Pengairan hidung ialah amalan kesihatan peribadi yang membabitkan pembanjiran rongga hidung dengan air garam suam menerusi semperit atau neti pot (teko neti). Tujuannya adalah untuk menghapuskan lendir kelebihan dan melembapkan rongga hidung. Amalan ini telah menjalani pengujian klinikal dan didapati selamat dan bermanfaat, tanpa sebarang kesan sampingan.[1][2]

Teko neti tembikar. Teko tersebut juga boleh diperbuat daripada kaca, logam, atau plastik.

Manfaat dan kegunaan yang didakwa sunting

Menjirus hidung dengan air garam menggalakkan kesihatan hidung. Ia boleh digunakan oleh pesakit sinusitis kronik, termasuk mereka yang menghidap gejala sakit muka, sakit kepala, halitosis, batuk, dan rhinorrhea anterior (buangan berair), dengan satu kajian melaporkan juga bahawa "kesan pengairan hidung untuk merawat gejala tersebut adalah sama sahaja dengan terapi ubat.” [3] Dalam kajian yang lain, "pengairan hidung air garam hipertonik harian memperbaik mutu kehidupan yang berkait dengan sinus, serta mengurangkan gejala dan penggunaan ubat bagi mereka yang sering menghidap sinusitis,[2] dengan pengairan disyorkan sebagai "rawatan tambahan yang berkesan untuk gejala sinusitis yang kronik." [4][5]

Pengairan hidung dikatakan membantu mencegah selesema dan menggalakkan kesihatan hidung menerusi pembersihan saluran hidung serta pengurangan keadaan kesebakan, kekeringan, dan gejala alergi. Bagi mereka yang menghidap sinusitis kronik, pengairan hidung merupakan cara yang cepat dan murah untuk menggalakkan fungsi silium dan pusing ganti lendir, dan mengurangkan edema, serta juga memperbaik penyairan menerusi sinus ostia. Secara ringkas, pengairan hidung dikatakan boleh:

  • Menghapuskan lendir yang bergetah dan membantu mengurangkan kesebakan hidung
  • Membersihkan dan menghapuskan rongga sinus daripada alergen, bahan yang merengsakan, serta bahan cemar
  • Merawat sinusitis kronik
  • Merawat rhinosinusitis bakteria akut [2]
  • Merawat rhinitis alergi
  • Mencegah selesema dan flu
  • Mengurangkan kekeringan hidung
  • Menggalakkan kesihatan saluran hidung
  • Merawat sindrom hidung kosong (hidung cacat yang diakibatkan oleh peresekan turbinat yang terlalu agresif)
  • Memperbaik pernafasan
  • Mengurangkan batuk dan gejala lain yang diakibatkan oleh ubat titis hidung
  • Mengurangkan gejala fantosmia buat sementara
  • Memperbaik kesihatan sinus secara amnya.

Amalan pernafasan yoga yang dikenali sebagai pranayama diperkukuh dengan amalan jala neti kerana kebanyakannya membabitkan pernafasan dalam menerusi lubang hidung.

Manfaat-manfaat lain yang dikesan oleh para pengamal termasuk:

  • Penglihatan menjadi lebih jelas. Jala neti dapat membersihkan duktus air mata
  • Memperbaik penderiaan bau
  • Memperbaik penderiaan rasa
  • Pernafasan yang lebih dalam dan lebih selesa.

Masalah berpotensi sunting

  • Sesetengah orang mungkin memiliki sumbatan yang keras. Ini boleh dihapuskan secara beransur-ansur melalui sejumlah percubaan, akan tetapi jika penyumbatan diakibatkan oleh septum tersisih, pembedahan kecil mungkin diperlukan.
  • Sesetengah sumbatan sederhana boleh dihapuskan menerusi sutra neti, jika Jala neti tidak berjaya.
  • Rasa jengkel atau rasa membakar pada pelapik hidung: Rasanya seakan-akan rasa jengkel yang diakibatkan oleh klorin di dalam kolam renang. Ini biasanya diakibatkan oleh air pada suhu dan/atau kemasinan yang salah, atau juga kerana garam itu mengandungi bahan iodin. Air sejuk mungkin mengakibatkan ketidakselesaan kepada banyak orang. Jika air adalah pada suhu badan atau kemasinan yang betul, cubalah garam tanpa iodin.
  • Pesakit mungkin mengalami sakit teruk yang diakibatkan oleh tekanan pada sinus. Mereka itu mesti berhenti dengan serta merta dan berjumpa doktor.
  • Mereka yang mengalami ketidakselesaan telinga semasa melakukan Jala Neti mesti menghembus hidung dengan lebih lembut selepas membasuh hidung. Jika masalah itu masih dialami, bukaan tiub Eustachia mereka mungkin terlalu besar dan amalan ini mungkin tidak sesuai untuk mereka.
  • Pengaliran hidung tidak boleh dilakukan apabila seseorang sedang berdarah hidung atau baru-baru sahaja menjalani sesetengah jenis pembedahan hidung.

Rujukan sunting

  1. ^ Papsin, B (Jul 2003). "Saline nasal irrigation: Its role as an adjunct treatment". Can Fam Physician. 49: 168–73. Dicapai pada 2007-06-17. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b c Rabago, D (Dis 2002). "Efficacy of daily hypertonic saline nasal irrigation among patients with sinusitis: a randomized controlled trial". J Fam Pract. Dowden Publishing Co., Inc. 51 (12): 1049–55. PMID 12540331. Dicapai pada 2006-11-22. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ "Sinusitis Treatment: What Is New Is Old." About.com : Senior Health
  4. ^ Rabago, D (Jul 2005). "The efficacy of hypertonic saline nasal irrigation for chronic sinonasal symptoms". Otolaryngol Head Neck Surg. Mosby-Year Book. 133 (1): 3–8. PMID 16025044. Dicapai pada 2006-11-22. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ Tomooka, LT (Jul 2000). "Clinical study and literature review of nasal irrigation". Laryngoscope. Lippincott Williams & Wilkins. 110 (7): 1189–93. PMID 10892694. Dicapai pada 2006-11-22. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar sunting