Pengalaman adalah hasil pendedahan atau persentuhan kepada sesuatu benda atau peristiwa dalam alam sekeliling[1][2] dengan pancaindera hidupan yang memungkin seseorang mengetahui,[3] memahiri atau memerhati sebagai tindak balas kepada benda yang dihadap.

Pengalaman boleh diperoleh dari pemerhatian dan juga bimbingan orang-orang bijaksana.

Secara amnya, konsep pengalaman memaksudkan kepandaian atau pengetahuan tatacara dan bukannya pengetahuan kenyataan. Ahli falsafah menggelar pengetahuan yang berasaskan pengalaman sebgai "pengetahuan empirik" atau "pengetahuan a posteriori."

Seseorang yang kaya dengan pengalaman dalam sesuatu bidang boleh mengejar reputasi selaku pakar.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Perceptual Experience and Perceptual Justification". Stanford Encyclopedia of Philosophy. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  2. ^ "Experience". Merriam-Webster. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  3. ^ Vardiansyah, Dani. Filsafat Ilmu Komunikasi: Suatu Pengantar, Indeks, Jakarta 2008. Hal.3