and Form: a theory of art developed from Philosophy in a New Key. m/s. 90. Sculptural form is a powerful abstraction from actual objects and the three-dimensional space which we construe ... through touch and sight.
  2. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 542. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 258.
  3. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 67–68. ISBN 967-65-7321-3.
Sumber utama

Pautan luar sunting

Templat:Topik kecerdasan manusia